Followers

Saturday, July 31, 2010

Nak bedah ke tidak


Kelmarin aku sudah membawa ayah ke Hospital Selayang bersama isteriku dan adik bungsuku. Kami semua tidak bekerja pada hari itu dan menjangkakan akan menghabiskan masa sepanjang hari di hospital. Ayah sakit ingin akhmar dan dijangka akan menjalani pembedahan kecil tapi doktor yang memeriksa telah membatalkan pembedahan itu kerana tekanan darah tinggi ayah naik dengan kadar luar biasa. Mungkin ayah tidak makan ubat mengikut aturan atau dia dalam ketakutan. Biasalah orang tua, umur sudah semakin senja. Dua hari sebelum membawa ayah ke hospital aku telah dikejutkan berita oleh adik bungsuku mengatakan ayah sudah balik kerumahnya dikampung seberang. Ayah yang sekian lama duduk bersama adik bungsu dengan tiba-tiba pulang dibawa adik lelakiku semula kerumahnya. Dengar kabarnya adik lelakiku tidak setuju dengan rancangan pembedahan itu dengan alasan tidak ada siapa yang akan menjaga ayah selepas itu dan dia juga bimbang   ayah akan  berdepan dengan penyakit melarat kerana ayah bukan sahaja mengidap penyakit jantung teapi juga kencing manis. Kebimbangan itu tidak lansung termasuk kedalam fikiranku kerana aku berpendapat ini adalah soal mahu dan tidak mahu. Aku menghubungi adik lelakiku pagi itu." Tek, aku tidak pandai mengubat cara kampung, kalaulah aku pandai sudah tentu aku mengubati ayah dan tak perlulah hantar ke hospital" kataku padanya. " Dia hendak pergi atau tidak ? " tanyaku lagi padanya. " Entahlah Da " katanya padaku. " Kau tak bagi dia dibedah ke ? " tanyaku lagi padanya. " Tidaklah begitu " katanya. " Kalau dia nak pergi tolong hantar dia kerumah adik bungsu dan jika dia tidak ada dirumah itu malam itu bermakna dia tak mahu pergi " kataku lagi. Perbualan itu berakhir begitu sahaja dan aku sangat berharap sesuatu akan terjadi. Malam itu ketika aku sampai ke kampung kudapati ayah sudah ada dirumah adik bungsu. " Jadi kita pergi ?" tanyaku padanya. " Jadi sebab dah janji "katanya. Bagiku asal dia mahu pergi sudah cukup memadai. Soal jadi atau tidak jadi pembedahan adalah perkaral lain. Yang penting kita berusaha, apatah lagi menjadi anak lelaki yang mempunyai tanggung jawab terhadap orang tua. Pastinya juga apa yang kita usahakan akan mendapat tentangan dari adik beradik. Wallahualam.......................

No comments: