Sunday, July 4, 2010

Perkahwinan



Sudah 2 minggu masa berlalu. Yang sudah kahwin tentu bahagia tetapi sanak saudara adik beradik yang sudah berhempas pulas itu bagaimana ? Bukanya nak minta upah bukan nak minta apa tapi nak cakaplah sikit. Pandang pandanglah kami , pandanglah wajah kami yang berhempas pulas bermandi peluh, pandanglah kami yang hitam kerana mencuci kawah, pandanglah kami yang busuk-busuk di dapur kerana bergelumang  nasi dan kerak. Kami tidak berpakaian cantik dimeja pengantin, kami dapat senyum menyambut tetamu dan kawan kawan. Kami disini dipentas belakang dengan lakunan tanpa penonton. Wahai anakku ketahuilah bahawa hidup ini tidak seperti yang kita impikan dan kau akan melihat realitinya

"Ya Allah, ampunilah kami, orang tua kami, anak-anak kami, guru-guru kami, saudara-saudara seagama, sahabat-sahabat kami, orang-orang yang mencintai kami karena Engkau, orang-orang yang berbuat baik kepada kami dan bagi kaum muslimin muslimat, mukminin dan mukminat, wahai Tuhan penguasa alam semesta. Sesungguhnya Engkau Maha mendengar doa. Amin "

1 comment:

Azman said...

Salam ziarah.

Kebiasaan begitulah,jarang benar pengantin baru melawat atau berterima kasih pada sanak saudara yg berhempas pulas,kalau dulu-dulu pengantin akan melawat ke rumah saudara mara sambil memperkenalkan,isteri/suami tapi sekarang ni rasanya susah untuk pasangan berbuat demikian.silap-silap nak ucapkan terima kasih pun mereka lupa.

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...