Followers

Wednesday, July 14, 2010

Seorang Tua

Kuterlihat,
Seorang tua yang kian putih matanya,
meraba raba mencari jalan.......

Waktu telah lama berlalu
meninggalkan apa sahaja dalam kenangan
meninggalkan kegagahan dan ketampanan
meninggalkan lemak merdu suara
meninggalkan segala harta kemewahan.......

Kini,
Memutih uban dikepala
pandangan kabur dicelah cahaya
hilang anak hilang saudara
hilang tawa riang cucunda
hilang kasih hilanglah cinta.

Hanya tinggal,
aku yang bersuara
didalam kelam ada menjelma
aku yang hidup kerana dia
Dia yang wujud menghitung semua

No comments: