Tuesday, August 31, 2010

Akhirnya

sambungan.............

Bila aku cerita panjang panjang , sepertinyalah aku nak tulis novel misteri macam Tamir Jalis. Aku bukan nak bangga dengan berapa banyak cikgu aku tetapi aku nak cerita aje apa yang aku alami. Tak percaya pun tak apa sebab yang sakit tu aku.

Berbalik kepada soalan asal iaitu kenapalah ada manusia sanngup sembelih anak dia ? Jawapannnya dia terpengaruh dengan hasutan ghaib. Dia bukan nabi Ibrahim yang mahu mengulangi sejarah. Dokter kata dia sakit mental je.. Sakit Mental tu kira gilalah.... Kalau dah sepanjang hari bendatu asyik bercakap kat kepala kita, siapa tak naik angin, tambah tambah lagi dengar anak menangis tak berhenti henti. Bini pulak pok pek pok pek tak berhenti atau duduk makan ketupat kat rumah jiran sebelah tak ambik pot pun. Jawabnya adalah yang kena sembelih.... tu belum lagi benda benda tu suruh simbah acid.....

Kepada mereka yang pernah kena sakit sakit macam ni.... berubatlah... makan kena jaga, banyak bersabar...fahami ilmu tauhid dengan sebenarnya. Dapatkan sokongan keluarga dan elakkan bersendirian, banyak menonton cerita cerita jenaka. Insyaallah...Tuhan akan membantu kita...

Ketahuilah biar dimanapun anak adam itu mati, walau didalam dunia bunian , walau di dalam perut binatang... nungkar nangkir tetap akan datang

Wasallam

Monday, August 30, 2010

Berubat Sehingga Sembuh

Salam kepada sekelian pembaca. Saya ingin menyambung cerita ini supaya jadi pengajaran dan jangan tiru cara saya yang salah...................

Abangku sering pulang membawa air jampi yang diambil dari kenalannnya. Kebanyakan air jampi itu kuminum sepertinya minum air mineral sahaja. Tiap tiap air jampi yang kuminum itu aku dapat mengesan ada makhluk mengikutinya. Jadi tok bomoh memang tak bagi air kosong, tiap tiap air itu ada kadam. Aku dapat bercakap dengan kadam mereka. Jelasnya mereka datang nak menolong dan kebanyakkannya datang menasihat aku sambil melayan kerenahku. Aku juga kena mandi limau dan rasanya sudah lebih sepokok limau  juga habis digunakan. Bayangkanlah kalau sekali ambil limau 7 biji, pernah juga aku pakai 21 biji... sejuk dibuatnya. Ibuku pula sudah membuang baju silatku ke Sungai Selangor  manakala beberapa kitab yang kumuliki juga telah diambil oleh abangku. Pelik juga tak ada hantu pun pada kitab ugama kenapa mereka nak ambil juga. Buku buku yang mengandungi serapah jampi pula disuruh bakar. Setelah buku buku itu dibakar , dadaku pula terasa sakit dan pedih. 

Abangku telah pergi berjumpa guruku Hj. Roslan Tan. Dengar kabarnya dia merendamkan tasbihnya kedalam air. Sebaik sahaja air tersebut itu sampai ke rumah aku pun disuruh oleh abangku meminumnya. Badanku tiba tiba rasa panas. Suara ghaib datang lagi kepadaku mengajak aku menggerak gerakkan badan sepertinya senaman. Badanku berpeluh setelah sekian lamanya tidak berpeluh fikiranku rasa kosong , dada juga kosong dan aku macam orang bingung tidak dapat berfikir manakala suara ghaib juga hilang tiba tiba...........................

Aku bertandang lagi ke Ampang dan kali ini Abang Lan yang tinggal disebelah rumah ibu saudaraku pula menegurku. " Dunia belum kiamat "katanya sambil ketawa melihat aku. Aku memang tak faham maksdunya tapi takdir Allah telah menemukan aku dengannnya. Dia orang yang berkulit cerah dan berbadan gempal yang sanggup menemaniku setiap hari. Dia menyuruh aku menceritakan segala apa yang aku pelajari selama ini. Disuruhnya aku menulis dalam kertas tentang rahsia yang aku tahu dan aku tidak perlu mandi limau dan minum air jampi lagi................

Abang Lan menyusun kembali solatku dan menerangkan satu persatu rahsia yang tidak kutahu. Menurut kata Abang Lan aku ini telah " terganggu" dan terlepas kedunia lain sedangkan perjalananku itu pula adalah perjalanan yang tanpa bimbingan tanpa penghulu katanya. Perjalanan tanpa bimbingan memangnya sesat. Tidak hairanlah kalau aku dengar yang bukan bukan atau lihat benda yang bukan bukan sebelum ini.

Hari demi hari aku berusaha menyesuaikan hidupku dengan dunia. Aku bernyanyi sendirian dengan suara yang kuat dan aku tak perduli apa orang kata. Lama kelamaan telinga sebelah kiri kudapat mendengar bunyi dunia nyata. Aku juga sudah makan dengan selesa.

Aku terus berulang alik ke rumah Abang Lan dan meneruskan pelajaranku dengannya. Dia telah menerangkan kepadaku tentang perkara salah dan benar. Lebih lebih lagi dalam bidang perubatan tradisional. Nasihatnya bahawa di dalam ibadah hendaklah dipisahkan antara kebatinan dan ketuhanan.Maksudnya jangan mengadakan ngadakan bacaan lain atau perbuatan lain bercampur dalam solat atau selepas solat. Solat adalah solat. Begitu juga dia juga menerangkan tentang pembohongan yang dilakukan oleh para para ilmu perubatan tradisional serta guru guru silat atau pak imam yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Selepas 3 bulan aku mendengar lagi suara ghaib dengan rengkasnya mengatakan bahawa selepas ini aku akan menemui perjalanan yang jauh..... Aku tidak faham sehinggalah aku dipanggil oleh abangku untuk aku bekerja di Syarikat Lever Brothers. Disana aku memang jalan jauh jauh mengikuti salesman kemana sahaja di selatan Malaysia.

bersambung..................



Gambar hiasan


segala nama nama yang diatas telahpun kembali ke rahmatullah
Mereka adalah ibuku, Dr. Khalifah Hj. Roslan Tan dan Abang Lan
dan yang tidak tersebut ialah Rosman, Pak Ngah Yop
Alfatihah


Sunday, August 29, 2010

KESAKITAN BERPANJANGAN

sambungan...................

Tiga bulan dilalui dengan penuh sengsara. Muhammad Latakul Usul pada mulanya bercerita tentang kebaikan mempengaruhi jiwaku. Akhirnya semua jadi terbalik. Solatku telah berpindah kiblatnya ke Timur dan Takbiratulirhamku dalam keadaan tangan terbalik. Tuhan sudah menjadi dua, satu tuhan dunia, satu tuhan akhirat. Pakaian pula hanya dibenar pakai kain dan baju, manakala seluar dilarang sama sekali. Dia menerangkan tentang tuhan kepadaku menjadi tuhantu. 

Aku juga mendapat gangguan ketika solat dimana diwaktu itu aku merasa ada air mengalir dari tepi telingaku terus ke bawah, begitu juga ada angin naik bertiup dari bawah kain. Badanku panas dan tidur malam diganggu oleh cerita yang bukan bukan sehingga aku hanya berjaga sehingga pagi. Setiap pagi apabila bangun dari tidur aku akan temui seekor atau dua tiga ekor belalng hijau mati terhimpit dibawah badanku.

Satu suara gaib lagi muncul iaitu seorang perempuan bernama Habibah. Habibah menemaniku sepanjang masa dengan ceritanya. Ada cerita sedih dan ada cerita gembira tetapi dia adalah teman bagiku dengan cerita seperti kisah hikayat Malim Deman dengan kata " tidak akan kujumpa orang dunia melainkan orang yang kukasihi"  Nun jauh dihutan sana pula sering kudengar suara memanggil manggil namaku dengan kata " jika orang dunia tidak menyukai kamu , datanglah kemari "  Aku tidak menuruti kata itu walaupun jiwaku sudah disuruh suruh pergi kesana.

Tiada siapa yang suka  padaku, emak saudaraku pun melarikan apabila melihat aku sendirian dibawah pokok sewaktu aku bertandang di Ampang. Semua ini kuasa Allah yang memberi pengalaman kepadaku tentang hati manusia. Aku memang tak ada kawan dan kalau ada kawan kawan datang menziarah sekalipun , mereka akan memandang aku dengan pandangan yang hina. Mereka menganggap aku gila.

Pada suatu malam kudengar ngauman harimau dibawah rumahku dan aku menggelisah bagaikan badan harimau yang berbalik balik. Tiba tiba aku merasakan ada air masuk ke dalam kerongkong dan rasanya dingin sekali. Keesokan harinya selepas bangun dari tidur aku melihat bunga durian bertaburan sekeling rumahku membentuk pusingan bulat....

bersambung lagi..... tentang perubatan dan pemulihan... 


Gambar hiasan



Saturday, August 28, 2010

Mati Hidup Semula

Sambungan.......................

Petang itu kegelisahanku kian bertambah. Laungan azan maghrib bagaikan menghiris jantungku, sebaknya kumenahan tangisan dan perasaan sedih hati tidak terkira. Aku solat maghrib seperti biasa tetapi selepas salam terakhir kudengar suara ghaib memberi salam. Katanya " bersiap sedialah kerana sebentar lagi kamu akan kembali kepada tuahanmu" Aku menerima berita itu dengan tenang sambil mengingati sepotong ayat mengatakan" Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan reda dan diredai"

Aku bangun dari sejadah itu dan menemui setiap seorang ahli keluargaku, bersalaman dan meminta maaf dan setelah selesai urusan itu akupun berbaring diatas katil. Kedua tanganku kuletakkan didada  dan dari kaki sehingga seluruh tubuhku sehingga kekepala  kuucapkan salam iaitu salam terakhir. Aku sudah reda dan bersedia untuk pergi dan menanti nanti untuk hembusan nafas yang terakhir. Ternyata bukan mudah untuk mati walaupun nafas tersekat satu persatu kerana ada persoalan dan pendakwaan perlu dijawab. Ada suara ghaib memujuk ada suara yang memarahi keras bermain main dicuping telingaku. Ada suara yang menyalah nyalahkan perbuatanku. Kepalaku terasa panas dan aku terus memandang keatas..............................

Tiba tiba ayahku pulang  bersama Pak Long Katan iaitu seorang bomoh yang terkenal kampung kami. Pak Katan menghampiriku dan menyentuh wajahku dengan tanganya. Ditariknya pada dahiku dan daguku sambil berkata " orang menuntut ilmu untuk hidup tetapi engkau menuntut ilmu untuk mati" Aku mendengar jelas kata katanya padahal tubuhku bagai beku tidak bergerak. Laungan azan isyak kudengari dan menyentuh seluruh jiwaku dan diwaktu itu ibuku menarik tubuhku untuk bangun. Kurasai badanku kebas sepertinya darah baharu sahaja mengalir ke seluruh badan. Akhirnya aku dapat bangun dari pembaringan itu dan mengakhirkan siri kematian yang tidak terjadi. Ternyata dalam soal jawab sebentar tadi aku menyatakan hasratku untuk pulang kedunia nyata. Hasratku itu dijawab oleh suara ghaib itu dengan katanya " Kau jangan datang lagi kesini, bagaimana kesukarannya kau datang kemari begitulahlah kesukaranya untuk pulang keduniamu"


                                          Gambar hiasan

Begitulah, aku terus meneruskan kehidupanku dan berharap untuk pulih dari kesengsaraan itu.....bersambung lagi...............................................

Kenapa Ada Suara Ghaib

Salam untuk pembaca blog yang budiman. Terima kasih kerana sudi singgah di blog ini. Baru baru ini kita dikejutkan dengan kisah seorang ayah yang sanggup sembelih anak lelakinya yang comel dan sebelum sebelum ini juga ada kisah isteri dan anak yang kena simbah asid. Agak agaknya kenapa ya ? Mereka tidak sayang keluarga, mereka sudah gila ? Aku ada satu jawapan yang boleh dipautkan kepada perkara ini. Ikutilah kisah ini..............................

Pada ketika usia meningkat dewasa aku mempunyai satu kegemaran iaitu belajar dan suka mengambil tahu terutama tentang ugama kita. Kemanapun aku pergi aku suka bertanya kepada orang tua tua terutama kepada perkara yang pelik pelik yang tidak masuk oleh akal. Sepertinya kata orang "saya mahukan ilmu yang tersirat dan bukan tersurat". Pada tahun 1980 aku bekerja di Ampang Park dan telah bertemu dengan seorang lelaki China Islam bernama Hj. Roslan Tan. Ada bebrapa orang pakcik disana melarang aku mendekati lelaki itu kerana mereka tidak sefahaman. Hj. Roslan Tan telah mengajar ilmu batin dan rohaniah dan telah mendapat pengiktirafan di salah sebuah sebuah Universiti di Indonesia. Di dalam waktu yang sama aku juga berkenalan dengan seorang bekas OCS dari Balai Polis Pekeliling ( Balai Polis Tun Razak) En. Alwi namanya.

En. Alwi telah menyuruh aku mencari satu kitab yang disebut sebagai Kasyaful Asrar dimana di dalamnya terdapat keterangan ketengaran tentang "diri". Setelahnya mendapat kitab itu, akupun mulalah membaca dengan penuh keseronokan. Entah bagaimana pada suatu hari aku telah diziarahi oleh suatu suara lelaki yang menamakan dirinya sebagai Muhammad Latakul Usul. Dia sering mengunjungiku setiap hari tetapi tidak pernah menampakkan wajahnya. Setiap kali kunjungan dia akan mengajar aku tentang ilmu ugama sehinggalah disuatu hari dia menyuruh aku menjerit dengan kalimah " Lailahaillallah" Akupun menjerit dengan kuat seperti yang disuruhnya dan sebaik sahaja habis jeritan itu aku merasakan sesuatu telah masuk ke badanku. Dia kemudiannnya mendakwa bahawa dia berada di dalam tubuhku.

Semenjak daripada hari itu , aku merasai diriku ada suatu kuasa yang mempengaruhi pergerakanku. Dari pada mengambil wudu' shinggalah bersolat dan begitu juga bacaan Quran aku merasakan dirinya. Pergerakan dan bacaanku telah diperbetulkannya. Yang paling susah ialah aku mendengar dua alam , satu alam nyata dan satu alam ghaib. Aku juga sudah berubah dengan keadaan tubuh yang semakin kurus, tidak makan apa apa kecuali bubur dan benda yang tidak berdarah. Seperkara lagi aku bagai boleh membaca isi hati dan niat orang  terhadapku. Muhammad Latakul Usul itu juga mengajar aku tentang tauhid sehingga kepalaku terasa mau pecah mendengar penterjemahannya. Keadaan menjadi tambah buruk, aku sudah mula boleh bercakap dengan bumi , langit  dan pokok pokok. Ibubapaku dikampung telah mengetahui keadaanku dimana aku telah dibawa balik ke kampung untuk berubat.

Keadaan ini berlansung selama 3 bulan. Bapaku telah mencari bomoh merata rata tempat untuk memulihkan diriku yang dianggapnya gila. Aku tidak gila, aku normal , aku tahu apa yang orang cakap tapi orang melihatku dengan keadaan sumbang selalu duduk sendirian dibawah pokok dan setiap kali azan aku akan menangis. Pada suatu hari aku bersolat jumaat, Muhamamad Latakul Usul datang kepadaku dan menyuruh aku menjeritkan kalimah Allah di dalam masjid itu. Aku tidak mahu dan aku merasakan mulutku dipusing pusing dan cuba digerakan tetapi aku menahannya.............

Hari hari terus berlalu, kepalaku terasa semakin panas, aku tidak dapat tidur malam............... 

Akan dirsambung lagi......berminat untuk cerita seterusnya. ?.. GM aku pernah berkata "experience cannot get from the book" Ini adalah pengalaman aku yang sebenarnya.


Selawat dan salam untuk junjungan
Alfatihah untuk Ibu, datuk nenek serta arwah guru guruku...................

Friday, August 27, 2010

Langgar Punya Hal

Pagi semalam sewaktu memandu kereta ke tempat kerja, sampai sahaja di Sg.choh aku tenguk ada seekor anak anjing melintas jalan. Kelihatan comel dan warna bulunya cerah manakala  ibu anjing itu berada ditepi jalan. Aku lihat banyak kenderaan lalu disitu. Ada juga lori yang besar besar juga. Selepas aku melalui lampu isyarat aku melihat cermin pandang belakang dan ternampak anak anjing itu terbaring ditengah jalan. Siapalah manusia yang tak ada otak melannggar anjing itu. Kalau nak cepat pergi kerja pun janganlah buta sangat mata.

Masih aku teringat kisah setahun yang lalu ketika aku sedang melalui pasar malam Bukit Beruntung. Dalam pasar manalah boleh jalan laju laju. Tiba tiba ada seekor kucing melintas.... aku pun brek... Tiba tiba entah dari mana datangnya kereta vios warna hitam dengan laju menghentam pungggung kereta aku. Keretanya kemek bahagian depan manakala proton buruk aku tak ada apa apa pun. Seorang perempuan melayu keluar dari kereta marah marah pada aku dalam bahasa inggeris" Why , you scared of cat ?" katanya." Lain kali langgar ajelah " tambahnya lagi. Ini lagi satu gila punya perempuan, lakinya duduk diam terkebil kebil. Dia ajak aku buat repot kat balai Bukit Sentosa. Aku ikut aje...... sebab dia BODOH.

Sampai di balai, ada geng dia datang jumpa aku 2-3 orang nak suruh settle, dia suruh aku bayar aje kerosakan keta itu. Aku kata dah datang balai jom masuk, peduli ape kalau dia tu polis sekali pun... Akhirnya dia dapat le saman RM 300/- sebab langgar punggung.... Kau orang pernah langgar punggung ?

Wednesday, August 25, 2010

Mencintaimu

Mencintaimu
seperrtinya menelan duri duri
dari tangkai mawar nan layu
di dunia yang kosong
sepi.........

Mencintaimu
menyerlahkan duka
yang tidak bisa ditahan
oleh dada

Air mata yang gugur
menambah lagi kehampaan
rajuknya tidak terubat lagi

Sunday, August 22, 2010

Kemarahan Sang Dewata.

Disini  telah tiada penantian
bahkan rayuan seperti bueh bueh
lewat ditebing sungai
tak tergapai olehnya
kemanusian


Kemarahan terus memuncak
kemurkaan bagainya Sang Petir
membedil apa saja
dimatamu dihatimu

Matamu....
dengan keayuan yang punah
lesu dibumi tuhan
rebah kerna kerakusan

Mentari menjadi saksi
bahawa kemurkaan ini kian berulang
membakar bumimu dan lautan
dengan kejam
Itu kebinasaan............



Saturday, August 21, 2010

Sayang Ku

Sayang,
kerinduan ini mendatang lagi
mendambakan cinta nan tulus
dari sekeping hati....

Hari hari yang berlalu
memimpikanmu dirembang senja
mencuit kalbu memendam rasa
sambutlah kerinduanku
untuk sekian kalinya

Sayang,
sore ini aku akan kembali
mencarimu didada langit
meredah hujan dan panas
dengan kepayahan nafas ini
satu persatu.....

Aku akan kembali sayang
menjemputmu untuk bersama
buat selama lamanya

Pemergian Yang Perlu Diiringi

Arwah nenekku disebut orang sebagai  Mak Uteh. Tidak putih sepertinya mat salehpun tapi itulah gelarannya. Semenjak kematian datok kami , arwah nenek tinggal seorang dirumah buruknya, cuma apabila waktu makan dia datang ke rumah kami yang tidak jauh dari situ. Kehidupan nenek seperti juga dengan keadaan orang orang tua lain yang banyak menghabiskan masa beribadah sendirian. Akulah cucu lelakinya yang menjadi" tukang baca" pada setiap patah ayat doa yang ingin dihafalnya. Dalam usia yang semakin senja dia tetap gigih menghapal satu persatu bacaan doa atau ayat suci al- Quran walaupun perkataan dan bunyinya tidak sebaik bacaan orang orang muda. Cuma satu perkara yang tidak didengar bahawa nenekku itu didampingi oleh Jin Islam. Aku sebagai cucnya inipun tidak pernah nampak kelibat jin itu. Hanya yang aku tahu bahawa setiap tengah malam kudengar dia menyanyi dalam tidur dengan perkataan " lailahaillallah"

Pernah juga aku mencuba merakamkan suaranya pada suatu malam dengan menggunakan radio keset tetapi menemui kehampaan diwaktu esoknya kerana rakaman itu hanya meninggalkan bunyi desiran angin. Kelainan yang lain kutemui ialah selalu kudengar bunyi orang berzikir di dalam rumahnya ketika ketiadaanya dirumah kerana mengunjungi rumah ibu saudaraku di Kuala Lumpur.

Tiga bulan sebelum kematiannya dia telah berkunjung ke Ampang. Emak saudaraku sangat berkehendak untuk menjaganya sepertinya ibuku menjaganya di kampung. Waktu itulah aku sering berulang ulang kesana untuk melawatnya. Pada suatu hari dia jatuh  tetapi tidak berubat di hospital. Ramailah saudara mara yang datang melawat dan salah seorangnya ialah bapa saudaraku bernama Jaafar. Dia meramalkan bahawa nenekku itu tidak akan meninggal dunia sehinggalah dibuang sakanya atau pun dipindahkan sakanya itu kepada anak anak. Ibuku cuma ada dua beradik dan sama sama perempuan, jadi masing masing tentu sekali menolak dengan alasan masing masing.

Pada suatu petang dia semakin teruk. Kira kira jam 12.00 malam keadaan sangat tenat dimana ibuku telah menghubungiku di Selayang Baru memaklumkan bahawa nenekku dalam keadaan nazak. Sebagai seorang cucu aku hanya mampu beriktiar disejadah. Dengan solat hajat , bacaan yassin dan doa Saidina Akasah aku bermunajat seperti yang dikhabarkan oleh arwah guruku bahawa setiap pemergian misti diiringi. Sungguh benar, selepas setengah jam itu Allah telah menjemputnya dengan selamat. Tidak ada kejadian aneh aneh berlaku dan ibuku dan adiknya tidak perlu mengorbankan diri untuk menerima saka.

Kepada saudaraku yang membaca cerita pendik ini aku ingin berpesan supaya meningkatkan kepercayaan tinggi kepada tuhan. Biarpun yang ingin menjadi teman kita itu adalah jenis jin , orang halus, orang kayangan atau orang bunian. Biar pun mereka menabur janji atau untuk menjamin kehidupan, kita sebagai anak cucu Adam yang wujud dimuka bumi hendaklah berpegang teguh kepada ugama percaya kepada rukum iman yang 6 perkara. Apa yang berlaku diwaktu lalu biarkanlah berlalu. Mungkin diwaktu itu tidak ada guru guru ugama yang arif tentang hal ini sehingga bercampur aduk diantara benar dan salah. Saudara saudaraku juga jangan lupa untuk bangun bersolat malam, mengerjakan tahajjud, solat taubat dan juga solat tolak bala dan jangan lupa membaca doa Saidina Akasah iaitu doa yang tidak tertolak permohonannya. Walllahhualam


Friday, August 20, 2010

cerita aku

Aku nak tulis sesuatu di dalam blog ini. Cerita peribadi cerita rakyat memang orang tak suka. Cerita politik dan bab kata mengata orang tentu laris dimana mana.... Biar apa pun suka hati ko rang lah.....Asal tidak menambah dosa masing masing di bulan puasa ini. Bulan puasa hampir ke pertengahan... dah dekat malam lailatulqadar.. Kau orang pernah jumpa tak....Kalau ada sesiapa pernah jumpa eloklah kasi tau aku... Apa pula kelebihanya sesudah itu. Masa bebudak dulu, kita ni pandai bakar mercun dan main meriam selepas solat tarawih dan budak perempuan pulak tolong emaknya buat kueh sambil tenguk TV... Kueh hangit, dia terlentang depan tv... tidur.

Esok aku nak menulis lagi satu kisah benar...aku  temui


Salam..........

Thursday, August 19, 2010

Buka bukaan


Macam biasa tiap tiap tahun adalah majlis besar besar untuk berbuka puasa. Seronok bukan main melihat banyaknya makanan terhidang diatas meja. Di dalam perasaan terdetik jikalaulah terdaya mungkin satu meja makanan habis dimakan tapi itu cuma perasaan sahaja. Apabila nasi dan air telah masuk ke perut, semua jadi "jem" dan tidak boleh disumbat lagi. Jikalau sumbat juga  alamat muntah. Kudengar cerita dari kawanku tentang kisah seorang saudaranya yang menunggu waktu berbuka. Apabila terdengar sahaja laungan azan dia pun menghirup satu jug air sirap satu nafas. Akhirnya dia terlentang disitu juga , lemah tidak berdaya. 

Kegilaan begitu membuat kita terfikir bahawa samada banyak atau sedikit makanan masuk ke perut, matlamatnya tetap sama. Kalau kurang makan kita akan berdaya untuk solat magrib tapi kalau tersangat kenyang jawabnya tertinggallahlah. Kerana itulah tempat makan lebih mendapat tempat dihati manusia , manakala surau akan menjadi tempat ke dua... itupun kalau sampai............


Biar apa pun saya ingin mengucapkan selamat berbuka puasa untuk semua sahabat....jangan lupa baca doa , nanti tersedak....menggelupur kat situ

Sunday, August 15, 2010

MENCARI JALAN PULANG



Bagaimana harus kumulai
berbicara tentang hati....
Manusia yang sering alpa
lupa pada tuhannya

Dan tika kau berdiri
mencari tuhanmu
dalam gelap dan sepi sendirian

Sejadah itu menjadi kuburanmu
                                                  ketika masihnya kau bernafas
                                                  mengajak rindu dan kasih
                                                  sayu dan sayang
                                                  berharap dan penuh rintihan.

                                                  Anakkku
                                                  Kesepian adalah kebenaran
                                                  kesunyian adalah kemenangan
                                                  lihatlah dengan mata hatimu

                                                  Mencari "DIA" dalam hidupmu
                                                  mengenali " DIA" dalam rindumu
                                                  adalah kesunyian
                                                  diwaktunya kau dan "DIA"
                                                  Pulanglah.........................................

Saturday, August 14, 2010

HARGA SEBUAH KEMATIAN



Inilah harga sebuah kematian bagi rakyat malaysia. Samada susah atau senang anda perlu menyediakannya. Kalau boleh mayat itu dihumban kelongkang sudah pasti ramai yang nak buat begitu. Ternyata harganya sudah tentu mahal kerana tidak ada yang percuma dan ikhlas hati lagi. Itu belum lagi harga corak kubur, batu nensan, bumbung atap genting, tuliasan yang bakal dipahat , kenduri kendara dikala itu ada pihak yang menangis kerana tidak mampu untuk menguburkan keluarganya. Solat jenazah perlu upahan... Benar aku pernah dengar di Kedah, kena bayar RM 100/-. bilangan wang mengikut kepala.. Jadi fikir fikir sendiri bila ugama dijadikan perniagaan ? Mengaji Quran RM 20/-. duduk di depan ustazah tua,  tak panas tempat duduk , dah balik rumah..

Mau cari yang free , percuma...... ada...ada.....ade.... dimana ya ?

Thursday, August 12, 2010

Bila Usia Menjelang Senja

Beberapa tahun yang lalu aku pernah bekerja sebagai Juru Ukur. Banyak tempat sudah aku pergi dan kenyakannya adalah hutan termasuk juga hutan simpan. Satu hari kumpulan ku telah diarah ke Kuala Selangor dan kami semua ditempatkan disebuah kem di dalam hutan simpan Kuala Selangor. Secara kebetulan kem tersebut berada berdekatan Sungai Selangor yang amat dalam. Pernah juga kami terjumpa tapak Sang Rangkak ditepi sungai tersebut. Melihat sahaja ukuran kaki sebelah Sang Rangkak pun sudah menunjukkan betapa besarnya badannnya. Waktu itu radio Malaysia selalu mengiklankan dengan kata " sang buaya sang buaya kenapa mukamu begitu licin " Mainan kataku ditepi sungai menyebabkan Sang Rangkak meninggalkan kesan tapak kakinya ditepi sungai.

Secara kebetulan aku telah berkenalan dengan seoarang lelaki melayu disana. Dari soal jawab maka tahulah kami bahawa kami ini bersaudara tapi saudara jauh disebelah ibuku orang bugis.Pada suatu petang aku pergilah melawat kerumah saudaraku itu diseberang Sungai Selangor. Untuk menyeberangi sungai itu aku perlu menaiki sampan dan sememangnya aku agak ngeri kerana seumur hidup tidak pernah merentasi sungai yang sebesar itu.Alunan arusnya agak kuat dan untuk merentasinya kenalah melawan arus.................

Petang itu aku dijamu dengan kopi sambil berbual panjang. Sedang rancak kami berbual tiba tiba datang seorang kanak-kanak lelaki memberiahu ada seoarang perempauan tua kenalan saudaraku sedang sakit tenat dihujung kampung. Kamipun bergegas kesana untuk menziarah. Kami sampai ke rumah orang tua itu waktu asar. Seperti biasa dikampung kampung kalau ada orang sakit sudah tentunya ramai orang yang datang melawat. Aku melihat perempuan tua itu mencungap cungap terbaring diatas katil manakala disebelahnya adalah jiran tertangga , ada yang tua dan banyak juga anak dara. Menurut kata jirannya bahawa semua anak anak peremoauan tua itu sudah balik ke Kuala Lumpur, maka tinggallah perempuan tua itu bersendirian nazak dikatil. Nasib baiklah ada jiran jiran yang simpati datang melawat. 

Melihat kepada keupayaan perempauan tua itu semakin lemah maka jiran jirannya mulalah membaca surah yassin. Aku yang duduk sambil menghirup kopi itu juga disuruh abang saudaraku membaca yassin. Sebagai orang muda yang tidak berpengalaman aku pun membaca surah yassin satu persatu ayat sambil memandang ke tubuh perempuan tua itu. sehingga habis surah dibaca tidak pun ada tanda perempuan tua itu akan pulih sebaliknya semakin lemah. Menurut kata jiranya, kaki perempuan itu mulai sejuk.

Oleh kerana takut waktu asar terlepas akupun meminta jiran perempaun tua tersebut satu sejadah untuk solat asar disana. Aku telah diberi saitu sejadah tebal yang cantik yang tidak pernah digunakan. Setelah solat asar aku solat hajat dua rakaat meminta allah dua perkara iaitu disihatkan perempauan itu atau diambil rohnya dengan segera jika tidak ada peluang untuk sembuh. Setelah selesai solat akupun turun dari rumah tersebut dan dengan tiba tiba ditahan oleh jiranya..  " Dik tunggulah dulu" katanya.  " Kenapa soalku padanya. " Orang tua ni lambat pulak matinya " katanya padaku... Heran juga aku dengan kata-katanya..

gambar hiasan

" Tunggulah menjelang isyak " kataku mengagak saja. Aku pun terus berlalu bersama saudaraku pulang ke rumahnya. Sampai dirumah kami duduk menyambung sembang. Tidak samapai setengah jam , seorang kanak kanak berlari datang ke tempat kami dan memberitahu bahawa perempuan tua itu telah meninggal dunia. Sungguh kasihan dia , waktu meninggalnya tiada anak anak disisi. Anak anak sibuk berkerja mencari rezeki di Kualal Lumpur. Anak anak tidak memperdulikan ibunya yang sudah tua. Begitulah nasibnya.... Bagaimana nanti nasib kita... hanya tuhan sahaja yang tahu...........................

BILAKAH BERLAKU PERNIKAHAN INI

Bapaku telah bertanya padaku dengan soalan yang kufikirkan tidak kena..... Katanya " bagi tahu bilakah berlaku pernikahan ini "

Nikah Quran dengan makna
Nikah badan dengan nyawa
Nikah hamba dengan hamba
Nikah tuhan dengan hamba.....................................

Dia tersenyum menduga anaknya ?

Wednesday, August 11, 2010

Dia Ibuku


Dia ibuku. Sudah 4 tahun meninggalkan kami semua dan  pasti tidak akan kembali lagi buat selama lamanya. Yang tinggal cumalah kenangan silam, kenangan yang membuat hati kerinduan pada saat saat lampau yang tidak akan berulang lagi. Masih kuingat lagi tentang  ibu yang sering menceritakan kisah Si Tenggang, kisah Batu Belah Batu Bertangkup supaya anak anak sentiasa mengasihi ibubapa, supaya anak anak sentiasa menghormati orang tua.

Sepertinya kata orang " waktu kecil ditimang ibu, sudah besar ditimang gelombang" Begitulah hidup kita hari ini yang berjuang untuk diri sendiri. Sewaktu ibu masih hidup, semua ahli keluarga sering berkumpul tetapi setelah ketiadaannya, semuanya telah berubah dan tidak bersama sama lagi. Masing masing sudah membawa diri sendiri dengannya ahli keluarga masing masing. Bahkan waktu sakit pening juga jarang sekali kedengaran beritanya.Ada yang kita kenal anak cucunya atau ipar duainya, sehingga bertemu berlaga hidung dipasar tidak ketahuan siapa dia.Begitulah dunia sekarang yang semakin maju dan canggih dimana manusia tidak memperdulikan jiran tetangga saudara maranya yang dekat dan jauh.

Masih teringat masakan ibu yang sukar ditemui sekarang walaupun yang memasaknya adalah puteri raja dari kayangan. Dahulunya waktu sakit , memadai ibu memegang memicit kepala , terasa ringan mudah sembuh tanpa ubat dan jampi serapah. Pada hari ini kalau sakit, carilah ubat sendiri, makanlah ubat segala yang ada. Sembuhnya tidak , bertambah sakit lagilah ada. Kata arwah guruku, beruntunglah dan kayalah orang yang punya ibu kerana ibu adalah penawar segala penyakit. Tapi sekarang ada orang tidak memperdulikan ibunya, ada ibu pula tidak memperdulikan anaknya. Disepak dibuang merata rata. Pada hari ini telah tiada tempat mengadu mencurah rasa walaupun ada kekasih tercinta, walaupun ada teman untuk berbicara. Kata orang juga kasih ayah masa berada , kasih ibu bawa ke syurga.

Dengarlah wahai anak anak, biarpun buruk rupa miskin dan hina , ibu kita tetap ibu kita yang tak kan kita temui dimana mana dan tak kan dapat diganti dengan sesiapa. Kepada mereka yang kaya, mereka yang telah senang hidupnya, mereka yang tinggi pangkatnya..... pulanglah ..... pulanglah kepada ibu masing masing. Sambutlah Ramadan sambutlah Syawal bersama mereka kerana tahun hadapan belum tentu lagi dapat berjumpa dan makan bersama.

Semuga Ramadan ini memberi berkat kepada kita semua dan memberi peluang kita membena hidup yang baru. Amin


Tuesday, August 10, 2010

Perjalanan Penuh Kerinduan

Ilda,
Perjalanan ini semakin jauh
pencarian hidup tanpa nokhtah
meredah onak dan duri belantara
dan menitisnya keringat....
lemah tak berdaya...........................

Ilda,
Tubuh kerdil masih bernafas
dengan kepayahan mengorak langkah
satu persatu tapak medi bumi nyata......

Bukankah pujangga pernah berkata
bahawa kebaikan dan keburukan itu
adalah anugerah tuhan 
terimalah.................

 Ilda,
Manusia dengan usia sesingkat ini
 meraih kasih sayang dan cinta
dari insan dang Sang Pencipta
penuh harapan

Salam rindu buat anak anakku diseberang
salam untuk Emilia,Reni , Ita dan Dewi
salam butamu Ilda

Semuga senja berakhir disi
meniti malam datang menjelma
dan aku akan melelapkan mata
lena diulit mimpi
Selamat malam.......................................





            

                      

Monday, August 9, 2010

Saat Pemergian

Saat kematian itu pasti datang kepada semua makhluk. Hidup itu tunangannya adalah kematian.Cuma ia datang dengan cara dan suasana yang berbeza beza. Suasana kesedihan dan kepiluan itu jelas nampak di depan mata diiringi linangan air mata tetapi manusia masih belum tersedar dari mimpinya.

Beberapa tahun yang lalu aku pulang berhari raya ke Utara tanahair. Didalam suasana kegembiraan itu kami sekeluarga telah menerima berita bahawa ibu kepada salah seorang kenalan kami telah dimasukkan kehospital Alor Setar kerana sakit tua. Petang itu sambil beraya kesana sini kami sekeluarga singgah ke hospital itu untuk menziarah. Seperti biasa kebanyakan ahli keluarga pesakit ada disana dan aku telah berkesempatan untuk masuk melawat.Aku yang bodoh dan tak berapa pandai ini dapat merasakan sesuatu kelainan pada wajah orang tua itu.Seperti biasa kalau disebut salah dan kalau tidak disebut pun salah, jadi mau tak mahu disebut juga. " Bacalah Yassin " kataku padanya. " Jangan " katanya. " Kenapa ?" soalku padanya sambil garu garu kepala aku yang tak gatal. " Emak saya ini masih ada harapan , jangan baca yassin , nanti dia sedih, dia belum nak mati lagi" jawabnya.

Aku tersentuh dengan jawapannya dan sungguh sunguh aku tidak menyangka dia akan berkata begitu. Dia memang seorang pekerja klinik swasta dan tentu sekali sudah biasa dengan pelbagai situasi. Tapi mungkin juga sudah " bahagian" ibunya. Di dalam ramai ramai anaknya itu hanya seorang sahaja yang kelihatan membaca surah yassin tetapi duduk jauh dari bilik ICU. Petang kami pun pulang meninggalkan seorang tua yang sedang berperang dengan maut.

Cerita itu mengingatkan aku tentang ibuku yang pernah terlantar diGHKL selama 21 hari dibulan Ramadan. Kami adikberadik ipar duai saling bertukar ganti menjaga ibu.Waktu itu kami semua bukan sahaja berdepan dengan masalah kerja tetapi juga masalah penjagaan anak anak dirumah Waktu petangnya kami sekeluarga berbuka puasa ditangga hospital, diwaktu malam pula salah seorang dari kami akan berjaga sampai ke pagi. Walaupun doktor berkata telah tiada harapan tetapi kami tetap menunggu dengan bacaan surah yassin sehingga ke akhir hayatnya.


Pentingkah bacaan yassin itu ? Sekurang kurangnya dia dapat mengiringi pemergian arwah dengan lebih tenang. Sungguh kasihan bagi mereka yang mempunyai anak tetapi bersendirian dikatil hospital, sungguh kasihan kepada mereka yang mempunyai anak tetapi tidak membantu sewaktu pemergian mengadap ilahi. Sungguh kasihan kerana mempunyai anak yang telah didik dengan didikan agama , disekolahkan  diberi pelajaran tetapi buta hatinya........................

Saturday, August 7, 2010

REZEKI ALLAH

Bulan Ramdan kian mendekat menyaksikan kesibukan masyarakat kita berbelanja. Dimana sahaja bukan sahaja pasar borong, pasar tani tetapi juga di gedung gedung besar , mini market riuh rendah dengan kehadiran manusia yang berbelanja membeli barang-barang keperluan  seolah-olah negara kita bakal dilanda darurat. Bukan sahaja orang kaya tetapi juga orang miskin berbelanja besar lebih dari kadar biasa untuk menyambut Ramadan setahun sekali walaupun disana sini seperti biasa kerajaan melaungkan supaya berjimat cermat dan jangan boros

Tradisi ini tetap berlansung bermula dari zaman nenek moyang lagi dan tidak mungkin dapat diubah. Kita cuba diajar supaya tidak menurut hawa nafsu di bulan puasa, dilatih berpuasa semenjak dari kecil tetapi mempunyai selera yang besar ketika berbuka puasa. Kita cuba menidakkan perkara itu tetapi bazaar Ramadan tetap penuh dengan kueh muih yang akan dimakan oleh manusia dan sisanya nanti kepada binatang. Nun disana anak pak lebai juga bertukar jubah dan kopiah atau paling paling tidak tasbih baru buat beribadah waktu malam….. bagaimana pula yang lama ? Manusia semuanya mempunyai kehendak ?

Tapi yang miskin itu adakah benar benarkah miskin ? Miskin sehingga memerlukan bantuan ? Mereka yang tinggal di rumah DBKL tetapi berkesempatan membeli rumah lain berasingan dan menyewakan rumah DBKL kepada Bangla dan Indon ?. Mereka yang tinggal dirumah PPRT yang setiap bulan menerima bantuan dari Baitulmal, Kerajaan negeri, pusat zakat atau wang poket dari YB. Merekakah yang bukan hanya dapat pancing tapi juga dapat ikan untuk hidup. Merekakah yang susah yang saban ramadan mendapat bantuan dan mendapat baju raya untuk anak anak mereka. Mereka atau yang sebenarnya kita........................

Kita inilah yang hidup dengan tulang empat kerat mencari rezeki dengan usaha sendiri. Kita yang hidup hanya bergantung kepada gaji iaitu gaji suami dan gaji isteri. Banyak manalah orang macam kita dapat.... Kalau ada RM 5 ribu...... pasti hari raya ini adalah hari yang sangat gembira. Kita tak perlu pinjam bank, pinjam along atau berhutang disana sini... Senang ke kita jika balik kampung dengan duit minyak RM 300/- duit tol RM 120/- dan tidak termasuk baju kain anak bini yang mahu ditukar . Kalau dapat sepasang seorang jadilah...Jadi ayah kenalah mengalah....pakai sahaja baju tahun lepas. Senang ke kita bahawa dalam perjalanan pergi dan balik dari kampung tak perlu singgah makan untuk menjaga buget. Tak perlu ke kita menyediakan sampul ampau hijau untuk sanak saudara ?..... Orang PPRT tentu lebih mampu dari kita ?

Orang PPRT cuma dilarang pakai Astro.... tapi kereta menjalar didepan rumah. Setiap awal tahun mereka dapat tukar baju anak sekolah. Kita cari sendiri bahkan kadang kala lansung tak dapat tukar. Adik pakai baju abang, abang dapat baju baru selepas  6 bulan . Yuran sekolah mereka sudah bayar awal tahun sedangkan kita sampai bulan Oktober  masih terhutang dengan sekolah. Anak mereka dapat makan free anak kita bawa duit belanja RM 1/- sahaja. Nak makan apa dengan duit RM 1/-

Kepada saudaraku yang mendapat rezeki ini , terimakasihlah kepada kerajaan bersyukurlah kepada Allah. Jangan jadi perdurhaka kepada negara, kutuk sana kutuk sini, ikut sana ikut sini. Seperti kata mereka..." duit kami ambik tapi kami tak sokong " Sedapnya mulut bercakap kerana masih bernafas dimuka bumi... Kalau tak mahu sokong.... hiduplah seperti kami yang hidup kais pagi makan pagi kais petang makan petang, malam tidur dengan perut keroncong.... Jika minta bantuan Baitulmal entah bila dapatnya , tidak layak katanya ........

Aku cuma teringat seorang budak lelaki tinggal dengan datuknya seorang yang pencen kerajaan. Dia dapat bantuan sekolah dan juga dapat biasiswa. Emak bapaknya kaya raya., gaji besar , anaknya menumpang kesusahan nama datuknya....Adil ke atau kita kena sebut " sudah rezeki dia "


Friday, August 6, 2010

CAHAYA MATA

Anak adalah permata hati. Menurut kata guruku anak juga disebut sebagai cahaya mata. Dimanakah cahaya itu ? Puas aku mencari cahaya dalam cahaya dan di dalam  sebutan jampi serapah lama juga disebut perkataan cahaya Allah cahaya Muhammad, Cahaya Baginda Rasullulah.................... pendik kata  itulah sinar dan dalam sinar itu kenalah ada pandangan. Katanya lagi kalau mahu melihat pintu syurga pandanglah wajah orang yang kau kasihi. 

Hari ini aku bukan ingin menulis tentang cahaya ataupun zaman cahaya tetapi tentang cahaya mata permata hati. Kepada semua ibubapa yang mempunyai anak tentu pernah merasa gembira menerima kelahiran cahaya mata. Itulah saat manis menerima anak baru samaada anak pertama atau seterusnya. Anak yang dikandungkan 9 bulan 10 hari dengan penuh kesabaran dan persiapan. Si Ayah tentu sekali akan ke hospital yang mungkin tak pernah dijejaknya seumur hidup membawa bakul, kain batik, pelas air," pampers", botol susu dan baju tukar ganti isterinya. 

Kemudian datanglah berita gembira isterinya selamat melahirkan anak, lalu berkumpul sanak saudara adik beradik datang melawat dan sibuk sibuk memberi nama. Ada nama yang cantik dan ada nama yang huduh.Kali pertama melihat anak yang baru lahir sudah tentu kelihatan cahaya diwajahnya, lalu dipeluk, diQamat atau di Azankan. Ada yang memberi komen anak ini serupa ibu serupa bapa atau datuk neneknya. Berbagai macam hadiah diterima berupa wang ringgit juga yang mana emakbapak dapatlah sedikit menumpang senang, sekurang-kurangnya dapatlah" top-up" handphone atau membayar bil hospital. Anak itu kemudianya dapatlah dibawa balik kerumah untuk dipertonton juga kepada jiran tetangga. Bagi mereka yang mampu tentu sekali akan membuat kenduri doa selamat, kenduri naik buaian, kenduri cukur rambut dengan adatnya berzanji bersalawat...........Menurut kata arwah guruku bahawa selama 44 hari itu hati yang keras akan menjadi lembut dan perbuatan sihir tidak dapat masuk ke rumah. Hanya Allah sahaja yang tahu......................

Hari ini zaman ini keadaan sudah pasti jauh berbeza. Anak yang baru lahir kelihatan terbuang di tong sampah dan ditinggalkan dikaki masjid. Ada yang meninggalkan anak itu dengan pampers dan botol susu serta tin susu dengan harapan semuga anak itu dapat bangun membancuh susu dan memakai pampers sendiri. Ada juga yang ditinggalkan "di bus stand" tempat dimana emak dan bapanya "berdating" waktu dulu. Kenapa jadi begitu ? Kerana mereka malu dengan kemaluan yang tidak dapat ditutup dengan daun niru. Malu dengan perbuatan jahat yang menonjol dimata manusia. Lalu hebohlah sana sini orang orang besar nak mengatasi masalah itu. Masalah kebanjiran bayi tanpa ibubapa disana sini, dinegeri orang tak baik dan juga dinegeri orang baik baik. Padahal sebenarnya kejahatan ini telah lama ujud dizaman tok nenek dulu. Waktu itu mak bidan bersubahat membunuhnya dan ditanamnya merata rata. Waktu itu ada ibu yang mengandung lari dari rumah ke tempat lain dan pulang semula ke kampung dengan senyuman "anak angkat katanya" 

Sesungguhnya kejahatan ini telah lama wujud tanpa hebahan surat kabar dan TV. Kejahatan Sang lelaki memanjat bilik anak dara dan kejahatan anak dara menyimpan "jantan" di dalam kamarnya.

Soal kemasyarakatan yang kian punah ditengah gejala politik yang mencabar dan ini adalah penyakit besar yang kian melarat tanpa penghujung. Dengan cahaya ini, dengan mata kita ini kita akan melihat sandiwara semasa , kehidupan yang penuh realiti dan kesesatan ini hanya ada dua  ubat iaitu Alquran dan Hadis..................

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...