Followers

Monday, August 30, 2010

Berubat Sehingga Sembuh

Salam kepada sekelian pembaca. Saya ingin menyambung cerita ini supaya jadi pengajaran dan jangan tiru cara saya yang salah...................

Abangku sering pulang membawa air jampi yang diambil dari kenalannnya. Kebanyakan air jampi itu kuminum sepertinya minum air mineral sahaja. Tiap tiap air jampi yang kuminum itu aku dapat mengesan ada makhluk mengikutinya. Jadi tok bomoh memang tak bagi air kosong, tiap tiap air itu ada kadam. Aku dapat bercakap dengan kadam mereka. Jelasnya mereka datang nak menolong dan kebanyakkannya datang menasihat aku sambil melayan kerenahku. Aku juga kena mandi limau dan rasanya sudah lebih sepokok limau  juga habis digunakan. Bayangkanlah kalau sekali ambil limau 7 biji, pernah juga aku pakai 21 biji... sejuk dibuatnya. Ibuku pula sudah membuang baju silatku ke Sungai Selangor  manakala beberapa kitab yang kumuliki juga telah diambil oleh abangku. Pelik juga tak ada hantu pun pada kitab ugama kenapa mereka nak ambil juga. Buku buku yang mengandungi serapah jampi pula disuruh bakar. Setelah buku buku itu dibakar , dadaku pula terasa sakit dan pedih. 

Abangku telah pergi berjumpa guruku Hj. Roslan Tan. Dengar kabarnya dia merendamkan tasbihnya kedalam air. Sebaik sahaja air tersebut itu sampai ke rumah aku pun disuruh oleh abangku meminumnya. Badanku tiba tiba rasa panas. Suara ghaib datang lagi kepadaku mengajak aku menggerak gerakkan badan sepertinya senaman. Badanku berpeluh setelah sekian lamanya tidak berpeluh fikiranku rasa kosong , dada juga kosong dan aku macam orang bingung tidak dapat berfikir manakala suara ghaib juga hilang tiba tiba...........................

Aku bertandang lagi ke Ampang dan kali ini Abang Lan yang tinggal disebelah rumah ibu saudaraku pula menegurku. " Dunia belum kiamat "katanya sambil ketawa melihat aku. Aku memang tak faham maksdunya tapi takdir Allah telah menemukan aku dengannnya. Dia orang yang berkulit cerah dan berbadan gempal yang sanggup menemaniku setiap hari. Dia menyuruh aku menceritakan segala apa yang aku pelajari selama ini. Disuruhnya aku menulis dalam kertas tentang rahsia yang aku tahu dan aku tidak perlu mandi limau dan minum air jampi lagi................

Abang Lan menyusun kembali solatku dan menerangkan satu persatu rahsia yang tidak kutahu. Menurut kata Abang Lan aku ini telah " terganggu" dan terlepas kedunia lain sedangkan perjalananku itu pula adalah perjalanan yang tanpa bimbingan tanpa penghulu katanya. Perjalanan tanpa bimbingan memangnya sesat. Tidak hairanlah kalau aku dengar yang bukan bukan atau lihat benda yang bukan bukan sebelum ini.

Hari demi hari aku berusaha menyesuaikan hidupku dengan dunia. Aku bernyanyi sendirian dengan suara yang kuat dan aku tak perduli apa orang kata. Lama kelamaan telinga sebelah kiri kudapat mendengar bunyi dunia nyata. Aku juga sudah makan dengan selesa.

Aku terus berulang alik ke rumah Abang Lan dan meneruskan pelajaranku dengannya. Dia telah menerangkan kepadaku tentang perkara salah dan benar. Lebih lebih lagi dalam bidang perubatan tradisional. Nasihatnya bahawa di dalam ibadah hendaklah dipisahkan antara kebatinan dan ketuhanan.Maksudnya jangan mengadakan ngadakan bacaan lain atau perbuatan lain bercampur dalam solat atau selepas solat. Solat adalah solat. Begitu juga dia juga menerangkan tentang pembohongan yang dilakukan oleh para para ilmu perubatan tradisional serta guru guru silat atau pak imam yang bertentangan dengan ajaran Islam.

Selepas 3 bulan aku mendengar lagi suara ghaib dengan rengkasnya mengatakan bahawa selepas ini aku akan menemui perjalanan yang jauh..... Aku tidak faham sehinggalah aku dipanggil oleh abangku untuk aku bekerja di Syarikat Lever Brothers. Disana aku memang jalan jauh jauh mengikuti salesman kemana sahaja di selatan Malaysia.

bersambung..................



Gambar hiasan


segala nama nama yang diatas telahpun kembali ke rahmatullah
Mereka adalah ibuku, Dr. Khalifah Hj. Roslan Tan dan Abang Lan
dan yang tidak tersebut ialah Rosman, Pak Ngah Yop
Alfatihah


2 comments:

Mankuchai said...

salam,

baru habis baca kesemua cerita..ada sambungan lagi ker...

Panglima Muda said...

ada banyak cerita. takut orang muak baca. Cerita misteri ni susah sikit nak percaya, ada orang pulak suka tambah tambah bagi sedap...