Followers

Saturday, August 28, 2010

Mati Hidup Semula

Sambungan.......................

Petang itu kegelisahanku kian bertambah. Laungan azan maghrib bagaikan menghiris jantungku, sebaknya kumenahan tangisan dan perasaan sedih hati tidak terkira. Aku solat maghrib seperti biasa tetapi selepas salam terakhir kudengar suara ghaib memberi salam. Katanya " bersiap sedialah kerana sebentar lagi kamu akan kembali kepada tuahanmu" Aku menerima berita itu dengan tenang sambil mengingati sepotong ayat mengatakan" Wahai jiwa yang tenang kembalilah kepada tuhanmu dalam keadaan reda dan diredai"

Aku bangun dari sejadah itu dan menemui setiap seorang ahli keluargaku, bersalaman dan meminta maaf dan setelah selesai urusan itu akupun berbaring diatas katil. Kedua tanganku kuletakkan didada  dan dari kaki sehingga seluruh tubuhku sehingga kekepala  kuucapkan salam iaitu salam terakhir. Aku sudah reda dan bersedia untuk pergi dan menanti nanti untuk hembusan nafas yang terakhir. Ternyata bukan mudah untuk mati walaupun nafas tersekat satu persatu kerana ada persoalan dan pendakwaan perlu dijawab. Ada suara ghaib memujuk ada suara yang memarahi keras bermain main dicuping telingaku. Ada suara yang menyalah nyalahkan perbuatanku. Kepalaku terasa panas dan aku terus memandang keatas..............................

Tiba tiba ayahku pulang  bersama Pak Long Katan iaitu seorang bomoh yang terkenal kampung kami. Pak Katan menghampiriku dan menyentuh wajahku dengan tanganya. Ditariknya pada dahiku dan daguku sambil berkata " orang menuntut ilmu untuk hidup tetapi engkau menuntut ilmu untuk mati" Aku mendengar jelas kata katanya padahal tubuhku bagai beku tidak bergerak. Laungan azan isyak kudengari dan menyentuh seluruh jiwaku dan diwaktu itu ibuku menarik tubuhku untuk bangun. Kurasai badanku kebas sepertinya darah baharu sahaja mengalir ke seluruh badan. Akhirnya aku dapat bangun dari pembaringan itu dan mengakhirkan siri kematian yang tidak terjadi. Ternyata dalam soal jawab sebentar tadi aku menyatakan hasratku untuk pulang kedunia nyata. Hasratku itu dijawab oleh suara ghaib itu dengan katanya " Kau jangan datang lagi kesini, bagaimana kesukarannya kau datang kemari begitulahlah kesukaranya untuk pulang keduniamu"


                                          Gambar hiasan

Begitulah, aku terus meneruskan kehidupanku dan berharap untuk pulih dari kesengsaraan itu.....bersambung lagi...............................................

6 comments:

Ilda Valentina said...

wahhhhh . . . sedih sekali

Ilda Valentina said...

ohhh begitu

zulkbo said...

Salam bertandang lagi..
moga sihat selalu orang
di sini..jangan lupa
zakat fitrah tahun ini?

Panglima Muda said...

salam, disini saya ceritakan tentang bagaimana saya telah dipengaruhi syaitan waktu itu, nasib baik tak sampai kes sembelih menyembelih. Saya rasa mereka terpengaruh dengan suara suara ghaib yang tak tentu hala yang yang difikirkannya benar

Webmaster@Echam said...

Salam Pakdin,
Adakah ini perbuatan sihir??

Panglima Muda said...

tidak ini bukan sihir, saya sebenarnya terlajak dalam permahaman. Sebenarnya sebagai orang Islam kita bukan hanya menumpukan perhatian kepada bab solat semata mata tetapi juga soal iman.Akidah perlu kuat ditanam dalam diri barulah kita tidak terlajak.Hidup ini adalah kenyataan dan apa sahaja amalan yang tidak pernah dibuat oleh rasullullah , janganlah buat. Bergurulah cara terang terang dan bukan dengan guru yang ghaib. Masyarakat melayu kita sangat mengagung agungkan benda ghaib yang bukan bukan. Terlajak itu bermaksud sesat...........