Saturday, August 21, 2010

Pemergian Yang Perlu Diiringi

Arwah nenekku disebut orang sebagai  Mak Uteh. Tidak putih sepertinya mat salehpun tapi itulah gelarannya. Semenjak kematian datok kami , arwah nenek tinggal seorang dirumah buruknya, cuma apabila waktu makan dia datang ke rumah kami yang tidak jauh dari situ. Kehidupan nenek seperti juga dengan keadaan orang orang tua lain yang banyak menghabiskan masa beribadah sendirian. Akulah cucu lelakinya yang menjadi" tukang baca" pada setiap patah ayat doa yang ingin dihafalnya. Dalam usia yang semakin senja dia tetap gigih menghapal satu persatu bacaan doa atau ayat suci al- Quran walaupun perkataan dan bunyinya tidak sebaik bacaan orang orang muda. Cuma satu perkara yang tidak didengar bahawa nenekku itu didampingi oleh Jin Islam. Aku sebagai cucnya inipun tidak pernah nampak kelibat jin itu. Hanya yang aku tahu bahawa setiap tengah malam kudengar dia menyanyi dalam tidur dengan perkataan " lailahaillallah"

Pernah juga aku mencuba merakamkan suaranya pada suatu malam dengan menggunakan radio keset tetapi menemui kehampaan diwaktu esoknya kerana rakaman itu hanya meninggalkan bunyi desiran angin. Kelainan yang lain kutemui ialah selalu kudengar bunyi orang berzikir di dalam rumahnya ketika ketiadaanya dirumah kerana mengunjungi rumah ibu saudaraku di Kuala Lumpur.

Tiga bulan sebelum kematiannya dia telah berkunjung ke Ampang. Emak saudaraku sangat berkehendak untuk menjaganya sepertinya ibuku menjaganya di kampung. Waktu itulah aku sering berulang ulang kesana untuk melawatnya. Pada suatu hari dia jatuh  tetapi tidak berubat di hospital. Ramailah saudara mara yang datang melawat dan salah seorangnya ialah bapa saudaraku bernama Jaafar. Dia meramalkan bahawa nenekku itu tidak akan meninggal dunia sehinggalah dibuang sakanya atau pun dipindahkan sakanya itu kepada anak anak. Ibuku cuma ada dua beradik dan sama sama perempuan, jadi masing masing tentu sekali menolak dengan alasan masing masing.

Pada suatu petang dia semakin teruk. Kira kira jam 12.00 malam keadaan sangat tenat dimana ibuku telah menghubungiku di Selayang Baru memaklumkan bahawa nenekku dalam keadaan nazak. Sebagai seorang cucu aku hanya mampu beriktiar disejadah. Dengan solat hajat , bacaan yassin dan doa Saidina Akasah aku bermunajat seperti yang dikhabarkan oleh arwah guruku bahawa setiap pemergian misti diiringi. Sungguh benar, selepas setengah jam itu Allah telah menjemputnya dengan selamat. Tidak ada kejadian aneh aneh berlaku dan ibuku dan adiknya tidak perlu mengorbankan diri untuk menerima saka.

Kepada saudaraku yang membaca cerita pendik ini aku ingin berpesan supaya meningkatkan kepercayaan tinggi kepada tuhan. Biarpun yang ingin menjadi teman kita itu adalah jenis jin , orang halus, orang kayangan atau orang bunian. Biar pun mereka menabur janji atau untuk menjamin kehidupan, kita sebagai anak cucu Adam yang wujud dimuka bumi hendaklah berpegang teguh kepada ugama percaya kepada rukum iman yang 6 perkara. Apa yang berlaku diwaktu lalu biarkanlah berlalu. Mungkin diwaktu itu tidak ada guru guru ugama yang arif tentang hal ini sehingga bercampur aduk diantara benar dan salah. Saudara saudaraku juga jangan lupa untuk bangun bersolat malam, mengerjakan tahajjud, solat taubat dan juga solat tolak bala dan jangan lupa membaca doa Saidina Akasah iaitu doa yang tidak tertolak permohonannya. Walllahhualam


No comments:

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...