Followers

Thursday, September 30, 2010

Bagai Tak Terasa Cintanya

Aku ingin pulang
ketika keletihan menjamah diriku
dan senja semakin hampir
dan malam menjemput lena

Kasihku
semakin pudar disini
bagai tak terasa cintanya atau rindunya
seorang wanita.................

Puteri mandi lewat ditelaga
menatap lelangit menanti sang rambulan
yang tak kan muncul
kerna hujan mula menitis
kelam dan gelap

Wednesday, September 29, 2010

Kad Pengenalan Siapa

Salam,
Semalam ada seorang budak perempuan masuk kerja disini. Umur 20th, boleh tahan juga kalau orang muda tenguk dan boleh mengurat. Rahim datang berjumpa aku dan bagi tau aku bahawa budak ni lain macam nampaknya. Aku tanya kenapa, dia kata budak tu ada IC tapi cakapnya macam orang Indonesia. Pelik juga kenapa HR ambik budak tu , dia orang tak tahu beza ke?

Mau tak mau aku pergi jenguk kat HR, nak tenguk borang kerja dia. Memang sah IC Malaysia tapi tulisan dalam borang meragukan. Bahagian sekolah tak tulis apa apa, beranak di Hospital Selayang, alamat di Lipis Pahang. Ada tulis nama tapi tak ada tulis binti apa-apa. Pengabisan kata HR cakap bahawa perempuan ni sekolah cuma setakat darjah enam. Macam mana nak tahu IC tu betul atau tak betul. Jadi taliponlah ke Putra Jaya JPN. Dia suruh kita hantar surat kepada pihak JPN untuk pengesahan atau suruh budak tu pergi JPN buat surat pengesahan.... Cara ni lambat, naik bas pun bukan free.

Aku taliponlah kekawan kat atas bukit tu , kut boleh menolong. Dia orang cakap ini IC betul . Habis macam mana? Kalau IC betul pun , dia ni siapa ? Aku suruh HR sakat budak tu, minta tulis sekolah kat mana, mintak surat beranak ke...... HR panggil budak tu dan tambah sedikit cerita . Dia kata dia sekolah kat SG Taman Selayang (1) dari tahun 1996 sehingga 2005... Lamanya sekolah tapi setakat darjah enam sahaja dan aku tak pernah dengar nama sekolah SG Taman Selayang. 

Hari ni dia tak datang kerja pun................bukan salah aku.... dia takut kut... Member aku dari bukit nak turun tenguk betapa cantiknya gadis itu


Tuesday, September 28, 2010

Hari Raya tak habis

Salam sejahtera.............

Masih lagi dengan open house hari raya ? Itulah yang hendak aku cakapkan hari ini.... Semalam aku tak pergi kerja, badan sakit sakit lemah satu badan. Letih sesangat layan tetamu sampai pukul 3 pagi baru dapat tidur. Rumah orang miskin macam aku ni pun, ada juga orang sudi datang... Orang luarlah... adik beradik tak datang, dia orang sibuk sangat, lagipun jalan ke rumah aku gelap...tak nampak jalanpun.... sebab tu dia orang susah nak datang.
Bercerita pasal rumah terbukani adalah cerita buged lepas raya. Sama ada ada duit tak da duit, ada orang akan tanya kita " tak buat rumah terbuka ka ?" Jawab ajelah dengan senyum senyum..." ada"

Aku tak kisah apa apa pun pasal makan makan tapi pasal budak budak kecik je aku risau. Emak bapak dia pun tak kisah juga. Budak budak buat parti kat tepi longkang rumah aku. Panjat sane panjat sini, lubang longkang tu menunggu sangat. Kalau jatuh bukan sahaja pecah kepala, mati pun boleh. Bukan salah aku tak tutup longkang tapi besi longkang dah hilang dikebas orang yang gila besi buruk 

Apa nak kata, perangai budak budak macam itu.... agaknya begitulah.... 

Monday, September 27, 2010

Negaraku Tanah tumpah Darahku

Salam,
Semalam hari Ahad, aku kerja jugak. Orang kerja dihotel macam nilah. Hari minggu orang berehat dirumah kita masih berada ditempat kerja. Orang kerja kilang pun cuti Sabtu Ahad.... boleh jalan jalan sane sini. Orang Melayu memang suka macam tu, suka juga cuti selalu, suka kerja yang relax relax tak payah beban kepala otak nak fikir yang berat berat. Kalau tak caya tanyalah " kau kerja mane ?" Dia jawab " aku kerja relax je , best . bos aku pun ok je" Inilah dia melayu, bangsa aku jugak..................

Korang tau kat hotel ada kerja part time di Banquet, mane mane hotel cam tu lah , misti ada punya. Biasalah ada kerja susun meja, hias meja, letak makanan dan bagi orang makan seterusnya basuh pinggan. Hari cuti sekolah aku tenguk anak anak bangsa lain buat part time tulah. Aku tenguk muka dia orang siang malam dan ada juga yang tak balik rumah. Bayaran part time dapat , makan pun dapat dan tidur bilik hotel pun dapat. Function melambak sampai ada budak Banquet yang muntah muntah. bukan muntah mengandung dan buang anak tapi muntah tenguk duit. Anak bangsa aku, sedap duduk kat rumah, duduk kat CC, duduk sama girl friend dan bercerita panjang lebar tentang perjuangan bangsa. moral, menjadi suara rakyat , mengadap buku dengan penuh keyakinan..................... Siapa yang ajar benda ni.... Mat Saleh atau Jepun

Bapak pernah cakap... ya lah cakap orang tua " Tunku duduk diam diam, ini negara biar saya jaga saya perentah, cukup tahun tunku dapat elaun, cukup tahun dapat bonos ,cukup umur dapat pencen" Betul ke cerita tu?  Dulu selepas sahaja SPM anak anak bangsa aku tak mahu kerja kotor, tak mahu ke sawah, potong getah, sapu jalan, bahkan jual jering kat tepi jalan pun malu. Semua nak kerja opis, dudduk dalam air cond, kerja gomen. Dapat pulak kerja tu , pasal kat pejabat daerah tu ada suku sakat kita, busuk busuk pun kerja JKR. LLN atau Jabatan Parit dan Taliair.

Sekarang kabel berkabel pun ada jugak......yang datang penjuru kampung pun senang dapat kerja. Kita kat bandar ni , mohon sampai bertahun pun KIV...sebabnya suku sakat kita dah tak da dah... Lagipun suku sakat kita lebih suka tolong orang luar dari adik beradik sendiri. Suku sakat kita lebih suka bela indon, bela nepal, bela bangla...

Sekarang nikan bangsa aku nak ajak bangla tu makan sireh, ajak nepal tu bersunat ajak indon tu duduk satu rumah, peluk cium sayang, mengaku anak bagi surat beranak, bagi ic.... Betul betul masuk melayu tapi nyanyi lagu negaraku tak tahu.....

Raya tahun ni aku pakai baju melayu, aku pakai songkok,aku pakai samping sebab aku tahu bahawa aku ini melayu, inilah pakaian bangsaku. Aku tak perduli kalau Arab gelak kat aku, aku tak perduli kalau Scotland gelak kat aku, aku tak perduli kalau Pakistan gelak kat aku... Aku tetap Melayu yang pernah didik oleh penjajah supaya bersenang lenang, bergembira dengan joget lambak 7 hari 7 malam. 

Suatu hari ibu mertuaku bertanya padaku... " hang kerja apa? Hang kerja opisboy pun tak pa.... kerja tetap ada pencen"........ Nak buat macam mana ya......Aku nak tipu dia pun boleh .... aku nak cakap besar pun boleh..... aku nak cakap hari hari aku jumpa orang besar, PM . TPM . AAM pun boleh sebab aku ni kerja kat hotel....Cam mana besar pun aku tetap kuli . Kuli No One.....................................

Aku sayang kat emak mertua aku, dia orang tua tak tahu apa apa, kasihan kerana kena tipu dengan cerita rekaan , kasihan kerana sudah pun dapat bantuan warga emas, dari zakat, dari Jabatan Kebajikan......... Apalah yang nak dia dia beli ? Kain batik, gelang emas atau membela biawak hidup...................

Sunday, September 26, 2010

Mengejar Impian Dihujung Senja

Umur Maklong sudahpun lanjut dan sepertinya orang orang tua lain dia berkeinginan untuk pergi menunaikan haji ke baitullah. Maklong pastinya mempunyai duit tambahan lagi semua anak anak sudahpun besar dan beranak bercucu. Kalau dilihat dari kehidupan anak anaknya sudah tentu mereka boleh membantu Maklong diatas tujuan itu. Entah macam mana bapak sudah terlepas cakap. " Kalau kau pergi haji , aku bagilah sepuluh ribu" kata bapak kepada kakaknya.

Tahun ini tiba tiba Maklong menuntut kata kata bapak itu dan sangat berharap bapak dapat mengkotakannya. Anak anak bapak mula rasa tak selesa dan berbunyi disana sini. " Anak anak Maklong kan ada, harta mereka merempah ruah kenapa mereka tak tolong emak dia" kata anak anak kepada bapak. " Lagipun dah tua macam itu bagaimana nak pergi, kenalah ada anak anak mereka ikut sama dah tu lambat pulak daftar " tambah anak anak lagi. Bapak tak cakap apa apa , dia fikir duit itu adalah duit dia, lagi pun  duit yang hendak diberikan duit itu ialah untuk kakaknya.

Entah mana datanglah cucu Maklong kerumah pertengahan jun lalu, mereka membawab apak ke tabung haji dan mengeluarkan duit sepuluh ribu .Mudah sangat nampaknya pekerjaan mereka bila membawa bapak yang  dalam keadaan mata  rabun itu ke tabung haji. Anak anak yang berada dekat dan jauh lansung mengetahui hal ini sehinggalah disuatu hari bocorlah kisah itu. Kakak di kampungpun melompat marah dan dia kata kalau tak jadi pergi haji pulangkan balik duit itu. Ya lah siapalah nak pulangkan duit yang sudah diambil. Tiba tiba kedengaran berita lagi bahawa Maklong tak jadi ambil haji tapi nak pergi umrah sahaja. Anak anak bapak marah marah sangat dan panjang muncung mendengar berita itu.......................

Syawal 2010, Maklong terjatuh dirumahnya dan terkena stroke.............................. umrah ke mana haji kemana......... Aku berdiam diri, mengunci mulutku.............

"Ya Allah, seandainya rasa sombong, takabur,riya' dan sum'ah / menonjolkan diri dan kekurangan di dalam amal perbuatanku bagi Engkau masuk ke dalam hatiku sedang aku tidak mengerti atau mengerti, maka aku bertaubat dan berserah diri dengan mengucap:La ila ha illallah Muhammadur Rasulullah ."













Saturday, September 25, 2010

Macam Itu Cara Masuk Islam

Salam.
Tidak dinafikan adanya dikalangan kawan kawan kita dari bangsa asing dengan rela hati memeluk ugama Islam. Gembira hati kita mendengarnya tetapi banyak juga cut cet cut cet.... cerita di belakang. Banyaklah pertikaian dari kekekawan kita yang "Islam penuh" ni mempersoalkan tujuan sebenar masuk Islam itu. Tidak dinafikankan kebanyakkannya kerana mahu kahwin kerana undang undang di Malaysia tidak membenarkan perkahwinan berlainan ugama ini. Mau tak mau kena masuk Islam juga akhirnya dan beralah walaupun tak suka. Tapi ada juga yang benar benar ikhlas cuma yang merepeknya orang kita sendiri.

Kawan aku yang pertama seorang bangsa Filippina, bapaknya orang melayu tapi entah dimana. Dia tinggal bersama ibunya di Thailand. Dia datang ke Malaysia kerana bekerja, tiba tiba sahaja tertarik dengan ugama islam setelahnya puas pakai tangkal macam macam. Dia kata tangkal orang Islam sangat kuat, akhirnya dia masuk Islam di Kelang

Seorang lagi kawan perempuan aku bangsa China. Kerjanya sebagai EDP waktu malam , disebelah siang kerja jual tiket di Pudu Raya. Dia jatuh cinta dengan seorang budak polis di IPK yang berasal dari Johor. Tengah tengah malam minta aku ajar dia baca" mukadam:, masa tu dia pakai skirt pendik. Aku tak tahu mana nak tutup masa tu , nak tutup mata aku ke atau nak tutup skirt dia. Akhirnya dia kahwin juga tetapi usia perkahwinan tak lama. Puas naik mahkamah dan aku pun dengar lakinya ada dipersoalkan nafkah batin. Batin apa aku tak tahulah. Setahu aku laki dia dengan dia shift tak sama....... Sekarang anak anak dah besar besar dan dah pun kahwin mat saleh. Ugama apa dia sekarang aku pun tak tahu.

Seorang lagi pulak staff aku sendiri, budak sabah Guyang namanya. Dia ada berkawan dengan seoarang janda dan teringin nak masuk Islam. Aku ni bodoh sikit masa tu dan aku suruh dia jumpa bos aku yang aku fikir lebih cerdik dari aku. Seminggu dua minggu tak masuk Islam jugak. Bos aku kata dia ni masuk Islam pasal nak kawin. Masa tu ada juga kekawan lain cakap padanya "masuk islam kena sunat dulu " Jadi susah juga simamat ni dibuatnya. Akhirnya aku ambil keputusan bawak dia ke PERKIM di Jalan Ipoh. Masuk Islamlah dia dengan amannya. Tuan Imam tu suruh dia menghapal bacaan sembahyang dan bagi tempuh  selama satu bulan. Dia berjaya menghapal bacaan sembahyang dengan bantuan janda tu sehinggalah bersunat  juga dihospital . Setelah memiliki kad mulim dia tak kahwin dengan janda berkenaan sebaliknya membujang juga sehinggalah pulang ke Sabah dan meninggal dunia disana.

Sekarang ni ada lagi sorang perempuan cantik, budak sabah, nak masuk Islam juga sebab nak kahwin. Boyfriend dia orang melayu suruh dia ikhtiar sendiri masuk Islam. Si Boyfriend ni tak ambil tahu pasal masuk Islam ni tapi masukan benda lain boleh pulak.

Beberapa orang budak melayu pernah datang bertanya padaku apakah Islam itu? Aku jawab Islam itu bermula dari kebersihan maksudnya basuh punggung, basuh kemaluan, pakaian yang bersih, tempat yang bersih dan kemudian baharulah nak cerita pasal sembahyang. Hari ini aku tenguk budak budak pakai seluar yang sama waktu disekolah dan berkerja, kencing pulak berdiri. Faham fahamlah kalau kencing berdiri, mereciklah air kencing tu ke seluar. Dengan seluar kena kencing itulah mereka bawa bersembahyang. Ya lah. sembahyang cukup rukun cukup tapi bawa najis.

Pernah cikgu aku berseloroh suruh kami tanya kerbau sapi kat sawah tu tentang mandi junub. Dia kata kalau korang tak tahu mandi junub samalah macam kerbau sapi tu............. Jadi tak salah kalau aku cakap pasal kebersihan, zaman rasul dulu para nabi memperjuangkan soal  tauhid sehingglah lengkapnya 5 waktu solat . Jadi yang penting kebersihan dan taihid terlebih dulu..... Hari ni kekawan kita masuk Islam disuruh buat benda lain... abis aje kawin dia balik ugama asal...Yang mengajar pun tak habis belajar, yang khatam cuma bab mengauli isteri.... Wallahualam


Thursday, September 23, 2010

Nadia Memburu Cintanya

Dimanakah Nadia
gadis kecil yang manis
senyumnya adalah penghibur
ketawa dan lucu

Dimanakah Nadia
kudengar cintanya nan agong
pada jejaka itu
yang dimimpinya siang dan malam

Dimanakah Nadia
mengejari cintanya ke Utara
dengan penuh harapan
dimana lagi hujungnya

Nadia,
perkahwinan itu adalah perkongsian
yang dihidangkan masam dan manisnya
yang menanti takdirnya

Wednesday, September 22, 2010

Air dicincang tak kan putus

Salam...........

Masih ingat tak kisah Karim dan Fatimah yang duduk menyemak dirumah abangnya. Betul kata kawan kita bahawa kita tak boleh menumpang rumah orang yang baru kawin. Tapi korang tau tak bahawa abang si Karim , kakaknya Fatimah dan Karim asalnya menumpang dirumah ibu saudaranya di Ampang. Setelah berkahwin abang Karim dan orang rumahnya mengajaklah adik adik ni duduk dirumah mereka. Entah mengapa tak tahu, mungkin nak menolong adik beradik atau ada orang nak tunjuk baik dengan mertua. Kata orang bukan senang nak jadi ikhlas dan jadi orang baik kerana kesabaran selalu diuji. Lain kali tak sanggup, tak usahlah buka mulut nak menolong orang kampung yang dungu itu.

Setelah terjadinya peristiwa periuk atas dapur itu, kakak Karim bernama Fatimah itu pun naik angin. Esoknya dia berhadapan dengan abangnya sendiri , maka terjadilah pertengkaran diantara  Fatimah dan kakak iparnya  manakala abangnya membisu seribu bahasa kerana tak tahu nak sokong mana pihak. Segala apa yang tersurat dan tersirat dalam kain, luar kain pun menyerlah. Akhirnya pada petang juga kakak Karim membungkus kain baju pulang kerumah emak saudara mereka di Ampang.

Semenjak dari peristiwa itu juga hubungan kekeluargan Karim dan abangnya mulai renggang. Abangnya sibuklah dengan keluarga sebelah isteri manakala Karim meneruskan kehidupan sehingga mereka semua beranak pinak dan bercucu. Kalau balik ke kampung halaman pun jarang sekali berjumpa dan kalau bercakap pun sepatah sepatah sahaja. Tapi orang kata , air dicincang tak kan putus adik beradik tetaplah adik beradik.

Beberapa tahun kemudian ketika ibu mereka sakit dihospital, semua adik beradik berkumpul. Mereka berpakat mengadakan jadual untuk menemani ibu mereka dihospital, sudah habis giliran adik beradik, giliran menantu pula dan akhirnya giliran cucu pula. Hampir setiap malam ada sahaja teman ibunya, membacakan surah yasin tak henti henti sehinggalah hembusan nafas yang terakhir.
Pada hari yang bersejarah itu semua adik beradik hadir di tanah perkuburan, memikul jenazah beramai ramai, masuk ke lubang kubur , menimbus kuburan itu dan akhirnya bertahlil ramai ramai.Begitulah kisah kehidupan manusia. Semuga Allah mencucuri rahmatnya. Amin


Tuesday, September 21, 2010

BUAH BUAH YANG DIBAWAH

Pada suatu hari aku duduk bersembang dengan arwah bapak mertuaku diatas tangga. Seorang cakap KL dan seorang cakap Kedah, jadi macam cerita itek dan ayam. Faham macam faham, ikut ikut cakap Kedah ni orang akan kata aku ni macam Siam masuk melayu

Bapak mertuaku mencarikan bahawa pada zaman dahulu terdapat sebatang pokok  yang banyak buahnya. Yang pastinya buah kayulah tu... Aku ingat pokok rambutanlahtu................. Buah yang masak terlalu banyak terutama bahagian atas, manakala buah yang baharu yang masih hijau merinbun dibahagian bawah. Banyaklah orang datang mengambil buah buahan tersebut tetapi yang peliknya mereka hanya memetik buah buahan yang masih hijau yang berada dibawah. Aku berfikir tentu sekali pokok tu tinggi sangat atau atau musim orang buat jeruk.

Menurut kata bapak mertuaku bahawa akan datang disuatu zaman dimana orang tidak lagi memandang  kepada mereka yang berilmu tinggi tetapi akan merujuk setiap permasalahan mereka kepada orang muda, orang bodoh dan orang yang kurang ilmu. Dia akan mengikutinya dan mempercayainya dan menjadikan sebagai pemimpin



Dah jadilah , dah nampak dah orang bodoh dijadikan pemimpin


Sunday, September 19, 2010

Kenapa Jadi Begitu

Karim bukan nama sebenar bersama kakaknya Fatimah telah menetap bersama abangnya di Datok Keramat Kuala Lumpur. Abangnya baharu sahaja berkahwin dengan seorang perempuan yang cantik yang berasal dari Melaka. Waktu mula mula tinggal bersama kakak iparnya, keadaannya baik sahaja tambahan lagi Karim baharu sahaja mendapat kerja di sebuah komplek yang berhampiran.

Selang beberapa bulan keadaan agak berlainan, kakak iparnya tidak mahu bercakap banyak dengannya dan cuma abangnya sahaja yang menyungut nyukut macam ada perkara yang tidak kena. Suatu malam ketika Karim pulang kerumah didapati rumah abangnya gelap. Dia meraba raba membuka pintu mencari suis lampu.Setelah suis lampu dibuka di dapatinya lampu itu masih tidak bernyala. Rupa rupanya suis besar di dalam bilik kakak  telah ditutup. Dia tidak berani mengejutkan kakak ipar dan abangnya sebaliknya berjalan sahaja di dalam gelap dan mengambil keutusan untuk tidur sahaja.Esoknya dia bertanya kepada kakaknya dan mendpat tahu bahawa kakak iparnya mahu menjimatkan duit api letrik maka dengan ini dia tidak dapat lagi menonton tv waktu malam.

Hampir setiap malam Karim menghadapi perkara yang sama. Pada suatu hari dia pulang dengan keadaan yang lapar dan seperti biasa dia masuk kerumah di dalam keadaan gelap. Dengan menggunakan  api pelita dia pergi kearah dapur untuk mencari nasi dan makanan untuk mengalas perut. Sampai sahaja di dapur dilihatnya periuk nasi berada di atas dapur. Perik nasi lantas dibukanya dan didapati tiada seulas nasi pun di dalam peruk itu dan keadaan dalam periuk nampak bersih sepertinya lepas dicuci. Karim tidak bertanya apa apa pun kepada kakaknya sebaliknya berfikir fikir kenapa periuk kosong yang sudah dibasuh berada di atas dapur..........................................

Aku Di Syawal Ini

"Ya Allah, dengan hak La ila ha illallah dan kemuliaannya, hak kursi dan keluasannya, hak 'Arsy dan keagungannya, hak kalam dan berjalannya, hak Lauh Mahfudh dan penjaga-penjaganya, hak Timbangan (Mizan) dan dua matanya, hak Shirat dan kelembutannya, dengan hak Jibril dan kejujurannya, hak Mikail dan belas kasihnya, hak Israfil dan terompetnya, hak Izrail dan terpilihnya, hak Ridlwan dan surganya, hak Malik dan nerakanya, hak Adam dan terpilihnya, hak Ibrahim dan terpilihnya sebagai khalilullah, hak Ishak dan keagamaannya, hak Isma'il dan disembelihnya, hak Ya'kub dan kedukaannya, hak Yusuf dan terasingnya, hak Musa dan ayat-ayatnya, hak Harun dan kehormatannya, hak Hud dan kewibawaannya, hak Shaleh dan untanya, hak Luth dan pemikirannya, hak Yunus dan ajakannya, hak Danial dan kerahmatnya, hak Zakariya dan kesuciannya, hak Isa dan kejiwaannya dan dengan hak Muhammad yang terpilih menjadi kekasihNya dan dengan syafa'at 'Udhmanya SAW.

Ya Allah, Yang Hidup, tidak ada Tuhan yang lain kecuali Engkau, Maha Suci Engkau, bahwasanya aku termasuk orang-orang yang menganiaya diri, (Firman Allah); Lalu kami mengabulkannya dan menyelamatkannya dari kesusahan, demikianlah Kami menyelamatkan orang-orang yang beriman. Tidak ada Tuhan yang lain kecuali Allah, kepadaNya aku bertawakkal, Dia pengurus 'Arsy yang Agung. Allah-lah yang mencukupi aku, sebaik-baik Pelindung, Pengurus dan Penolong. Tidak ada daya kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Yang Maha Tinggi dan Agung."

Begitulah doaku disebalik kedukaanku yang merintihkan suara mencari -cari ketenangan lantaran kehadiran fitnah dunia. Begitulah juga hidupku sepertinya pelaut dengan sampan kecil dihempas badai berjuang untuk hidup yang tekadang kadang tewas kerna kejahilan. Akulah seorang pencarian dalam perjalanan nan jauh, menerokai hutan belantara, gunung ganang mencari kasihmu Ya Allah sedangkan tangan ini masih berlumuran dosa dan noda. Akulah seorang tua yang sering terlupa lantaran lazatnya dunia sehingga hilangnya rasa kasih sayang dan cinta. Akulah ingin pulang menuruti jejak mereka mereka yang dahulu, datok, nenek , ibu dan ayah sepertinya senja menanti malam.............................................................salam


                         Nota : Waktu senja di Gurun Kedah 14hb September 2010



" Jangan lupa puasa 6 hari di syawal ini saudaraku......................

Friday, September 17, 2010

Bangsa Biadap

Pagi ini hatiku membara
darah pekat naik ke kepala
jantung bagai nak pecah rasanya
mau kucabut nyawanya juga

Ketikanya bangsaku diinjik injak
dicincang dibakar hangus tiada yang bertindak
membiarkan maruah dicabar tanpa kehendak
dan soal politik pun dihentak hentak.

Salahnya juga bangsa kita
yang punya raja pemerentah negara
menghadiahkan keris dan tanjak kepadanya
membiarkan berpijak dibumi nyata

Salahnya juga kepada kita
tidak mengajar budi bahasa
cara hormat orang tua
cara hidup mengenang jasa

Entah kemana mahu dihadap
Entah dimana lagi yang sedap
tiada budi mahu diserap
kerana mereka bangsa biadap

Wednesday, September 15, 2010

Pergi Balik Kampung

Salam,

Aidilfitri sudah berapa hari berlalu. Anak anak kota mulai beransur ansur pulang dan kembali bekerja. Ada juga diantara mereka yang masih beraya sakan dikampung halaman dan melupakan juga tugasan di pejabat yang semakin hari menimbunkan kertas.

Aku pula baru sahaja sampai ke KL pagi kelmarin pukul 2.00 pagi. Aku bertolak dari Gurun pukul 5.00 petang. Perjalanan agak lembab kerana terdapatnya kereta sakit tenat ditepi jalan termasuk juga kemalangan kemalangan jalan raya. Cuma hati aku merintih kerana banyaknya lori lori panjang dan besar besar disepanjang jalan. Apatah lagi melihat mereka merangkak rangkak nai ke  bukit berapit dan gua tempurung. Kalau dahulu aku dengar kerajaan tidak benarkan kenderaan berat berjalan dimusim perayaan ini selama seminggu. Kali ini berlainan pulak. Bagaimana nak laju, ikut sahajalah punggung lori. Kalau berani potonglah lori sederet tu



Kepada yang masih belum pulang hati hati di jalan raya

Wednesday, September 8, 2010

Raya oh raya

Saat lebaran hampir tiba, keriangan anak anak kedengaran ditelinga. Disana sini bagaikan pesta orang ramai membeli keperluan hari raya. Para para isteri sibuk membuat kueh raya, anak anak turut membantu makan kalau tak puasa. Para para bapak begitu juga, tahun ini pakai songkok tinggi lebih dari tujuh inci bersama dengan baju melayu Johor, tentu hebatnya.

Tapi yang sedih tetaplah sedih. Sedihnya kerana hidup sederhana. Kalau miskin tentu dapat banyak bantuan, kalau kaya tentu dapat beraya habis habisan tetapi kalau sederhana , apa benda pun tak dapat, semua yang ada nampaknya cukup cukup aja. Pakailah baju tahun lepas itupun baju yang belum kena ambil gambar oleh kamera. Anak anak kalau dapat sepasang sorang pun dah ok juga.Isteri kalau dapat berganti yang dalam dalam pun dah kira syukur. Kita jadi bapak ni tak dapat ganti apa apapun tak mengapalah.Yang pentingnya kereta boleh berjlan, duit minyak, duit tol dan duit "ampau" adalah sikit sikit.

Raya cuma sehari, selepas balik dari solat hari raya, kita pergi singgahlah kemana mana, lepas tu datang semula kemasjid untuk solat Jumaat pula. Hari itu 2 solat 2 khutbah. Pukul 2.30 baru lega, tapi bila hujan turun lebat , kita duduk ajalah dirumah, makan ketupat, makan lemang dan tidur.

Apalah yang ada pada hari raya sekarang, apalah seronoknya bila manisnya sudah tiada. Mungkin raya tu untuk anak anak dan bukan untuk orang tua. Makcik makcik di kampung dapatlah kain sehelai

Sunday, September 5, 2010

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalammualaikum kepada semua kawan kawan.

Kesempatan disini saya ambil untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Adilfitri kepada semua penulis blog dan juga kepada kenalan kenalan FB saya. Tahun ini adalah tahun pertama saya menjadi salah seorang penulis blog yang menulis mengikut gerak hati. Saya ingin meminta maaf jika sekiranya hasil tulisan saya itu tidak menunjukkan kematangan ataupun telah menyinggung perasaan pihak tertentu. Insyaallah saya akan belajar memperbaiki mana mana yang kurang. Kepada mereka yang telah saya lawati laman blognya, janganlah lupa bertandang ke blog saya. Kehadiran kawan kawan dengan komen komennya tidaklah membiarkan blog saya kesunyian. Amin

Saturday, September 4, 2010

SESAT DI MASJID INDIA

Semalam Dewi dan Acik meredah Jalan TAR menuju ke Masjid India. Banyak kelihatan baju kain yang cantik cantik tetapi harganya juga tinggi tinggi menunjukan kepada kita bahawa keadaan ekonomi bukannya pulih. Bayangkan juga zakat fitrah pula sudah mencapai RM 7.00. Tahun depan mungkin boleh mencapai RM 10.00, siapa tahu.

Dewi kelihatan tersenyum. " Disana kita pakai baju gamis  pak" katanya. " Berapa harganya" aku bertanya. "Sekitar RM 20-30 " katanya. Acik membelek belek kain cantik itu penuh keinginan. Ternyata harganya RM 150.00. " Kalau begitu kalo kamu pulang. tolong bawakan 2-3 helai ke Malaysia" kataku. Kalau RM 150.00 X 3 helai, dah berapa untung.

Baju kain di Masjid India bukan kambing dan lembu yang pakai. Waktu ini kulit katak pun laku dijual walaupun yang tukang beli itu tak tahu apa nak guna. Manusia akan membazir ketika perayaan ini, mereka akan beraya cukup cukup dan bersedekah juga cukup cukup. Orang di Malaysia memang mewah, orang orang Indonesia pun tumpang mewah. Lihat sahaja di kawsan pasar pasar dan bazar tentu sekali 80% semua orang dia. 20% orang kita yang sesat datang tapi kena belit juga dengan mereka. Taukeh memang orang kita tapi makan atas angin, malas nak berniaga sendiri.

Nak salahkan siapa ? Jangan marah pabila bendera dipijak pijak kerana kita sendiri tak tahu nak buat apa dengan bendera itu. Anak anak trainee tidak banyak masalah di Malaysia kerana  setiap kedai dikunjungi bukan lagi milik orang Malaysia. Bahkan kedai kedai sembelihan ayam juga, mereka juga jadi taukehnya. Soal halal tak halal tak usah tanya .



Tanya Dewi....

Thursday, September 2, 2010

Sampai Bilakah Nak Berubah

Pagi ini macam biasa aku meredah jem di Jalan Ipoh sehingga Chow Kit Road. Sampai sahaja di pejabat, seorang anak buahku bersuara. " Bos, ada van halang jalan, semenjak pagi tadi" katanya. " Habistu macam mana" soalku kepadanya. " Kereta kereta yang keluar dari parking kena naik balik ke tingkat atas, turun ikut jalan masuk, kereta tak boleh lalu lansung kat lorong keluartu" katanya. " Habistu kau tak talipon DBKL" soalku lagi. " Dah, tapi tak ada orang angkat pun" jawabnya kepadaku.

Jam menunjukan pukul 9.00 pagi. Masalah ini kalau dibiarkan akan semakin teruk. Tau sahajalah lorong lorong dalam Chow Kit ni Pemandu Van tu pulak ada otak tapi letak di lutut. Ada ke Van diletak tengah jalan tepi tong sampah. Aku pun berikhtiarlah menalipon kekawanku yang ada paku paku atas bahu unit trafik DBKL. Sementara itu aku pun suruh budak budak mengalih tong sampah memberi ruang bagi kereta lalu.

Betul betul hampeh, sampai pukul 11, sekor pun tak nampak datang. Aku pun talipon lagi salah seoarang dari mereka, dia jawab sekarang ada operasi di masjid India, kalau senang dia akan datang. Macam tu ke layan kawan ? Talipon kawan yang baju biru pun sibuk gak hari ini, jadikan aku buntu sekejap.

Pukul 12.30, aku buka portal DBKL dan talipon ke Unit tarik kereta di Jinjang. Seorang perempuan yang tidak memperkenalkan nama menjawab panggilan aku. Akupun minta simpatinya darinya. " Encik , lori kami tak masuk lorong lorong , kami cuma tarik di jalan besar aje" katanya." Habis macam mana, kami dah tolak tong sampah ke tepi" kataku kepadanya. "Kadang kadang kami datang, tuan punya van datang, lagi pun dia perniaga pasar malam" katanya lagi.

Aku fikir dia puasa, mungkin letih nak buat kerja. " Habis tu nak biar begitu sahaja" kataku . Dia kemudiannya beralah dan meminta nombor van itu untuk tindakannya. Jam 1.15 , datanglah lori DBKL menarik van tersebut, manakala pemandu van entah dimana. Mungkin DBKL tak mahu tarik van perniaga perniaga pasar malam yang punya taring di Chow Kit, mungkin juga letih di bulan puasa atau sebenarnya kawan kawan aku itu bukan kawan. Apa yang tahu bila kita perlu sesuatu , maka jadilah tolak menolak... Sampai bilalah nak berubah