Followers

Wednesday, September 22, 2010

Air dicincang tak kan putus

Salam...........

Masih ingat tak kisah Karim dan Fatimah yang duduk menyemak dirumah abangnya. Betul kata kawan kita bahawa kita tak boleh menumpang rumah orang yang baru kawin. Tapi korang tau tak bahawa abang si Karim , kakaknya Fatimah dan Karim asalnya menumpang dirumah ibu saudaranya di Ampang. Setelah berkahwin abang Karim dan orang rumahnya mengajaklah adik adik ni duduk dirumah mereka. Entah mengapa tak tahu, mungkin nak menolong adik beradik atau ada orang nak tunjuk baik dengan mertua. Kata orang bukan senang nak jadi ikhlas dan jadi orang baik kerana kesabaran selalu diuji. Lain kali tak sanggup, tak usahlah buka mulut nak menolong orang kampung yang dungu itu.

Setelah terjadinya peristiwa periuk atas dapur itu, kakak Karim bernama Fatimah itu pun naik angin. Esoknya dia berhadapan dengan abangnya sendiri , maka terjadilah pertengkaran diantara  Fatimah dan kakak iparnya  manakala abangnya membisu seribu bahasa kerana tak tahu nak sokong mana pihak. Segala apa yang tersurat dan tersirat dalam kain, luar kain pun menyerlah. Akhirnya pada petang juga kakak Karim membungkus kain baju pulang kerumah emak saudara mereka di Ampang.

Semenjak dari peristiwa itu juga hubungan kekeluargan Karim dan abangnya mulai renggang. Abangnya sibuklah dengan keluarga sebelah isteri manakala Karim meneruskan kehidupan sehingga mereka semua beranak pinak dan bercucu. Kalau balik ke kampung halaman pun jarang sekali berjumpa dan kalau bercakap pun sepatah sepatah sahaja. Tapi orang kata , air dicincang tak kan putus adik beradik tetaplah adik beradik.

Beberapa tahun kemudian ketika ibu mereka sakit dihospital, semua adik beradik berkumpul. Mereka berpakat mengadakan jadual untuk menemani ibu mereka dihospital, sudah habis giliran adik beradik, giliran menantu pula dan akhirnya giliran cucu pula. Hampir setiap malam ada sahaja teman ibunya, membacakan surah yasin tak henti henti sehinggalah hembusan nafas yang terakhir.
Pada hari yang bersejarah itu semua adik beradik hadir di tanah perkuburan, memikul jenazah beramai ramai, masuk ke lubang kubur , menimbus kuburan itu dan akhirnya bertahlil ramai ramai.Begitulah kisah kehidupan manusia. Semuga Allah mencucuri rahmatnya. Amin


No comments: