Followers

Thursday, September 2, 2010

Sampai Bilakah Nak Berubah

Pagi ini macam biasa aku meredah jem di Jalan Ipoh sehingga Chow Kit Road. Sampai sahaja di pejabat, seorang anak buahku bersuara. " Bos, ada van halang jalan, semenjak pagi tadi" katanya. " Habistu macam mana" soalku kepadanya. " Kereta kereta yang keluar dari parking kena naik balik ke tingkat atas, turun ikut jalan masuk, kereta tak boleh lalu lansung kat lorong keluartu" katanya. " Habistu kau tak talipon DBKL" soalku lagi. " Dah, tapi tak ada orang angkat pun" jawabnya kepadaku.

Jam menunjukan pukul 9.00 pagi. Masalah ini kalau dibiarkan akan semakin teruk. Tau sahajalah lorong lorong dalam Chow Kit ni Pemandu Van tu pulak ada otak tapi letak di lutut. Ada ke Van diletak tengah jalan tepi tong sampah. Aku pun berikhtiarlah menalipon kekawanku yang ada paku paku atas bahu unit trafik DBKL. Sementara itu aku pun suruh budak budak mengalih tong sampah memberi ruang bagi kereta lalu.

Betul betul hampeh, sampai pukul 11, sekor pun tak nampak datang. Aku pun talipon lagi salah seoarang dari mereka, dia jawab sekarang ada operasi di masjid India, kalau senang dia akan datang. Macam tu ke layan kawan ? Talipon kawan yang baju biru pun sibuk gak hari ini, jadikan aku buntu sekejap.

Pukul 12.30, aku buka portal DBKL dan talipon ke Unit tarik kereta di Jinjang. Seorang perempuan yang tidak memperkenalkan nama menjawab panggilan aku. Akupun minta simpatinya darinya. " Encik , lori kami tak masuk lorong lorong , kami cuma tarik di jalan besar aje" katanya." Habis macam mana, kami dah tolak tong sampah ke tepi" kataku kepadanya. "Kadang kadang kami datang, tuan punya van datang, lagi pun dia perniaga pasar malam" katanya lagi.

Aku fikir dia puasa, mungkin letih nak buat kerja. " Habis tu nak biar begitu sahaja" kataku . Dia kemudiannya beralah dan meminta nombor van itu untuk tindakannya. Jam 1.15 , datanglah lori DBKL menarik van tersebut, manakala pemandu van entah dimana. Mungkin DBKL tak mahu tarik van perniaga perniaga pasar malam yang punya taring di Chow Kit, mungkin juga letih di bulan puasa atau sebenarnya kawan kawan aku itu bukan kawan. Apa yang tahu bila kita perlu sesuatu , maka jadilah tolak menolak... Sampai bilalah nak berubah

1 comment:

Mankuchai said...

susahnya kalau orang macam ni,tak pikir orang lain,lepas tekak dia jer...geng baju biru tak boleh tolong?,biasa la kalau tak ada yang "masyukkk" mana mahu nyer.Ada imbuhan baru nak buat kerja mmmm...