Followers

Tuesday, October 26, 2010

Bertemu Untuk Berpisah

Salam, pagi tadi seperti biasa perjalanan membosankan. Dari Bukit Beruntung ke simpang Sg. Choh melihat deretan kereta yang sekian panjangnya, isteriku pula menyambung tidurnya sementara anak daraku asyik mendengar lagu dari "handphone" .

Sekali sekali kenangan lama bermain difikiran apatah lagi radio mendendangkan lagu Uji Rashid dan Hail Amir dengan tajuk lagu "bertemu untuk berpisah" Itu bukan lagu tahun keremajaan aku tapi sekadar lagu untuk tajuk sebuah cerita. Masih kuingat seorang gadis dari Sentul, Kuala Lumpur  Noraishah namanya, gadis yang kucintai dengan tidak sengaja yang mana menyebabkan aku sering berulang ulang menjemputnya di tempat kerja sewaktu balik malam. Waktu itu manalah ada kenderaan, tak mampu walaupun untuk membeli sebijik motor.

Aku masih teringat pada suatu malam ketika aku sedang menunggu Noraishah ditepi komplek itu, tiba tiba aku di datangi oleh salah seorang rakan perempuan Norasiah bertanya kepadaku. " Awak ni Zul ke ? " Aku tersenyum sahaja sedangkan di dalam fikiranku berfikir yang bukan bukan. Kepulanganku bersama Noraishah pada malam itu adalah seperti biasa dan aku rasa aku adalah orang paling baik

Beberapa hari berlalu dengan tiba tiba Noraishah ingin sangat bertemu denganku kerana ada hal mustahak katanya. Kami bertemu disuatu tempat yang tenang tanpa gangguan. " Saya ada perkara nak cakap dengan abang " katanya. " Cakaplah " jawabku ringkas. " Saya sebenarnya sudah ada kawan bang, Zul namanya, dia hendak kahwin dengan saya" kata Noraishah lagi..........   " Baguslah" kataku dan seterusnya kami membisu seketika. Di dalam perasaanku telah bermain rasa kesedihan tapi apa hendak dikata, Noraishah telah berniat untuk berpisah. " Mari kita pulang" kataku dengan mudah. Kamipun pulang dengan keadaan membisu dan mendukacitakan
Setahun lamanya aku tidak berjumpa Noraishah sehingga suatu hari kudengar suaranya di talipon. " Saya nak jumpa abang" katanya. Aku kata " OK" dan kami bertemu ditempat yang sama............................ " Saya belum kahwin lagi, saya tak cukup duit " katanya. Sekali ini otakku berfikir ligat, nak jadi baik atau nak jadi jahat. Ah... lupakanlah...biar si Zul itu sahaja cari duit dan bukan aku...Kami berpisah lagi dan kali ini benar benar berpisah.

Aku dapat panggilan talipon lagi beberapa bulan selepas itu. " Datang ya bang, datanglah hari pernikhan saya" katanya. Aku jawab " OK"

Dihari perkahwinan itu aku datang, aku melihat dua mempelai dipersandingan, aku melihat pengantin lelaki memakai spek hitam, aku bersalaman dengannya. Pasti dia tidak kenal aku kalau dia tahu pasti dia mengatakan bahawa aku adalah lelaki yang terbaik dan paling baik atau yang paling bodoh. Cuma aku datang tidak seorang tetapi berdua.

Korang jangan gelak tenguk gambar ni, anak aku kata ini gambar "orang zaman' Inilah dia gambar aku kat rumah pengantin tu dan pada masa itu aku masih ada rambut. Yang kat sebelah tu  bini aku waktu mudanya.....

Korang minat dengar cerita aku tak,,, nanti boleh tambah

3 comments:

mankuchai said...

wuhaa....teringat zaman 60's

Panglima Muda said...

ini bukan 60 tapi 90an.. daa

Anonymous said...

as salam..sy seronok la dgr cerita-cerita pakcik...pakcik cerita laa lg pengalaman-pengalaman pakcik dlm blog nie..;)