Tuesday, December 28, 2010

Dosa Dosa Itu

Bagaimana dapat dikasihi....

Usia telah menjangkau tua, merah senjanya semakin kelam, jauh disudut sana dosa dosa masih terpalit,dosa dosa yang terlalu jauh keampunannya. Itulah dosa seorang wanita....

Entah berapa banyak suara suara sumbangnya, yang membakar hati dalam rajuk yang panjang. Melukai hati suami dan terus membena kebencian...Ah ..perempuan jika kasih yang kau minta jangan kau menyombong diri , membongkak..seakan akan alam ini merestimu, seolah olah tuhan itu tiada disisimu. Kasih itu ujud bukan kerana ngomilmu meminta itu dan ini, bukan juga kerana kau mencintai neraka. Kau harus kembali dengan kelembutan sepertinya azali, lembut indah sopan dan santun dan bukannya mengeraskan suaramu sepertinya suara sang kaldai.

Betapapun setiap hari suara ketidakpuasan menawan diseluruh jiwamu, meminta penceraiaan dan seolah olah itu adalah paling hampir kepada ketenangan hidup. Kau tidak percaya kepada rezeki yang Allah anugerahkan dan meminta yang lain, yang lebih memuaskan. Bukankah itu keinginan syaitan yang merasuk. Dimanakah agamamu. dimanakah pelajaran dari kedua orang tuamu dan dimanakah pendirianmu...

Hidup didunia tidak perlu angkuh... Kau seorang wanita , jadilah wanita dan bukannya hidup melawan arah dan natijah walaupun didunia ini ada undang undang ciptaan manusia merestuimu.

Kembalilah kepada Tuhanmu.... katakan padanya bahawa kau mahu menukar hatimu.................

 Siapa punya kerja ni

Monday, December 27, 2010

Kerja Jahat

Salam......... ada juga entry hari ini tak masuk lagi..  masih ada didalam draft hp......... tadi juga aku menyebut pasal nenek tua tu... kasihan dia....Mungkin inilah masanya anak anak datang membantu supaya si ibu mendapat kelapangan hati...


Seorang kenalanku di Bukit Bintang ada menasihatkan aku supaya tidak menuntut ilmu nafsu... Dulu aku ingat lelaki sahaja yang ganas, hendakkan perempuan bermacam macam jenis dari seputih putih putih manusia sehinggalah sehitam hitamnya. Sangkaan aku meleset sekali.... Pernahlah kekawan aku interview seorang Mak Aji tentang bab kawalan nafsu ni... Ye lah hidup seorang diri ni.. .. nak mintak kat siapalah yeee. Buat malu aja apatah lagi title Mak Aji...Kalau kita lihat secara zahirnya, percakapannya , nampak dia adalah wanita yang cukup kuat... Hidup seorang diri semenjak kematian suami... Jadi kehidupannya seharian mencari rezeki, mendidik anak anak sehingga berjaya... Jauh dilubuk hatinya korang tau tak....

Sebagai manusia yang bersifat lemah ni , jangan nak buat kerja tuhan, jangan nak berlakun filemlah... Kalau boleh kawin, kawinlah.... jangan nak mempertahankan pencen suami. Tapi jaga jugak, ada juga lelaki lelaki durjana berserban memainkan peranan....Aku tulis ni sebab aku dengar dan lihat...Allah sahaja yang tahu... Banyak benda kita sorokkan dari masyarakat, banyak benda orang kampung tak tahu...Banyak juga benda xxxx orang jual kat chow kit tu,  bagi penyelesai masalah... Orang kampung pun tak mampu nak beli.....mahal sangat. Abis tu nak pakai apa ?

Malu nak cakap... semalu malunya nak bukak buku ajar budak sekolah tentang sex. Malunya cikgu nak sebut tentang kondom , mengelakkan beranak....tak termasuk pulak cara cara melepaskan diri... Kat kampung mana ada benda macam tu... Nak beli kat seven eleven pun malu sebab yang jual tu pun anak anak dara. Jadi malu adalah penghalang utama membuat kerja bukan bukan. Bila dah tak malu.... susah nak cakap... Aku dengar orang kampung cakap...pasai cempedak tu baguh............betui ke...

 Salah sebuah kedai mamak menggantung labu ini di depan kedainya

Nafsu Manusia

Salam......
Bagaimana mahu dikasihi ? Soalan mudah untuk dijawab tapi sebelum itu............................

Ada seorang perempuan tua yang sudah nyanyuk dengar khabarnya , sekarang ini sudah tidak mengenal najisnya sendiri. Biasalah orang nyanyuk apa pun dia gasak....Penyakit nyanyuk tu adalah penyakit orang yang sudah terlalu banyak mengenal dunia dan akhirnya tuhan melupakannnya tentang dunia dan kembali ke alam kanak kanak. Tapi sejarah awal kehidupannya kita tak tahu. Orangnya cukup baik kulihat dan berstatus janda justeru kerana suaminya berkeinginan kepada wanita lain.......Lalu zaman mudanya diteruskan tanpa lelaki sehingga ke usia nyanyuknya. Baru baru ini kudengar dia sakit dibahagian alat sulitnya... pelik dan anih. Ada pula makhluk lain yang hidup bersamanya menemani tidurnya selama ini. Sesudah tua barulah rahsia terbungkar  iaitu apabila dia tidak tahan lagi melayani lagi kerenah mahluk asing yang  menghilangkan kehausan sexnya

Wednesday, December 22, 2010

Wahai Hati


Wahai hati bersihlah engkau
setelah lama pendurhakaan ini
mengheret dosa dan noda
yang tidak pernah kenyang...

Wahai hati bersujudlah engkau
setelah lama menyombong diri
leka keduniaanmu
dengan wanita dan kekayaan

Wahai hati kembalilah dikau
pada diri yang terdiri
agar kau bersimpuh disini
merendah diri

Kabar Dari Orang Tua

Salam... dah berapa hari tak entry.... apa kabar semua... Hari ini sengaja nak menghilangkan keluh kesah di dalam hati.. Darah pun dah naik juga... mungkin nak menyambut usia yang semakin tua...... Mana mana yang masih sihat jagalah kesihatan... jagalah makan....

Saturday, December 18, 2010

Ampun Tuanku Beribu Ribu Ampun

Ampun Tuanku beribu ribu ampun
sembah patik harap diampun
patik disini membawa kabar
kisah sedih simulut celupar...

Dahulunya pernah tersebar
ketuanan melayu di war war
tak berani orang mengangkat mata
menjeling pun tidak lagi berupaya..

Misai melenting lagi menakutkan
gagah beranikan bila disatukan
keris terhunus berani berjuang
pabila kalah tak mau pulang.

Dimana sahaja kita beradat
lalu dihadapan memberi salam
lintas di belakang minta kebenaran
makan sireh bersama sama
pedas dan lemak sama dirasa

Ampun Tuanku,
Sekarang tidak lagi indah kabarnya
ilmu kebal tidak menjadi
yang dipertuan tiada lagi
yang disembah tidak diperduli
lintas di hadapan membelakang punggung
lintas di belakang meninggi hidung

Begitu biadapnya mereka
tapi itulah teman berbicara
minum tuak makan semeja
konon nak menjadi satu bangsa

Wednesday, December 15, 2010

Anak Anak Jantan

Salam,

Mendidik anak anak terutama lelaki yang berperingkat remaja bukanlah kerja mudah. Bermacam macam ragam mereka yang ada. Bagi mereka yang beranak kecil tentu sekali sibuk melayan si kecil itu. Cuti sekolah yang panjang menyebabkan anak anak lelaki tidak lekat dirumah. Malam pun pergi tidur rumah kawan dan ada juga kaki masjid. Kita berdoa semuga mereka itu jadi orang dan bukan jadi hantu.

Cuti kali ini aku pun tak ada aktiviti. Dua orang anak lelaki sudah bekerja. Anak perempaun juga sudah bekerja dan tinggal dua anak lelaki  yang masih bersekolah. Pada masa ini dia orang bekerja biasa sahaja dan masih merangkak rangkak belajar hidup. Dulu aku macam korang juga kelek anak sana sini masa dia orang masih kecil dan ada juga berdukung di depan. Bila masuk supermarket atau shopping komplek dia orang buat tempat itu macam tempat bapak mereka.  Hari ini aku juga perhati perhatikan anak anak lelaki aku yang masih sekolah itu, maklumlah zaman ni... pokok kayu dan batu pun tak boleh buat kawan.



Kalau tersalah tikam ni.... bocor perut

Tuesday, December 14, 2010

Hantu Cekik

Beberapa tahun aku bersama dengan arwah abang Lan, melihat tingkah laku orang berubat. Mereka ni suka kepada perkara yang free. Potong limau dan jampi nak mintak free.Nak suruh kita ikhlas buat dengan alasan ini ilmu Allah. Bila ubat dah menjadi, mereka pun dah senang hati, mereka terus lupa kita. Mereka tak hargai kemenyan yang kita bakar,mereka tak fikir kita berjaga tengah malam tonggang tonggek. Mereka tak fikir kalau kita ada pakai hantu,    hantu tu pun kena kasi makan. Mereka suruh kita ikhlas hati padahal penyakit tu mereka yang cari sendiri...Ustaz berceramah pun kena bayar...mana ada free. Kalau ada hantu, aku suruh hantu tu cekik dia orang balik. 

Aku ni bukanlah nak berkira sangat, tapi menyampah betul dengan perangai orang sakit tu. Masa mula mula datang , apa pun diaorang  sanggup, bila dah sihat dia buat buat lupa macam tak pernah kena sakit. 

Hantarlah KFC satu bakul ke kat rumah tok bomoh.... Buah pisang dan pulut kuning dah tak relevan lagi pada zaman ini. Mereka yang datang tu bukanlah sakit demam panas, kembung perut tapi penyakitnya besar. sangat.. Ada bini lari, tunang lari, ada yang hendak meminang ditolak, tak termasuk hantu raya, jin aprit yang jadi penunggu. Jadi tok bomoh pun ada risiko, silap silap hantu tu cekik tok bomoh balik.... Sebelum hantu korang tu cekik aku, aku suruh dia orang cekik korang dulu sebab korang tak mahu bayar pengeras, tipu tok bomoh... Bukan banyak duit pendahuluan tu RM 600/- je... penutup pun RM 600/- baru relevan...... Zaman ni harga air naik, gula naik , minyak naik... tak kan kami nak datang ke rumah pesakit jalan kaki... Lu pikirlah sendiri

Monday, December 13, 2010

Putus Sudah Kasih Sayang

Salam,

Baru sebentar tadi kudengar berita. Berita seorang kawanku tempuh hari..........Beliau sudah bercerai dengan isterinya di mahkamah syariah pagi tadi........ Terlalu mudah bunyinya selepas isterinya meminta dibebaskan kerana tiada sefahaman.

Di dalam dunia ini apakah kita akan melihat sefahaman ? Mungkin seribu dalam satu dan kebanyakannnya adalah perbalahan, pertengkaran. Tetapi dari perbalahan , berlawanan itu kita akan melihat satu perubahan dimana mereka akan bersatu setelah saling kenal mengenal kelebihan dan kekurangan masing masing. Siapakah yang tidak mahu isteri yang cantik, dan isteri mana yang tidak mahu suami yang hensem.? Masing masing saling berkehendak dan tidak semua kehendak kita akan dapat. Mata kita telah dikuasai dengan kemahuan, hati kita telah dilumpuhkan syaitan, lantas yang kita lihat semuanya tidak elok dan tidak mendatangkan kebahagiaan.

Semua rumah tangga ada kekurangan, semua orang ada salah faham , cuma kita tak dapat bersabar, saling mahu mempertikai. Bukan mudah membuka ladang semula, kita harus ada benih dan baja, kita misti banyak berusaha, berhujan berpanas. Bukan mudah juga sendirian di jalanan. 

Bukan mudah kehidupan  seorang janda , baik pun orang kata, jahat pun orang kata. Susah hendak mengurus anak sekolah, susah lagi jika meminta tolong suami orang. Susah semasa mengahwinkan anak, susah semasa kenduri kendara, susah juga bila nafsu naik menggila

Tapi penceraian juga yang orang minta , mungkin kerana ada orang ke tiga yang sanggup menunggu... Orang lelaki banyak orang tak tahu...Suka meminta di tangan orang , suka mencabar hak orang. Tapi bila  perempuan itu sudah dicerai, muka yang sanggup tadi pun menghilang. Siapa mahu menyusah diri mencari beban, siapa yang mahu membela pakej sekeluarga... janda anak lima misalnya... ibunya mungkin orang mahu tapi anaknya tidak sekali kali............

Kesimpulannya juga ada juga yang baik tapi seribu dalam satu. Oleh itu pertahankanlah penceraian, biar tanggal lutut di kaki. Busuk busuk mana pun itulah suamimu, itulah isterimu.... syukurlah... tenguklah lihatlah wajah anak anak dan pada yang tidak punya anak, bertenanglah , mengucaplah kerana Allah itu maha berkuasa. Yang manis jangan terus ditelan dan yang pahit jangan terus diluahkan................

Sunday, December 12, 2010

Sekali sekala

Sekali sekala
sejuk kebas rasa di tangan
lemah lenguh dihujung sendi
minyak urat pengubat hati
tanda kasih ibu sejati
tanda rindu menjadi bayi

Sekali sekala
angin membara seluruh badan
marahnya seperti halilintar
sedangkan matanya kian kabur
uban putih meniti dirambut
tanda kita semakin tua
seperti ayah dikampung sana

Sekali sekala
rindu dan cinta datang berputik
manis gadis dalam igauan
mencari yang indah sesedap rasa
sedangkan nafsu berkemuncak lagi

Sekali sekala itulah
datangnya petanda itu
setengah abad sudah usiamu
berkecamuk jiwalaramu
kemana nanti bakal dituju.............

Saturday, December 11, 2010

HUTANG

Ceti dan along adalah sama dan tepat disebut si cilaka tapi ramai orang suka buat kerja itu sama juga sepertinya membeli barang perabut secara hutang.
Siapalah mampu membeli barang perabut sekali banyak terutama baru sahaja mendirikan rumah tangga. Jadi untuk nampak rumah berisi, kita berhutanglah. Tidak banyak, sebulan mungkin RM 90 tapi kita dapat 5 barang, hutang pun dalam 3 tahun. Cuma kalau bercerai tiba tiba tentu haru biru. Hutang bank untuk kawin,hutang kereta siapa nak bayar...

Friday, December 10, 2010

Kata kata Orang Budiman

Seorang pelacur tua
menjadi penghias lorong itu
bermula dari usia mudanya.................

Ketikanya anak kecil menangis merintih
kelaparan dan dingin tanpa balutan
disaat  nafsu jantan memuncak
dan ketika itu juga ada rezeki pengorbanan

Apa lagi yang mulia.......
kata kata pujian menagih kasih
meratah tubuh daging nan mentah
diganti wang sebagai upah
untuk terus hidup

Disaat tua ini
terngiang kata kata orang budiman
katanya" tiada dosa yang tidak akan diampun tuhan kecuali syirik"
katanya" tuhan maha pengasih dan penyayang"
katanya lagi bahawa masuknya syurga anak adam itu dengannya rahmat "

Kata kata orang budiman
dapatkah menebus dosa pelacuran
dapatkah ke syurga dengan kejahatan...... 

Berbagai bahasa nan indah
berbagai bicara menyedap hati
sedangkan kehinaan terus dilempar
"Bukankah Tuhan Pengasih dan Penyayang "

Thursday, December 9, 2010

JALAN TUTUP






Sekali sekala waktu ini 2.10 petang 9/12/2010.... operasi DBKL , Kastam disana tu......... Plaza GM dan kemudian jalan masuk ke hotel aku LORONG HAJI TAIB 3 pun kena tutup........................ Elok jugak dan buatlah betul betul, banyak sangat orang asing disana... Bila pulak gamaknya nak buat dekat Metro Prima Kepong..... Pak Hitam masih banyak disana bermaharajalela

Wednesday, December 8, 2010

Gaji Hari

Bagaimanakah rupanya orang mendapat pendapatan tetap tapi gaji dapat sikit sikt kerani company tidak stabil. Dizaman ni semua terjadi ada company tak ada duit nak bayar gaji. Lantas mereka mengambil tindakan memberi cuti kepada pekerja apabila tidak ada product, sebagian masa lain disuruhnya bekerja.Gaji pula dibayar ikut selera hatinya, sekejab banyak sekejab sedikit. Lama kelamaan duit gaj habis dibayar juga, cuma pekerjalah pening kepala macam mana nak bayar hutang

Hati Manusia

Betapa susahnya hidup ini, lebih lebih lagi jika mau menjaga hati orang. Kita akan mengorbankan hati dan jiwa kita untuk memenangi hati mereka padahal balasan yang baik belum lagi terjamin

Tuesday, December 7, 2010

Rintihan Hati Orang Kampung

Semalam bersama anak anak melihat dunia..... Ada anak yang sudah dewasa , bekerja dan melepaskan beban orang tua... ada anak anak yang masih dibangku sekolah... Bagaimanakah persiapan sekolah tahun ini ? Adakah kita sekarang orang beruntung dan berbahagia......

Belumlah kita sebutkan tentang yuran sekolah tapi sebutlah tentang baju sekolah anak anak.... Tahun  ni macam mana ni.... Ada tak dapat bantuan beg sekolah, ada tak bank bagi sedekah, ada tak mana mana badan bagi datang menolong, adakah baitulmal datang membantu, ada tak mana mana YB datang menjenguk... Bila gula naik, harga baju sekolah pun naik, bila harga petrol naik, harga ice cream "batang" kat rumah  makcik sebelah pun naik. Tiap tiap tahun ada sahaja benda naik termasuk juga perut para para isteri.

Semalam aku tenguk kasut sekolah di Tesco harganya RM 15/- Kira murahlah tu....tapi mungkin ketahanannya tak sampai 2 bulan... Kasut pembohong, kainnya entah dari tempat sampah mana, depan kasutnya bukan getah tapi plastik... Baik pakai sahaja kasut plastik macam orang dulu dulu. Kalau nak sedap pakai kasut belilah yang harga RM 29/-... Mampu ke kita ni ?

Kalau ada seorang anak tak apalah, boleh beli 2 pasang, kalau ada anak 5 orang bagaimana ya ? Orang cakap sedaplah bunyinya, siapa suruh beranak banyak banyak katanya, orang dakwah cakap anak tu anugerah tuhan...Kawan aku tu 10 anak dia...cam mana dia ya ? Dia dapat bantuan baitulmal ........korang anak sorang dua tak bolehlah, nak dapat biasiswa pun jangan harap............

Tahun demi tahun, syarikat swasta sangat berharap dapat bonos, ada company dia orang  kata tak untung tahun ni. Yang untung siapa  ? Yang untung orang kerajaanlah walaupun ustaz ustaz , imam imam.... Kata kerjaaan tak bagus tapi duit gaji sapu jugak.... Kata takut makan duit haram.... cukai cukai tu datang dari mana.... dari kedai kedai orang islam saje ke......dari tempat orang melayu saja ke ?

Siapa yang bekerja dengan kerajaan patut bersyukur, jangan nak membasah badan meredah air asid, menjerit jerit..... tak kesihan ke dengan orang kerja swasta yang sama sama menjerit ni............... Air naik kami pun bayar jugak.... budak nak sekolah kami pun kena bayar jugak... cuma kami ni tak ada kabel, tak kenal pengarah pengarah supaya anak anak mudah dapat biasiswa. Setahun RM 800/- sape tak mahu... lepaslah beli baju raya sekali, emak bapak pun boleh simpan duit beli emas sikit walau sejanggut udang.......

Tahun demi tahun masa berlalu.... rakyat tak berubah... masih pakai sistem kabel besar.... orang kerajaan makin enak dapat buat loan kat bank... dapat beli kereta dan rumah... orang swasta cangkul sendiri... cari sendiri.... pakai kredit card dan tambah muplis..... Hari hari kat TV cakap bayarlah zakat ...... kasihan ustaz tu baca surah panjang berlagu tapi  kami ni sebenarnya tak cukup duit......hutang banyak......bagi zakat pada kami ajalah...................................sebab nak mohon pun kena kabel jugak..... banyak sangat tapisan.........Last last tak payah bagilah sebabnya kami menyampah.......................................


Cinta Awek Muda

Salam...Bermula hari yang indah,menghirup udara nyaman ini, kita melangkah didunia nyata. Melihat takdir datang menentu,sementara nyawa itu masih bersimpuh tertanya tanya....

Semalam, kulihat sepasang kekasih makan semeja...indahnya seronoknya kerana wangian cinta itu tersangatlah buta,bukan buta dimata mereka tapi buta dihati kita....Kulihat wajah perempuan itu yang bulat, rambutnya kerintang,sedangkan bibirnya penuh senyuman. Entah apa bicaranya,ku dengar hilai dan tawa,seronok sekali....seronok sudah ada teman lelaki, walaupun tak sehensem mana tapi berfungsi.

Semalam juga kulihat gadis myamar berdua duaan,berjalan beriringan. Dimana pun ada cinta berputik walaupun cinta orang merempat...


 Ada yang kena sembelih ni.....

Sunday, December 5, 2010

Sayang Selangor Negeriku

Jumaat lalu aku di masjid Kepong, teguk jugak orang ramai tandantangan beri sokongan terhadap isu air. Dari sebelum solat dan bersambung sampailah selesai solat Jumaat. Imam dalam khutbah pun cakap cakap juga pasal hak yang dirampas. Bebasnya dia bercakap dan entah dari mana text dia bawak. Tak kisahlah apa yang dia nak sebut dan kait dengan mana hadis dan ayat Quran. Hanya aku suka suara Ustaz Badrul Amin dari dulu lagi.... bacaannya dan nada doanya sampai ke lubuk jiwa.

Pagi tu aku sempat bayar duit air yang kena potong oleh Syabas sebab dua bulan tertunggak. Biasalah kena tambah RM 50/- untuk kos penyambungan. Bukan payahpun nak sambung, anak akupun boleh buat.... tapi kau orang tau tak kalau di Bukit Beruntung, dia orang potong air selepas Solat Jumaat. Kalau pada masa tu kau orang masih tak dapat berita pemotongan itu..... rumah kau tak ada air 2 hari..... tunggulah hari Senin...

Adakah orang jeritkan pasal air sampaikankah ke lubuk hati orang yang terbabit. Kalau menang pertaruhan ini adakah sebenarnya nasib kita terbela....Sejarah tidak menipu kita, manusia mengambil kesempatan diatas kelemahan orang lain. Jangan jadi seperti pak pandir, ayam menang kampung tergadai. Selangor adalah negeriku..... Jalan Raja Ahmad adalah lorong ke rumahku, Panglima Muda asal keturunanku..... orang negeri lain menjerit jerit kerana negeriku sedangkan mereka mengumpul kekayaan dan pengaruh untuk menipu............

Hati seorang kawan

Semalam datang seorang kawan,sudah lama berjumpa, bercerita tentang hidupnya, tentang isteri kesayangannya. Katanya isterinya meminta fasah...mau bercerai ,mau tuntut harta pencarian. Semuanya kerana ibu mertua yang meracun kehidupan.
Kataku laut misti bergelora,semua manusia ada salahnya. Perceraian tidak nenguntungkan. Perempuan perlukan suami walaupun suami insan tercela kerana neraka itu banyak pintunya dan juga perempuan banyak disana ...Benalah semula istana yang roboh dan tempat seorang perempuan adalah disisi suaminya.

Saturday, December 4, 2010

Hari sabtu


Subject: Hari sabtu

Aduh,cam manani...dah beberapa hari tangan lenguh,nak sms nak tulis kat komputer rasa susah, sekarang layan hp ni pun rasa susah, tersalah pegang atau langgar pantang ... Atau ada hantu duduk kat tangan. Nak ngadu kat siapa pulak ni

Friday, December 3, 2010

Chowkit Road Malam dan Siang

Dah beberapa hari tak ada entry... asyik test test... biasalah kalau duduk sama man kuchai, kami belek computer atau hand phone. Sejak computer dah jadi macam tak berseri ni, kami semua pakat keluar tinggalkan opis, jalan jalan kat dalam hotel, tenguk tenguk apa yang patut samapilah muak. Time makan pun tak makan dalam hotel, dah muak tenguk kari kambing, daging kambing, daging salai, nasi lemak, kek..............jadi gerai makcik belakang jadi tumpuan.... Memang gila, hari hari makan goreng pisang waktu tengah hari... makan keropok lekor, kekadang mee mamak.. ait teh pulak kekadang sedap, kekadang manis, kekadang macam air longkang...Makan ajalah asal tak makan dihotel.....Yang peliknya sebelah petang pun kesana jugaklah walaupun seorang diri.

Duduk digerai itu memandang keadaan sekeliling mencari modal untuk blog ini.... aduh masih tak dapat lagi cerita bagus... hanya nampak kereta bersusun, ada mat mat beli dadah..... terbuka sangat, ada yang naik kereta , ada naik motor............. aku tak mau salahkan sesiapa..........

Disana,
bajingan masih ada
mengotori dunia dengan noda
tidak berakhir
kerna ada sang pendusta
mengatakan dia tidak mengabaikan
menyatakan simpatinya
dengan manis lidahnya

Disana masih begitu
sepertinya semalam
hujan tanpa henti..........................

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...