Followers

Tuesday, December 28, 2010

Dosa Dosa Itu

Bagaimana dapat dikasihi....

Usia telah menjangkau tua, merah senjanya semakin kelam, jauh disudut sana dosa dosa masih terpalit,dosa dosa yang terlalu jauh keampunannya. Itulah dosa seorang wanita....

Entah berapa banyak suara suara sumbangnya, yang membakar hati dalam rajuk yang panjang. Melukai hati suami dan terus membena kebencian...Ah ..perempuan jika kasih yang kau minta jangan kau menyombong diri , membongkak..seakan akan alam ini merestimu, seolah olah tuhan itu tiada disisimu. Kasih itu ujud bukan kerana ngomilmu meminta itu dan ini, bukan juga kerana kau mencintai neraka. Kau harus kembali dengan kelembutan sepertinya azali, lembut indah sopan dan santun dan bukannya mengeraskan suaramu sepertinya suara sang kaldai.

Betapapun setiap hari suara ketidakpuasan menawan diseluruh jiwamu, meminta penceraiaan dan seolah olah itu adalah paling hampir kepada ketenangan hidup. Kau tidak percaya kepada rezeki yang Allah anugerahkan dan meminta yang lain, yang lebih memuaskan. Bukankah itu keinginan syaitan yang merasuk. Dimanakah agamamu. dimanakah pelajaran dari kedua orang tuamu dan dimanakah pendirianmu...

Hidup didunia tidak perlu angkuh... Kau seorang wanita , jadilah wanita dan bukannya hidup melawan arah dan natijah walaupun didunia ini ada undang undang ciptaan manusia merestuimu.

Kembalilah kepada Tuhanmu.... katakan padanya bahawa kau mahu menukar hatimu.................

 Siapa punya kerja ni

2 comments:

DiaUmaiNiNaz said...

Salam Pak Din yang selalu berkunjug , semoga ianya akan berterus-terusan tanpa jemu...

wanita la katakn Pak din...susah sungguh nak sabar lg2 kalau tau suaminya begitu begini..gosip bagai..

hilang sabar cerai diminta..nauzubillah..jangan jd pada diri ini.

Panglima Muda said...

mudahan rumah tangga berkekalan