Followers

Tuesday, December 14, 2010

Hantu Cekik

Beberapa tahun aku bersama dengan arwah abang Lan, melihat tingkah laku orang berubat. Mereka ni suka kepada perkara yang free. Potong limau dan jampi nak mintak free.Nak suruh kita ikhlas buat dengan alasan ini ilmu Allah. Bila ubat dah menjadi, mereka pun dah senang hati, mereka terus lupa kita. Mereka tak hargai kemenyan yang kita bakar,mereka tak fikir kita berjaga tengah malam tonggang tonggek. Mereka tak fikir kalau kita ada pakai hantu,    hantu tu pun kena kasi makan. Mereka suruh kita ikhlas hati padahal penyakit tu mereka yang cari sendiri...Ustaz berceramah pun kena bayar...mana ada free. Kalau ada hantu, aku suruh hantu tu cekik dia orang balik. 

Aku ni bukanlah nak berkira sangat, tapi menyampah betul dengan perangai orang sakit tu. Masa mula mula datang , apa pun diaorang  sanggup, bila dah sihat dia buat buat lupa macam tak pernah kena sakit. 

Hantarlah KFC satu bakul ke kat rumah tok bomoh.... Buah pisang dan pulut kuning dah tak relevan lagi pada zaman ini. Mereka yang datang tu bukanlah sakit demam panas, kembung perut tapi penyakitnya besar. sangat.. Ada bini lari, tunang lari, ada yang hendak meminang ditolak, tak termasuk hantu raya, jin aprit yang jadi penunggu. Jadi tok bomoh pun ada risiko, silap silap hantu tu cekik tok bomoh balik.... Sebelum hantu korang tu cekik aku, aku suruh dia orang cekik korang dulu sebab korang tak mahu bayar pengeras, tipu tok bomoh... Bukan banyak duit pendahuluan tu RM 600/- je... penutup pun RM 600/- baru relevan...... Zaman ni harga air naik, gula naik , minyak naik... tak kan kami nak datang ke rumah pesakit jalan kaki... Lu pikirlah sendiri

3 comments:

Ayuni said...

seram...

kakcik said...

Sedihnya bila ada yang mengatakan 'buat apa bayar banyak2 kat ustaz. Dia dah dapat pahala tu'. Sedangkan ustaz pun bukan datang mengajar dengan berjalan kaki dan ustaz juga perlu makan minum. Kalau bab artis, tak berkira pulak mengeluarkan belanja! :(

Panglima Muda said...

kena tipu ajelah