Followers

Thursday, January 13, 2011

Kemanalah Pergi Anak Bangsaku

Salam......

Seperti biasa keadaan disini disana masih belum pulih........... Sampai ke hari ini aku masih tertanya tanya dimanakah orang orang kita... orang Malaysia. Aku masih memerlukan pekerja yang terdiri dari bangsa kita orang melayu. Dimanakah orang orang kita sekarang ?

Budak budak melayu suka kerja apa ? Rata rata mengisi borang meminta gaji RM 1000/- sebulan dan tak termasuk itu dan ini. Datang temuduga hanya memakai selipar, baju t'shirt dan seluar jens. Tak bawa apa pun, pen pun tak ada. Salinan sijil sekolah tak ada dengan alasan rumah banjir dan terbakar. Rambut tidak dijaga dan badan bau busuk. Mereka mahu hostel tempat tinggal, duit pinjam.............. dan apa lagi ya.... Esok datang kerja tapi sehari sahaja dan kemudian blah... tak sesuai pulak... Ada yang dapat kerja tapi hari hari datang lambat . Ada pulak banyak sangat masalah macam filem tamil seolah olah tempat kerja itu macam rumah kebajikan....

Sebenarnya apa yang mereka mahu ? Kerja di pejabat. di depan computer, pakai lengan panjang dan tali leher... Apa pula kelebihan mereka... SPM ... banyak EEEEEEEEEEEEEEEEEE...Bahasa Malaysiapun tak lulus.Ada juga memiliki diploma.. tak sesuai pula dengan hati mereka kerja tu. Kesudahannya disini banyak Myamar dan Bangla.... Banglapun dah pandai demand....Datang Malaysia melalui pas pelajar. Konon belajar sains dan computer dan macam macamlah tapi kerja jaga pasar malam........

Sakitnya hati aku tenguk budak budak datang kerja sehari aja...Mungkin aku tersalah kut. Banyak budak budak melayu dah kerja dengan kerajaan dan terjamin masa depan. Budak melayu tak ada yang kerja kilang, yang kerja kilang semua orang luar. Mungkin juga aku yang salah......salah tafsiran




3 comments:

azieazah said...

Jika hendak dikeluhkan, terlalu banyak bang. Zaman kita terlalu jauh ditinggalkan, zaman moden terlalu sesak nafas pula bila difikirkan...

V.I.C @ D.I.A.N.A said...

Sorry to say, budak melayu dowang nak kerja opis, nak duduk dalam aircond... meja sendiri.. tp SPM paras hidung, pengalaman zero. Yang ada diploma gaji bawah RM1000 tak mahu.. Dia ingat besar sangat harga Diploma zaman skang.
Negara kita sakit.... dahagakan pekerja sendiri... tp kalau pekerja kita banyak songeh, kenapa marah bila kita ambik pendatang asing?

(One) SiTi* said...

bangla yang datang kerja cni pun, rata2 ada degree maaa