Followers

Monday, February 28, 2011

Penantian Di Pusara

Sayang
benarkah penantian itu
adalah resah dan rindu
mengusik ngusik ketenangan
dan kau kegelisahan
kerana cinta ini

Sayang
benarkah mahligai itu
yang kau nantikan
adalah syurga paling indah
penuh bidadari

Ketika terbitnya mentari
aku melihat kau dan bunga itu
kuning warnanya
diliputi bait bait cinta
kaku tersenyum
sedangkan penantian itu
hanya berakhir disini

Sayang
perginya akan kembali
dalam mimpi
dalam harapan
dialam baqah

1 comment:

adina said...

insyaallah semoga penantian yg dinantikan akan membawa kebahagian,amin