Followers

Tuesday, February 15, 2011

Selembar Rindu Bersalut Madu

Berhari hari sudah
kerinduan mula berputik
bersama hujan dan halilintar
sahut sahutan dalam lambaian

Engkaukah disitu
bermenung menungkat dagu
ditengah lautan gelora
dimamah kelaparan
sedangkan syurga bukanlah milikmu

Aku disini
masih mencari cari
meredah kabus nan dingin........
aku mencari engkau dan
engkau mencari aku
pernikahan berdarah ini
tidak menjanjikan syurga


6 comments:

esmaxempayar.blogspot.com said...
This comment has been removed by the author.
esmaxempayar.blogspot.com said...

maksud yang mendalam

Panglima Muda said...

sekali sekala.... hidup ini ada pertaruhan..pertaruhan perkahwinan

Adzriel AB said...

kita berusaha, selebihnya Allah tentukan.

http://adzriel.blogspot.com/2011/01/bila-hujan-aku-teringatkan-ayah.html

Panglima Muda said...

mudah mudahan selamat

Sasa Al-Sharif said...

ini pernikahan yg gagal? lama aku merungkai erti tersirat puisi ini. tapi susah untukku faham. apa pun ayat2 abang panglima memang best