Followers

Wednesday, February 2, 2011

Suatu Petang Di Warung Itu

Menjamah selera diwarung kecil di tepi jalan adalah lumrah. Petang itu cuaca agak panas di dalam kebingitan suara pekerja pekerja  kedai dilorong itu. Aku singgah sebentar diwarung itu untuk menjamu selera. Pastinya segelas teh tarik yang menyegarkan ditambahi pula bau nasi lemak yang cukup harum.

Aku lihat seorang pemuda duduk disebelah mejaku. Dia memesan makanan dan minuman sepertinya orang lain. Kelihatan dia biasa sahaja, maklumlah orang muda. Pekerja kedai kemudiannya membawa segelas air ais kepadanya mungkin teh ais , aku kurang pasti. Aku tidak melihat dia minum cuma aku tersentak bila gelas minumannya itu meletup secara tiba tiba manakala kaca bertaburan sehingga kemejaku. Dia terperanjat dan mengurut dadanya, manakala tuan kedai dengan cepat menyuruh pekerjanya membersihkan serpihan kaca dan mengganti semula minuman pemuda itu.

Itulah sebahagian kisah minum diwarung, biasa sahaja tapi merbahaya. Mungkin orang menganggap gelas itu mengandungi air panas tapi yang aku lihat gelas itu dipenuhi ais. Orang melayu mempunyai tanggapan sendiri. Inialah yang disebut SANTAU ANGIN. Aku adalah orang bernasib baik kerana terlepas dari permainan ini, manakala pemuda itu bernasib baik kerana dadanya tidak kosong. Jika orang lain mungkin telah PADAM. Inilah kejahilan manusia


3 comments:

Solihin Zubir said...

bahay btol santau angin..
org tak bersalah pon kena.. hish..
ada gak yg ckp kalau pegang gelas yg berisi air dan ais, tp panas di atas, sejuk di bawah mknanya ada santau la tu..

Panglima Muda said...

tak tahulah nak kata, kita tak terkena tak tahulah. Macam macam petua ada dan mintak dijauhkan allah. Ada orang terkena santau tu, darah keluar ikut bulu roma dan tumbang disitu juga.

Adzriel AB said...

sejarah santau yg sering juga berlaku di Kuala Kangsar. Arwah ayah antara mangsanya.. dapat berubat tapi sisanya masih terasa.