Thursday, March 31, 2011

Nyiur Gading Memberi Salam

Nyiur gading puncak mahligai
Buah ketupat berisi inti
Hancur daging tulang berkecai
Kasih sayang sampai ke mati

Buah ketupat berisi inti
Santapan puteri muda remaja
Kalau diikut hajat di hati
Seumur hidup biar bersama

Wednesday, March 30, 2011

OH DUIT

Hari ini aku pegang duit......................bukan tanda kekayaan tapi pergi membayooo cukai tanah


Seronok pegang duit dan bila dah bayoo tak nampak apa apa pun

Tuesday, March 29, 2011

Porno Bukan Politik

Hai........aku ada gambar porno tapi tidak melibatkan mana mana pihak politik yang disokong atau tidak lansung disokong. Benda ini jadi semalam..........membuat budak budak aku sangat ghairah bekerja sehinggakan aku mendapat panggilan talipon sesudah kejadian tersebut.

Seorang pelacur jalanan lari keluar dari bilik dalam keadaan bogel............. Punca kejadian aku tidak perlu siasat walaupun sememangnya mempunyai sebab. Sesiapa sahaja boleh membuat andaian sambil tersengeh sengeh macam kerang busuk. Baru baru ini cerita porno sangat berluasa macam goreng pisang panas. Semua orang suka membaca cerita itu sehingga orang tua tua yang pakai serban pun pakat nak tenguk. Tenguklah gambar ini, memadai dari belakang dan kemudian lu fikirlah sendiri..............Sampai bila pelacuran menjadi punca pendapatan dan menjadi perniagaan TERHALAL



Jangan marah saya, orang lain lebih dahsyat lagi gambarnya





Kereta Rosak

Salam..............pertama kali kereta aku rosak di tepi hutan...........Pukul 8.00 malam mana ada bengkel bukak oiiii. Puas berfikir, akhirnya panggil jiran sebelah . Dia datang dengan budak produa tapi waktu baru keluar rumah kereta dia pulak pancit sebab langgar lubang. Akhirnya pukul 9.30 baru mereka sampai. Rupanya cluth cabel putus....... Pagi ni aku pergi kerja, macam ok saja...Sampai jalan ipoh.... gear pulak ketat sangat.... Jalan guna kelas dua... Kesudahannya pergi bengkel juga pagi ni.......................



Aduh gelapnya waktu tu....... nak minta kasihan siapa ?

Sunday, March 27, 2011

Kenduri Tahlil

Selamat Petang............. Semalam ada Earth Hour..... Lampu ditutup untuk menjimatkan letrik tetapi lampu isyarat masih tetap menyala. Tutup lampu 1 jam dan macam macam boleh terjadi. Apa yang aku tahu manusia memang suka bergelap sebab dalam gelap tu ada banyak aktiviti.

Aku semalam tidaklah bergelap, yang bergelap adalah tubuh tubuh arwah di dalam kubur. Aku berada dimasjid waktu itu kerana ada kenduri tahlil untuk kaum keluarga


Tidaklah banyak belanja, bagi duit kepada masjid... orang masjid masak masak... Zaman ni tak perlu menyusahkan adik beradik masak masak, kata orang dengan lambang agong tu besi pun cair. Biar apa pun TEH TARIK tidak dilupakan...............................

Saturday, March 26, 2011

Dunia Orang Perempuan

Selamat pagi..... Hello orang perempuan semua. Sehari demi sehari dunia makin berubah dan orang perempuan juga berubah keinginana . Lihatlah dunia betapa hebatnya wanita

 kasut biasa makcik makcik pakai

 kasut anak anak dara pakai

 beg tangan carlo... mana punya barand da...

 ini cantik.. harga pun cantik... Datin yang pakai

 ini, orang pergi makan angin pakai

 ini pulak amoi amoi suka pakai 

 ini pulak , orang yang ada duit pakai

 kasut ini ada jambul

kasut ni ada zip kat belakang

aku macam biasa, makan ni sahaja pagi ni.....

Thursday, March 24, 2011

SATU PENYAMUN

Salam, dulu dulu kalau orang bagi salam dengan mudahlah kita jawab. Sekarang ni orang bagi salam pulak saja saja nak pekena orang. Asal jawab salam dah tentu duit kena keluar. Suka atau tak suka kenalah bagi. Hari ini banyak orang berpakaian macam orang baik, pakai kopiah dan songkok tapi penyamun terbus besar.

 Ini Gambar kucing kat belakang hotel jadi JAGA , makan minum dihotel


 Ini gambar sarapan pagi pagi


 Ini gambar 2 ekor musang yang jadi informer penyamun


 Inilah Pak Labai bangsa Peru yang suka masuk ke hotel hotel dalam KL , sapu bersih duit orang. Beliau berlindung disebaik kopiah kebaikannya.

Disini tak ada hadis dan firman. Manusia tidak perdulikan AlQuran. Mereka mahu kaya dan berjaya dengan berkumpulan menjadi satu iaitu SATU PENYAMUN

Wednesday, March 23, 2011

Aku nak tenguk Video Datuk Sri

Dari pagi mencari Video Datuk Sri Anuar tak berjumpa...Kat kedai video pun tak da. Baca blog pula banyak pulak cerita kekawan kita. Aku pun terasa nak gelak beso beso, gila bertambah gila manusia ni. Tak ada kerja lain selain dari kata mengata. Penyokong, pelakun pun banyak, habis semua yang dalam kain diselongkar. Bulu bulu diselak sehelai sehelai mencari kutu dalam aroma yang sangat busuk. Sudahlah tu..........tak ingat neraka ke, tak ingat mati ke ?

Pekene nasi lemak lagi baik 


Tuesday, March 22, 2011

Nasihat Orang Tua

Anak anakku
bila azan berkumandang lagi
datanglah kesini
menghadap tuahanmu
dengan reda dan rela

Bukan dihujung sana tempatmu
berlari lari dengar hingar
mengganggu jemaah
dengan cerita penglipurlara

Kemarilah anak anak
dengan songkok dan baju melayu
mari kuceritakan tentang rasulmu
tentang tuhanmu
yang Maha Pengampun

Monday, March 21, 2011

Kerja

Hello ..... Hari ini nak tulis apa ya ?.....Pasal anak anak bangsa kita kut..........Aku ni bukan suka sangat nak ambil pekerja Bangla, Nepal dan Myamar. Aku pun bukan nak bela mereka, beri rumah dan makan. Dahlah pakai pass pelajar, kerja pulak kat ladang, kat kilang.. tiba tiba kerja kat hotel.. Lari dari tajuk tu.... Tapi mereka tak perlu cuti tahunan, tak perlu bayar socso, kerja pulak 12 jam...ejen cekik merekalah.........

Yang aku nak sebut ni pasal perkataan " bos saya nak berentilah" Aku tanya kenapa ? Dia jawab" hari hari saya kerja pagi mana tahan" Sebenarnya dia ni anak bangsa kita maleh bangun pagi... Hari hari datang lambat.

 Macam mana nak bela anak bini kalau malas... malas kerja , tak ada disiplin. Kerja petang pun datang lambat. Hujan pun lambat, tak hujan lagi lambat. Menteri mana nak bagi nasihat kepada anak bangsa kita ? Nak suruh hantar ke Bangla ke, ke Jepun ke untuk kutip mayat

Hari Ahad

Semalam aku MOD, (Manager On Duty) menghadap mee di lobby hotel.......


Disanalah juga, ada mamat mamat dan minah lumba basikal .... bukan main laju.... jalan pun ditutup sekejap sekejap



Dalam masa yang sama pak polisi juga beraksi dengan motor kerajaan. Lupa pulak aku ambil gambar DBKL..Banyaknya duit melimpah.....dan tenaga kerja



Sunday, March 20, 2011

Telor Setengah Masak

Salam ... selamat pagi.... aku nak mulakan entry lagi.... Kekadang terasa malas juga sebab tak nampak komen kekawan walaupun satu..... Kalau kita masuk banyak banyak pun nampak macam tak berhasil sebab tidak menarik minat. Akhir kata, kita lupakan soal siapa nak baca... fikir soal memperbaiki apa yang kurang. Mungkin kita jauh ketinggalan, bukan sahaja dari segi nama tapi dari segi kualiti. Mungkin kita perlu tajuk yang hebat, cerita yang indah indah......................



Saturday, March 19, 2011

Anak Anak Negara Jiran

Sekali sekala marilah kita jenguk budaya ke negara Thailand

 Ini gambar cikgunya
 kau orang tahu tak main angklung

 Bila beso nanti cam mana rupa dia

 habislah duit, kalau membelanya

 macam singa
 kau nak lawan tokeh

 ini yang lelaki
 cikgu juga yang tolong make up

Gambar ini aku ambil dilobby hotel aku sebentar tadi.... tolong komen

Happy Birthday Mr. Yeng

Salam ... pagi tadi ada kek, adalah makan makan birthday... tumpanglah menyuap mulut


 umur sudah meningkat 

 Intan tenguk orang potong kek

 Sally tukang bagi kek

 Ng semacam je... sudah muak makan kek


                               Aku makan sikit , tak larat................................

Merlyn tukang beli kek sama Sally....

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...