Followers

Tuesday, March 15, 2011

Alahai Cikgu- II

Salam.... Baca sahaja entry saya semalam, cikgu cikgu akan tersentuh termasuk juga cikgu tadika. Ini adalah kerana cikgu sudah puas kena maki hamun  kerana tidak puas hati emak bapak yang menjadi jadi. Saya kata yang salah adalah sistem..... sistem pendingin udara kereta yang kurang sejuk ?

Rata rata cikgu cikgu kita adalah orang Melayu, duduk di kampung kampung melayu. Emak bapak pula adalah emak bapak moden yang bekerja dengan kerajaan , ahli perniagaan atau golongan cerdik pandai dan tersangat pandai sehinggakan tahu dan faham sangat cara cara "mengenakan " cikgu cikgu. Lagi sekali saya nak sebut ialah rata rata orang melayu..............................................

Tindakan guru terhadap murid murid adakah mengikut buku atau ikut perasaan ? Adakah macam anak kita , kita titik sahaja. Panas tu.................... Sudah tibalah masanya pihak sekolah memikirkan dan jabatan pelajaran juga memikirkan..................

Seorang ahli bomba memikul tanggung jawab sebagai bomba berisiko terhadap api. Samaada dia mengawal api atau api memakan dirinya. Bagaimana pula dengan cikgu ? Sudah tentu cikgu juga berisiko... selain dari mengajar pasti juga kena marah.... betul tak ?

Jadi kita sebutlah pasal risiko dan protection..............Dengan ini cikgu cikgu kenalah juga masuk kursus bersangkutan risiko ini, dengan langkah langkah patut diambil jika  berlaku sesuatu. Hari ini kita melihat emak bapak masuk kawasan sekolah dengan sesuka hati. Ada JAGA pun entah apa apa kerjanya. Pihak sekolah tidak boleh ke pantau sikit ? Mereka nak masuk misti ikut peraturan. Sekurang kurangnya ada seseorang bertanggung jawab disana untuk menerima aduan. Jangan terima aduan " mulut" tapi suruh tulis. Pihak sekolah pula perlu siasat dan mintalah tempuh sikit untuk selesaikan. 

Hari ini emak bapak masuk sekolah jumpa kerani, tanya mana cikgu ......sekian......, kerani pun tunjuk. Emak bapak pergi bilik guru tanya mana cikgu ... sekian, kekawan cikgu pun tunjuk untuk berlepas diri. Nahaslah macam tu.......Hari ini cikgu ni kena, esok cikgu tu kena.....

Bukankah memasuki kelas ketika cikgu sedang mengajar itu satu pencerobohan dan merupakan gangguan. Undang undang di Malaysia tidak boleh menyelamatkan cikgu ke  ?

Jangan tanya saya siapa yang patut buat kerjani. Masing masing ada tugasan masing masing. Nak masuk jumpa bos pun kena ada temu janji... mana boleh main serbu.......................Dan hari juga akan ada orang berkata " cakap senanglah " Selagi kita salah menyalah perubahan tidak akan berlaku. Kalau di hospital bahagian kecemasan pun ada zon kenapa sekolah tak ada zon..., cikgu sekolah tentu pandai sebab tu mereka jadi cikgu yang dihormati..................

Kekadang mengajar itu tidak dapat memberi perubahan tetapi teknik itu dapat mengubah manusia sepertinya mereka yang beratur membeli tiket wayang. Kalau disuruh beratur,mereka tidak akan mahu beratur kerana adat istiadat mereka macam beruk dan kera tetapi jika diletak besi penghadang kiri dan kanan mereka TERPAKSA beratur. Begitulah sekolah sekolah kita , selain dari memberi mata merit kepada pelajar apa salahnya kita mengatur ibubapa, emaka bapak dengan peraturan walaupun dalam keadaan TERPAKSA.  Hanya Allah Yang Tahu



No comments: