Followers

Monday, March 14, 2011

Alahai Cikgu

Selamat pagi.... Sebelum cuti sekolah hari tu aku sempatlah membelek belek buku sekolah  anak anak aku. Aku tenguk kerajinan mereka adalah pada bulan january dan masa tu adalah aku tenguk tanda tangan guru guru dengan pen merah. Bulan Feb sudah mula bekurang catitannya dalam buku latihan dan dia kata cigku banyak suruh tulis dalam buku kerja. Masuk bulan March pun cam tu jugak tak termasuk cikgu cuti bersalin. Yang paling aku panas hati tenguk tarikh kerja sekolah tu berjarak sangat. Takkan sebulan sekali belajooo.....Memang nahas budak ni nak kena titik.

Aku pun tahu bulan Feb ada banyak sukan dan masa tu busy sangat cikgu cikgu kita ni. Tapi zaman ni tok sahlah pakai cara kongkali kong. Bagi kerja sekolah kat budak budak dan siap bagi jawapan sekali dan main salin ajalah. Dalam buku memang nampak cantik tapi kenyataannya bebudak tambah biol. Anak anak kita yang duduk di dalam kelas hujung hujung ni entah bilalah dapat belajarnya kalau cikgu kekadang tak masuk kelas. Memanglah dia orang ni duduk kelas bodoh , janganlah tambah bodohnya lagi.

Cikgu dulu dulu selalu titik kami, kalau bodoh sangat.....Kelas pandaipun dia ajo, kelas bodoh pun dia ajo. Kelas terbodohpun dia ajo.. Sampai hari ni kami semua jadi orang, tak pandai sekolah pun boleh pakai kerete beso beso. Ada juga sekarang dah jadi wakil rakyat.... tanya kawan aku tu "Esa" kat Hulu Selangor.

Bulan lepas aku ke Perak... korang tenguklah quaters cikgu cikgu bukan main cantik... Cantikkah hati mereka


anak aku bergambar disana

Cikgu cikgu tok sah marah... bukan semua macam tu.....kita mahukan perubahan sahaja... kalau anak anak kita malas... rotan je.....ubat tu paling mujarab. Apa khabar Sekolah Menengah Bukit Sentosa ?

5 comments:

Hajah Nafisah bt. Haji Md. Noor said...

salam. terbaca kisah ini. tersentuh lah sikit di hati ini. Bukan apa, saya ni selalu dapat mengajar BI kelas corot-corot. Tapi saya buat itu sebagai cabaran. ada sekali gi komplen ngan GB. Tak dilayan. dia ckp budak2 takut n blh belajar dgn saya. maklumlah teacher garang. sekurang2 dpt belajar 2 atau 3 ayat BI sehari.

Tapi yang tak sedapnya, budak2 sekarang ni bukan blh sentuh. cubit sikit tak blh. satu hari saya baru acah nak buang buku latihan dalam tong sampah. apa lagi maknya dgn keadaan sarat mengandung dtg komplen depan anaknya.

Saya pun bertanya pada anaknya di dpn dia samada saya dah buang ke bukunya. barulah dia tahu anaknya suka menambah2 cerita.

Lg 1 kes, saya tegur seorg an anaknya yg selalu kencing dlm seluar tahun 5. saya menyuruh ckp ngan mak pakaikan pampers org dewasa kerana kelas itu sgt berbau, kesian murid yg lain nak belajar.

Apa lagi esoknya terus dtg mak dan ayah menyerang saya mengatakan saya menjatuhkan maruah budak itu. padahal saya panggil ke depan sebelum bertnya. GB tak bolh nak buat apa.

Itulah di antara sebab saya pencen awal kerana tidak sanggup kena tohmahan ibu bapa. saya tak suka mengajar secara paksa, hati tak ikhlas. saya nak juga ganjaran Allah bukan setakat gaji je...

Panglima Muda said...

kasihan cikgu bila emak bapak jadi kurang ajar terus masuk ke kelas. Sebenarnya sistem mau betul.

Citarasa Rinduan said...

pak din..
guru ibarat hang tuah!!

renungkan2lah...

ibuintan said...

Cikgu dulu dulu selalu titik kami,..

sekarang jangankan nak titik, lagikan marah pun tak boleh, apalagi sentuh ...sah kenyang kena maki hamun

Anonymous said...

jadi cikgu serba salah ...sebab mak bapak banyak tak sekolah ....kalau sekolah pon macam tak sekolah ....kena menyekolahkan mak bapak dulu baru boleh mendidik anak mereka ..
cikgu azhar .....www.sadaufm.blogspot.com