Followers

Thursday, March 3, 2011

Pahit Manis Kehidupan

Dulu ayah tinggal serumah dengan kakak dikampung sana. Tiba tiba terjadi perselisihan faham. Ayah keluar dari rumah kakak dan sanggup tinggal dengan adik adik. Waktu ayah keluar dari rumah, kakak buat kertas kerja tentang semua perbelanjaan ayah sepanjang masa tinggal dirumahnya. Kertas kerja itu menunujukan berapa banyak duit yang dikeluarkan dari bank ayah bagi tujuan membeli barang barang keperluan. Adik beradik semua rasa pelik... takkanlah sampai begitu berkira...................

Bila ayah tinggal dengan adik, segala perbelanjaan tidak terkira lagi. Seandainya tidak cukup duit adik akan membawa ayah ke bank naik kereta sewa. Ayah cuma menunggu di dalam kereta, manakala adik mengambil duit di bank. Macam biasa orang tua akan guna cap jari bagi pengeluaran itu.Mata ayah memang tidak boleh membaca lagi dan berharap kepada kejujuran kepada adik.

Kehidupan adik memang susah, dia cuma kerja dikantin sekolah dan berharap kepada wang zakat tiap tiap bulan. Suaminya pula mempunyai penyakit "doktor sendiri" malas bekerja dan kalau bekerja pun tidak pernah kekal. Jadi adiklah menanggungnya. Dengan adanya ayah , adik sebagai wakil adik beradik lain menjaga ayah dirumahnya. Duit bank ayah bolehlah dikelurkan sikit sikit bagi menanggung perbelanjaan. Namun kebiasan hidup begitu menyebabkan adik kerap juga mengeluarkan duit bank ayah.

3 bulan yang lalu kakak mengambil buku bank ayah untuk disimpan  dengan niat untuk menjaga duit tersebut supaya tidak keluar secara membabi buta. Perbuatan kakak telah menimbulkan kemarahan ayah akhir akhir ini dan dia kemudiannya meminta buku banknya kembali. Kakak tidak ada pilihan  melainkan terpaksa menyerahkan buku tersebut.


Bayangkanlah , ayah yang sudah buta, memegang buku bank dirumah adik yang suaminya malas bekerja. Haru memang haru...... begitulah kisahnya yang didengari pagi tadi dari keluarga terdekat. Apa pun kerumitan ini mencabar iman dan mempersoalkan tindakan yang harus diambil

gambar hiasan

7 comments:

Adzriel AB said...

banyak duitnya. kalau terjatuh ke tangan yg tak amanah memang bahaya. kakak pun berkira... dia nak ayahnya senaraikan perbelanjaannya semasa kecil sampai besar ke selama ayahnya dulu menanggung hidupnya.

kakcik said...

Banyaknya duit ayah. Semoga segala2nya akan terurus dengan baik.

Panglima Muda said...

inilah masalah bila kita ada orang tua, masa tu semua tak kena. Bukanlah senang jadi anak yang baik

siti murni said...

Hai anak-anak..usah diharap duit ayah...kesian penat jerih dia..

azieazah said...

Salam.
Pada pendapat saya, memang betul juga cara si kakak membuat segala catatan perbelanjaan supaya lebih TELUS bukan berkira.

Setiap kita pasti ada kos yang diperlukan wpun siapa. Jika duit sebegitu banyak, memang berguna sekali utk menanggung hari tua dan hari uzurnya. Anak2 pun ada kehidupan sendiri, bukan berkira sangat, tapi kos yang besar apa salah diguna wang yang disimpan utk diri ayah yang kurang sihat itu.

Lagipun, catatan/rekod kewangan wajar sekali ditulis supaya ANAK ANAK lain tidak bercakap di belakang, menimbulkan keraguan dan tandatanya.

Saya sokong bab mencatat dgn niat tidak berkira, tapi memberikan KETELUSAN di kalangan keluarga.

Panglima Muda said...

cadangan yang baik, terima kasih

Cik Kamoo said...

Kesian dekat ayah! Anak pula ambil kesempatan....