Followers

Wednesday, March 2, 2011

Secawan Kopi Pekat

Secawan kopi waktu pagi sangat menyegarkan.............

Alkisah pagi itu sang suami bertanya kepada isterinya dimana stokin yang mahu dipakainya dan bukan tanya mana butang baju melayunya. Sang isteri menjawab serious " kenapa tak suruh anak cari malam tadi"
Petang itu waktu dalam perjalanan pulang di dalam kereta sang isteri berkata kepada suami " awak sekarang dah berubah, dah tak sayang saya, dah tak macam dulu. Sang suami diam membisu...........jawapannya tiada kecuali di dalam hatinya " hai perempuan jika ingin dikasihi bersikaplah seperti ingin dikasihi"
Malam itu ketika singgah di sebuah pasar raya sang iateri berkata kepada suami " awak pergilah jalan jalan dengan anak perempaun awak, ikutlah dia. Saya ni tak cantik ,dah gemuk, dah tak layak jalan dengan awak" Sang suami berdiam diri sedangkan dalam hatinya berkata " inilah kerenah yang sukar dapat disabarkan"

Secawan kopi membawa kisah sesuatu yang terjadi di dalam rumah tangga untuk dikongsi bersama. Kepada kaum wanita saya nak pesan bahawa kasih sayang itu bukanlah satu pertunjukan. Ianya seperti lautan yang dalam, semakin jauh kita menyelam kedasarnya semakin banyaklah keindahannya, disana juga ada kerumitan yang tidak pernah kita lihat sebelum ini.

Secawan kopi hari ini meraikan hari jadi GM kami

sedapnya kek ni
Chese Kek, aku makan tambah 2 kali. Manisnya bukan main. Kalau nak beli pergilah kat hotel Dynasty Jalan Ipoh. " Wahai wanita kenapa kau tidak maniskan  hatimu  seperti kek itu "

7 comments:

peGuaM_BiSaYa said...

betul 2 pakdin. tapi kadang2 hati pmpoan mcm tisu,pantang calar ciket da kuyak rabak..hihihihi..tp betul entry pakdin, klu nk kena sayang buatla baik2 macam nk kena sayang.hihihi

Panglima Muda said...

memang cepat koyak pun,basah lagilah cepat

gadisBunga said...

ummm...lelaki dgn perempuan mmg tak sama tapi kalau ada apa2 yang tersimpan kat dalam hati tu, baik bagitau taoi berlapiklah. kalau diam aje tak ramai yang boleh faham..

adina said...

betul,betul,betul

siti murni said...

sebagaimana sukar wanita nak memahami bahasa hati lelaki, sebegitu jua lah sukar nya lelaki nak memahami kehendak wanita....hehe..kopi satu!

Panglima Muda said...

memang serabut betul....macam taman bunian pulak

Adzriel AB said...

sebab tu kena settle mana yg kurang supaya suami tak komplen banyak. he..he.