Monday, April 25, 2011

Jahat Orang Lama

Salam petang senin................. Pening juga kepala memikirkan hal anak anak kita waktu ini. Kita dahulu pun nakal juga........ Anak anak kita nakalnya tak nampak di mata.............

Dahulu waktu budak budak aku bercampur juga dengan budak budak kampung. Pada waktu malam selepas solat maghrib selain dari berkumpul ramai ramai membising di surau, kami beralih arah pergi belajar silat. Pandai sangat tidaklah, sekurang kurangnya boehlah berani lepuk samseng samseng kat sekolah, bermakna tidak ada siapa yang berani buli kita. Kalau tidak ada aktiviti, kamipun ada geng lepak lepak tengah malam dan pulang lewat sehingga jam 4.00 pagi. Bukannya buat apa, bukan memanjat rumah orang, kami cuma nyanyi melalak di tepi jalan. Balik ke rumah macam biasalah panjat tinkap untuk masuk. Tingkaptu biasanya sengaja direnggangkan, kalau tidak kenalah ketuk pintu panggil emak. Emakpun tak kisah sebab dia tahu anaknya tak buat kerja bukan bukan.

Ada juga kekawan yang pekena ganja dan minum air anjing bodoh tu tapi kami tak terikut pun. Kekawan tu pun tak bagi kami teguk air haram tu walaupun mereka kaki minum. Kami bercampur aja, lantaklah mereka kalau nak menonggeng sekali pun. Pernah juga aku tenguk dia orang panjat tiang bendera sampai ke puncak, tak mati jatuh pun sebab masa itu tiang bendera besinya besar besar. 

Ada juga kawan aku kena tahan kat tengah jalan oleh geng kampung lain sebab dia kacau girl friend orang. Kenalah lepuk se das dua. Budak betina tu pun gatal, dah ada pakwa tapi layan pulak kawan aku. Kawan aku ni memang suka pakai smart smart, sanggup tukar baju kalau orang komplen tak cantik. Lepas sekolah dia jadi askar dan sekarang dah jadi Tok Empat  . Tok Sah subut nama.. tak elok... Dato Ismail Kamus kenal dia..........Kesudahannya bapak kepada kawan aku tu Dato Empat juga jawatannnya pada masa itu panggil kami berdua. Dia pun perturunkan ilmunya yang dulu dulu kepada kami yang bengong ni. Masa budak budak itu kami tak pandai ambil kesempatan belajar ilmu macam macam, bodohnya kami ni.........

 gambar hiasan

bersambung...............

4 comments:

Qaseh Dalia said...

BUDAK2 DULU NAKAL PUN ADA BATAS ..BUDAK2 SKANG DAH LEBIH

perjalanan pulang said...

aku ingat nak belasah sampai pengsan... korang setuju tak ?

Percaya said...

budak2 skang ni gadoh dalam facebook je..pendek kata sume dalam dunia cyber..jenayah cyber..ceroboh system bank pakai tenet..

perjalanan pulang said...

ini betul betul bukan cubaan

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...