Followers

Wednesday, April 27, 2011

Naik Bas

Salam.......... hari dah petang........hujan pulak...........mungkin kita patut tulis lagi cerita cerita lama......cerita yang kekadang membosankan..............

Aku bersekolah di Sekolah Menengah Kuala Kubu Baharu yang berada dekat dengan Pusat Latihan Bomba. Sekolah itu aku pilih sebab dia berada jauh 6 batu dari kampung dan untuk pergi ke sekolah perlu menaiki bas. Biasanya aku sekolah petang dan naik bas jam 12.30 dari kampung. Bas ini pula kekadang tidak mahu berhenti di bus stand bila tenguk budak budak sekolah menunggu. Oleh kerana bapa saudara aku adalah pekerja bus Len, aku pun boleh memuntahkan komplen aku kepadanya. Walaubagaimanapun pihak Len com, ada menyediakan sebuah bas untuk budak sekolah waktu tenghari tetapi pemandunya adalah seorang pakcik tua. Setiap hari kami naiklah bas tua itu dengan penuh gegarannya.........................

Waktu petang apabila tamat sesi sekolah, kami semua terpaksa berjalan ke station bus yang berada di pekan Kuala Kubu Baru yang berdekatan pejabat pos. Ramailah anak anak murid dari berbagai sekolah menunggu disana, ada yang ke arah Kuala Lumpur dan ada yang ke arah Tanjung Malim. Apabila bas sampai kamipun berebut rebut menaiki bas dan memang tidak pernah beraturpun kerana masing masing mahukan tempat duduk. Setelah hari hari berhempas pulas  timbullah idea kami untuk menaiki bas dari pintu belakang. Kami pun membuat cara stunt man , iaitu membuka pintu belakang bas ketika bas masih bergerak di selekoh dan kemudian masuk menerusi pintu  dan terus duduk . Memang terror........kalau jatuh memang mati punya............ Cuma yang paling kelakar bila dah duduk baru tersedar yang kami tersalah bas, jadi terpaksalah turun semula dengan muka merah padam ke pintu hadapan. Kekadang pula pemandu bas tidak memasang signboard yang mana kami sendiri tidak tahu ke mana arah bas akan pergi. Akhirnya perbuatan nakal kami terhenti kerana pemandu bas sudah pandai kunci mati pintu belakang. Jadi lompat lompat .pintu tak boleh bukak....kena jugalah naik pintu hadapan.......................................




No comments: