Tuesday, April 12, 2011

Perjalanan Tujuh Hari

Salam..........buat sehari dua ini entry aku berubah kepada doa yang panjang. Aku bukanlah ditimpa bala bencana tetapi sedang menunggu impianku tercapai dimana Allah mengabulkan doaku. Bercerita tentang doa tentu banyak pendapat orang dan cara cara diajar orang bagaimana doa itu cepat makbul. Tiap tiap orang juga mempunyai cara tersendiri............... Siapa nak belajar dengan aku ?

Sebelum itu lebih aku sebut aku ini orang bodoh dan aku lalui ini semua dengan pengalaman yang bertahun tahun. Di zaman moden ini pula banyak ustaz ustaz baru keluar "U" yang lebih pandai dari aku dan cikgu cikgu aku yang dah lama meninggal dunia. Biasanya aku lebih suka menyuruh anak lelaki aku mempraktikkannya dan akhirnya melihat kejayaan dengan kepuasan tersendiri.

  1. Melakukan "proses " itu selama 7 hari berturut turut. Paling paling pendek nampak kesan adalah 3 hari
  2. Sebaiknya dilakukan waktu malam selepas bangun dari tidur
  3. Kita mulai dengan memenuhi waktu solat, maksudnya cukupkanlah 5 waktu dan kalau ada yang tertinggal kenalah Qada'. Kalau tak mahu buat korang punya pasal... siapa suruh tinggal solat ?
  4. Taubat.................. taubat nasuha....Untuk pengetahuan semua orang nasuha tu nama orang di zaman nabi Daud. Dialah orang bertaubat sebenar benar taubat. Sebab itu orang cakap bertaubatlah seperti taubat nasuha. Jadi taubat sebenarnya adalah biasa...Taubat ajalah tak perlu pakai nama orang. Jadi disamping membaca astaghafirullah tu solatlah sunat taubat 2 rakaat.
  5. Solat Hajat 2 rakaat.........lebih pun tak apa... sunat............... Jangan lupa berdoa apa yang mahu. Ada orang buat semasa sujud akhir ada orang buat selepas salam dan berdoa dalam keadaan sujud.
  6. Untuk menguatkan lagi, bacalah surah yassin sambil berhajat........Baca 1 x dan ada orang buat 3 x. Bukan lama sangat... satu surah 20 minit.
  7. Bacalah doa ' Saidina Akasah ' ada kat belakang suruh yasin
  8. Solat sunat tolak bala
Puasa seminggu bang oiii. Maksudnya kena cuci hati zahir batin........ sebenarnya cakap memanglah senang... Bukan boleh habis kerja ni setengah jam. Setakat setengah jam tu kerja orang malaslah. Nak mintak dengan tuhan kena rajin. Anggap ini macam kerja... 2 jam kira oklah, sebab tu kalau mula jam 1 pagi habisnya jam 3 setiap malam. Buat seminggu jangan merungut, esok nak kerja, esok letih kerana malam esok kena bangun lagi. Buatlah sendiri.........

Kalau kau orang pergi kat pengamal perubatan mereka charge beratus ratus tau...... buatlah sendiri, jangan nak upah upah orang mendoakan awak tu macam wakil rakyat buat...Kalau rasa tak boleh buat ...eloklah tidur dan jangan komplen tuhan tak makbulkan doa. Jangan sebut pasal tawakkal. Orang bertawakkal adalah orang yang telah habis daya usahanya dan bukan orang " melengung" menunggu tuhannya memberi.

Jangan sebut tentang ikhlas jika kau orang tidak menyucikan hati. Jadi orang yang layak menyebut dan memberi nasihat adalah orang yang sentiasa menyucikan dirinya. Kalau tidak jadilah seperti air yang lalu... macam tak dengooo aja. Jangan makan rasuh, jangan makan harta orang, harta anak yatim, buat fitnah kerana Tuhanmu tidak menerima rasuah dan pujian dari orang yang berpura pura. Wallahualam.........

Aku dibelakang cahaya dan pintu keluar

        5 comments:

        kella said...

        nampak 'cahaya' itu.... :)

        perjalanan pulang said...

        itu cahaya dari tingkap daaaa... kalau dalam filem selalu ada back ground pembohong, konon orang tu bagus sangat

        gadisBunga™ said...

        salam uncle..

        terima kasih atas perkongsian ini. insyaAllah akan cuba mulakan~

        perjalanan pulang said...

        uncle tak kisah... cuba ajalah...ini cara orang tua

        PinKy MoMMa said...

        orang tua yg banyak pengalaman..banyak ilmu ;)

        TUBUH YANG DURHAKA

         Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...