Followers

Friday, April 22, 2011

Salah Guna Sedekah

Salam.........Hari ini baru sahaja selesai solat Jumaat. Macam biasa di Masjid Desa Jaya Kepong, masih juga melihat tabung tabung derma dari Thailand. Agaknya pihak masjid sudah beri kebenaran kepada mereka. Tabung itu dibawa pulang dengan sebuah kereta Proton Waja, plat negeri Johor................

Ada satu lagi yang aku nampak tadi, aku dah ambil gambar dia........................ Beliau adalah lelaki mamak yang datang solat bersama anak anaknya. Anak besar ada dan anak kecik pun ada. Tiap tiap minggu kerjanya mengangkut makanan sedekah . Biasalah hari Jumaat ada orang bagi nasi bungkus,  pisang, roti kueh mueh yang tak habis berniaga dan macam macam. Dia ni pulak bungkus benda tu awal awal sebelum orang ramai datang dan letak bawah meja. Kalau bungkus tu bukanlah sikit sikit, tak payah beli makanan tengaharilah. Waktu khutbah tadi dia bungkus roti krem 60 sen tu dalam plastik mereh, dan dia pulak duduk sebelah meja  makanan Waktu balik tadi aku nampak anak dia bawa palsti itu, sedangkan dia pula bawa ;lagi 2-3 bungkus roti dalam tangan. Yang bagus pula dia ni naik kereta dan bukan jalan kaki..............Dulu ada pihak masjid tegur kut, senyap sekejap, sekarang buat balik............ Aku sempat cakap dekat AJK masjid, dia gelak aja.......

Tapi kalau hari ini ada bungkusan nasi beriani, korang nak gelak juga ke ? Aku pernah nampak dia TAPAU banyak oii masuk dalam kereta, pisang besar besar lebih sesikat masuk dalam kereta sebelum waktu solat...Kalaulah bangla kerja kilang tu TAPAU aku tak kisah sangat, kalau budak sekolah darjah satu ke budak tadika ke, kira tak apa lah........... Ni Mamak yang kayoooooooooooo. Nanti aku bubuh gambo....



No comments: