Followers

Friday, April 15, 2011

Seperti Ketam

Salam petang jumaat. Waktu ini hari dah hujan.........guruh bertasbih berdentum dan masih di internet ini membaca facebook dan blog kekawan. Kat opis selalu tak ada masa...Kat sini ok lah............

Tadi aku solat di Masjid Desa Jaya Kepong. seperti biasa aku nampak tong tong kutipan derma dari Thailand diatas peti kutipan derma masjid. Asyik potong trip ajalah dia orang tu.... Tak apalah orang malaysia kaya dan dah berlebih lebih makan dan pihak masjid pun macam tak heran je. Kata ada AJK, tapi membiarkan sahaja 'derma derma' itu dirampas dalam sebutan kata ISLAM
Hari ini khutbah berlegar legar dengan sebutan JAHILIYAH MODEN. Menurutnya jahilayah itu bukannya menunjukan tidak bersekolah atau tidak bertamadun tapi " Buruk Perangai" Maka hasil dari itu timbullah fanomena buang anak, pijak bunuh mati dan macam macam lagi dimana masyarakat masa kini hanya hidup sebagai penonton. Penonton tanpa mampu mencegah. Anak anak kini tidak ada pendidikan ugama dan kalau ada pun cuma soal soal syariat. Ibu bapa juga begitu sekadar memenuhi rukun Islam dan tambah sunat sunat umrah. Aku suka dengar dan tidak mahu komen apa apa. Solat Jumaat habis dekat pukul dua dan aku cuma tertarik dengan kata katanya iaitu "bersegeralah melakukan kebaikan" Akhir solat Jumaat, pak imam berdoa, ramai jemaah berpusu pusu keluar tak sempat berdoa. Yang mengangkat tangan berdoa pun entah faham entah tidak. Ada yang bangun solat sunat jumaat akhir semasa imam sedang berdoa. Keadaan macam itu biasa terjadi dan khutbah tadi telah tembus ke telinga kiri dimana perubahan amat sukar berlaku.........

Jadi imam jumaat semua orang boleh buat , baca text ajalah tapi mampukah kata katanya dapat menyerap ke fikiran jemaah yang hadir ? Mengukur baju di badan sendirilah.......Jadi pak imam kena bersih, hati dan kata katanya bersih barulah berkat.... kalau tidak ,,,,cukup bulan tekan kat bank.....lu punya gaji ambik sahaja....Jemaah seperti biasa makan pisang tiap kali Jumaat





No comments: