Friday, April 29, 2011

Sumpah Laknat

Salam............ Tidak lama lagi waktu solat Jumaat akan tiba. Selepas itu ada pembesar terkenal akan membuat sumpah laknat. Sumpah apa tu ? Sebenarnya aku sendiripun tidak tahu. Yang biasa disebut orang adalah sesumpah iaitu sejenis binatang yang selalu berupa rupa. Ada satu lagu sumpah yang aku dengar ialah kisah emak Si Tenggang sumpah anaknya jadi batu. Memang jadi batu pun... kalau sumpah jadi emas, tentu emak si Tenggang dah jadi lebih kaya dari si Tenggang tu.............

Sebagai seorang yang buta sejarah dan tak reti baca buku, aku nak sebut juga disini dan nak juga tanya, adakah di zaman zaman nabi dan rasul adalah para para nabi rasul membuat kerja Sumpah Laknat ini atau sebenarnya sumpah laknat ini lebih sesuai dilakukan di negeri Jepun. Adakah sumpah laknat ini jalan yang terbaik mengistihar kan diri kita bersih tambahan lagi dilakukan dimasjid.... Cuba buat kat masjid kampung hulu kat Melaka kut lebih hebat lagi ? Dalam sibuk sibuk ulamak ulamak menceritakan fatwa pengharaman poco poco, apasalahnya bincang pasal sumpah laknat samaada halal atau haram ?

Bagi aku ini adalah isu hura hara, haru biru yang menghangatkan sesebuah cerita dan bakal menjadi sejarah yang bakal dibaca oleh anak anak dan jenerasi akan datang  dimana semenjak tahun tahun kebelakangan ini Malaysia mencipta sejarah sumpah laknat bersama pengasasnya. Di dalam hal ini Jabatan Ugama Islam berlepas diri , tidak membantah atau memberi galakan, bertindak sebagai tunggu dan lihat sehingga ada " tolakan" yang kuat.

Aku tidak menyokong sesiapa, tetapi jikalau kerja kerja yang tidak betul patutlah ditegur, jikalau tersilap silalah perbaiki. Jangan jadi itik tukang anggok dan geleng geleng. Pak imam pun jangan ikut sama sama bersama Imam Muda atau Tua duduk sebaris dalam kerja kerja mengarut. Semuga Allah memberi rahmat kepada kita semua. Wallahhualam.

4 comments:

khairul said...

aku dh muak ngan politik mesia ni..jijik dan kotor

perjalanan pulang said...

semua orang buat sumpah laknat , dah tu tak kena apa apa pun kat dia, kira semua orang betullah. Jadi siapa pulak yang salah..............

Unknown said...

saya pun setuju dgn PM..lebih baik buat perkara yg lebih berfaedah dr bersumpah2 laknat ni..ish..ntah apa nk jadi.

perjalanan pulang said...

tenguk video hari sesumpah tu, sombongnya di dalam masjid

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...