Followers

Monday, May 30, 2011

Bila Mata Mula Mengantuk

Salam ..... sesekali letak gambo budak boleh kut ilang tention..............


Memang sejuk mata memandang....tapi lebih sejuk lagi gambo kat bawah ni


Waktu petang kita pekenalah air tebu ke milo ais ke..... berselera kita tambah nasi ayam dan sup kaki ayam... best best.... hilang mengantuk



 memang panas..............

Orang Kawin Bagi Baldi

Salam..........hari senin baru bukak blog ni......... semalam ada urusan ke rumah orang kawin.. Dia orang bagi aku baldi.... dapatlah 3-4 baldi dibawak pulang....


Baldi ni kalau korang nak buat basuh kain pun tak boleh, apatah lagi kalau nak buat cebuk cebuk kat bilik air... memang nahas woiiii. tapi boleh buat tempat kucing makan




Inilah keturunan kucing dalam rumah aku....wajah kucing siam... tapi ada sekor lagi.... pok pok namanya

Wednesday, May 25, 2011

Minyak Tak Naik

PUTRAJAYA: Kerajaan mengumumkan tiada kenaikan harga petrol RON 95, diesel dan gas LPG.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Mohd Ismail Sabri, berkata keputusan itu dibuat dalam mesyuarat kabinet hari ini kerana mengambil kira kepentingan rakyat.



P/S saja nak copy paste........alahai minyak angin naik tak

Perbuatan Manusia

Salam.......... entry aku ini dengan satu kisah....................

Mungkin ada orang pernah merasakan tapi kurang pasti. Suatu malam terkejut jaga, perasaan juga rasa kelainan, tidak kelihatan hantu atau bebayang tetapi ada sesuatu yang anih........... Malam itu terasa dingin, dada berdebar debar, takut pada sesuatu yang tidak diketahui, seluruh badan terasa lemah,di dalam hati rasa mahu menjerit, badan rasa bergetar, fikiran kusut tidak menentu. Mahu kemana akan pergi tidaklah diketahui, mahu rasanya duduk diatas katil berselimut. Sekian kalinya membaca ayat suci alquran maka makin bertambah gegaran badan, cuba melawan perasaan tidak berdaya dan sekali sekali datang rasa sedih pilu.... Kenapa agaknya...........? Waktu itu mungkin kita perlukan seseorang yang dapat membantu, mulut rasa mahu memberitahu tapi tidak seorang pun mengerti.... " kau kenapa ? , kau kenapa ? " bertalu talu soalan dianjurkan.

Inilah permainan syaitan, inilah fitnah dunia dan kekadangnya ini kehendak manusia. Lihatlah diatas katil tempat tidurmu, mungkin ada seekor dua ekor belalang hijau, mungkin ada pasir yang bertaburan yang entah dari mana datangnya. Mungkin kau sangka didunia moden ini manusia begitu baik, kawan kawanmu orang baik baik, saudara saudaramu orang baik baik.... Baik dalam sangkaanmu..............

Bukankah bersangka baik itu dituntut oleh agama tapi sebaik itu manusia disekeliling kita...... Pada mereka yang merasa sakitnya, yang pernah merana kerana perbuatan manusia sila ceritakan kepadaku dan adakah benar sangkaanku...................................Perbuatan manusia tetap meminta keizinan Allah walaupun untuk kejahatan..........



Tuesday, May 24, 2011

Orang Pempuan Kena Tipu

Salam..........marah betul aku kali ini... gores menang masih ujud........Korang tak pergi shopping complex ke . Kat Carefour , kat Tesco, kat Gaint.......... " Kak ambiklah free gift " katanya....

Orang pempuan memang suka cawan. Dah melambak lambak kat rumah pun nak cawan free jugak. Akhirnya mamat tu kelentong jugak... Suruh daftar, dapat hadiah percuma, suruh bayar deposit untuk dapat hadiah lebih mahal, suruh bayar dengan kad credit dulu pun tak pa. Dia orang ni menipu.... membohong... ada syrikat kat Kedahlah katanya. Dapur yang korang dapat atau barang letrik korang dapat tu tak sepadan dengan harga, buatan cina lagi........Ada pulak kata boleh buat pinjaman bank... Memang gila...

Polis tak nampak ke kerja mereka tu... Ada .. ada nampak tapi tak ramai buat repot... maleh atau tak apalah atau biaolah..... Dia orang sewa tempat je kat komplek tu... tapi duit banyak masuk... Ada pulak syarikat taperware jual kad diskaun.... Mana mana beli beli taperware ada diskaun....Orang pempuan pun pakat pakat belilah dan dapat hadiah satu taperware kecik.............


Ingat senang ke nak cari duit, mengumpul pun susah tapi mengabih dan kena tipu senang sangat.....



Hidupnya Seorang Lelaki

Salam........entry kali ini bertajuk hidupnya seorang lelaki.........Mudah dari gambar sudah cukup menjelaskan bahawa kehidupan ini sangat mudah


Dimana sahaja dia boleh melepas dan tidak perlu bilik air dan tidak perlu air basuhan tapi perempuan tetap mencintainya dengan sepenuh jiwa raga......Mereka ini hidup berdekatan tong sampah dan mencari sumber rezeki di sana. Jangan kau bertanya tentang penyakit, tentang pemakanan dan kesihatan tetapi mereka tetap hidup, bahkan pendapatan mereka lebih lumayan dari kau orang yang kerja di pejabat yang berhawa dingin. Mereka lebih kuat berusaha dari anak anak muda yang berpakaian cantik dan malu adalah soal kemaluan

Saturday, May 21, 2011

Seribu Duka Seribu Cerita

Salam......melihat blog sendiri yang sepi ini kekadang memedihkan hati. Kita pun tidak ada modal untuk menulis apa apa......Semua kosong sepertinya menyambut kematian........Sekali sekala apa salahnya kita ceriakan tapi tidak ada daya upaya.......semua kelam.........

Ya Allah, sesungguhnya aku adalah hambaMu, anak kepada hambaMu, anak kepada hamba perempuanMu, ubun-ubunku di tanganMu, terlaksana ke atasku hukumanMu dan adil kehakimanMu terhadapku, aku memohon kepadaMu dengan setiap nama yang Engkau namakan dengannya diriMu, atau Engkau turunkan di dalam kitabMu, atau Engkau telah mengajarnya kepada seseorang daripada makhlukMu atau yang tersembunyi pada ilmu ghaib di sisiMu, jadikanlah Al-Quran penenang hatiku, cahaya di dadaku, penghapus kedukaanku dan penghilang kesusahanku.

Thursday, May 19, 2011

Ketawa Orang Bodoh

Salam...........aku menjadikan tarikh 21hb Mei ini sebagai tarikh keramat sebab aku nak ke keramat ambil kad jemputan. Hari ini aku bertanya kepada diri aku tentang kesabaran , tentang tuhan dan tentang keinginan dan harapan yang begitu sukar diperolehi. Dimanakah mana mungkinnya atau kemungkinannya sesuatu yang didingini akan tercapai..........

Tarikh keramat ini menyebabkan aku gembira dengan ucapan demi ucapan dari kawan kawan dengan kata semoga berjaya tapi kesudahannya aku kalah, tewas dengan cerita kebodohan. Aku tidak pernah mengalah dan mengaku kalah tapi kali ini aku benar benar tercabar dan benar benar marah sehingga ke tulang hitam........

Hari ini juga badan aku tidak sihat sakit perut dan batuk batuk dan amat terasa keuzuran ini . Dapatkah melihat hari esok dengan senyum ketawa atau ketawa itu adalah untuk diri sendiri.........Hari ini esok semalam dan lusa adalah hari hari yang dilalui dengan menghimpun dosa sedangkan pahalanya seperti mengejar bayang.


Wednesday, May 18, 2011

Perang Salib Moden

Salam........entry menyampuk dengan isu PERANG SALIB........ Dahsyat bunyinya boleh bergegar sana sini dan ini misti kes bunuh bunuh dan mati mati tapi kena salib pulak ....isssssssss

Sudahkah saudara semua bersedia seperti bersedianya menanti harga minyak naik ? Tiap tiap sesuatu terjadi misti ada alasan, mistinya ada sebab dan misti ada penyebab. Sudahkah saudara semua penuh ilmu di dada, ditetak tidak lut, dihempas tidak pecah, dilambung akan terapung...... Bolehkah saudara semua berdiri diatas daun pisang sepertinya filem filem zaman dahulu kala. Boleh saudara semua memekik menjerit sepertinya halilintar dimana semua yang mendengar akan muntah darah ........... Waw dahsyat....... Apalagi dengan keris terbang, kapak terbang, lembing terbang dan berterbangan sepertinya kapal terbang.........

Kalau rasa tak boleh, marilah tenguk cermin hikmat, apa cermin tu kata.................
Cermin tu kata jangan melihat kuda berlari di padang, awak yang yang diluar tu mengah. Cermin tu kata jangan ikut orang, fikir fikir fikir banyak banyak.

Aku paling sensitif pada orang cabut keris dan cium keris, tambah lagi kalau keris tujuh luk.......Pandai ke main keris tu, jangan main cabut cabut aja........







Tuesday, May 17, 2011

Solat

Salam..... Menyambut Vesak ke ?..............

Pagi pagi berdiri mengerjakan solat subuh dan selepas itu hati tertanya tanya kenapa bila solat adakala rasa tak seronok. Macam biasa aja, tak rasa apa apa pun.......... Korang perasan tak,  tok sah menyamarlah macam orang pandai, ini betul betullah punya cerita.

Solat tu kosong je, bukannya tak faham erti, bukan tak tahu rukun tapi kosong macam angin lalu.......Tau tau dah habis dah.....................Perluke solat tu di masjid yang berhawa dingin supaya terasa nyamannya, perlu ke back ground music supaya terhibur, perlu ke pakai wangi wangi supaya terasa kewalian, perlu ke pakai baru supaya terasa macam hari raya, perlu ke teman agar tidak terasa sunyi, perlu ke baca panjang panjang agar terasa kitani tengah bersungguh sungguh solat ?


Sekali sekala mengeluarkan soalan bodoh apa salahnya dan juga apa salahnya juga kita yang bodoh ini mencermin diri.............ngaku ajalah............... Orang pandai akan menjawab dengan ayat alquran dan hadis tapi kebenarannya kepada diri sendiri itu dimana ya ?

Monday, May 16, 2011

Gajah Dapat Tongkat

Aku marah............tak baik marah marah tapi aku ini memang marah. Marah pasal kereta buruk aku itu nak dikuda ramai ramai.........Kereta kancil mana boleh naik 8 orang. Kereta proton boleh ke naik 6 orang ? Depan dah tentu 2 orang, belakang pulak 4 orang, badan besar besar dan lepas makan pulak tu....... Manusia ni kalau nak menjahanam memang pandai .......


KL RIBUT KENCANG

Salam............. semalam tak sempat entry dimana adalah beberapa gambar kabur untuk jadi kenangan






KL waktu itu suasana agak gegak gempita dengan bunyi guruh, kilat sabung menyabung dan hujan tersangat lebat. Angin bertiup kencang dan bunyinya seperti orang bercakap dan menjerit apabila ianya melalui celah celah bangunan. Aku waktu itu berada di tingkat 12.......... aku sedang menunggu dan ingin menonton sesuatu yang mungkin terjadi...........

Sunday, May 15, 2011

Vedio Sex Bersumpah Laknat

Salam Ahad.......dah banyak dah kaki buat lawat tapi tak ada apa apa pun............ Korang cuba tenguk kat Chow Kit hari ini
 banyak orang jalan jalan

 baju bundle pun masih ada orang sanggup pakai

perniaga mencari rezeki ,anaknya masih  dalam buaian

Sana sini riuh rendah pasal ugama resmi, sampai ada yang nak jihad........... tolong jihad kat sini. Jangan duduk sedap atas kerusi melaung laung pasal ugama, pasal ugama resmi tapi pelacuran tak terhapus

 siapa nak bantu mereka disni

 mereka mencari rezeki sesuap nasi

 pelacuran masih berluasa, walaupun mereka mempunyai keluarga , punya suami dan anak

 apek masih berseluar pendik

 apek ini tetap mencari pelanggan

anak muda juga pandai mencari kepuasan

Korang tok sah sibuk sangat pasal vedio sex tu, sumpah laknat pun tak payah tenguk sangat. Dia orang dah kaya dah, surat khabar pun dah banyak laku. Orang melaung laung tu dapat untung, korang dapat apa ? Cuba kita pakat pakat buat tak tahu, tentu dia orang sakit kepala. Apa salahnya orang yang buat vedio, orang yang tak mengaku bervedio, orang yang berlakun, orang yang bersumpah kita masuk dalam bot dan karamkan dilaut........... Asal sahaja ada orang buat kontrovesi kita buang kelaut...................... Aman pasti aman.

Saturday, May 14, 2011

Salam Nan Tujuh

Salam nan tujuh.....................
Tujuh hari aku menunggu
tujuh warna membalut kasih
tujuh  langit aku berdoa
tujuh  bumi aku berhinjak
tujuh keturunan nan kusebut
tujuh langkah tidak berganjak
tujuh nafas menahan sebak
tujuh penjuru aku berpagar
tujuh purnama aku berhajat
tujuh pulau aku menyinggah
tujuh malam sujud dan tahajjud
tersimpanlah jua diqalbu ke tujuh............

Thursday, May 12, 2011

Antara Nikmat dan Hikmat

Salam......... Hanya singgah sebentar disini melihat blog kekawan dan paling menarik kisah Saleh Yakob yang bakal mencukupi kota ahli keluarganya. Macam biasa setiap pagi mendengar suaranya di Sinar FM, diselangseli suara Kak Engku. Kekadang dengar juga Salleh diperli tapi dia ni jenis tak kisah dan tak ambil hati.

Bagi orang perempuan bila sahaja mendengar kisah Saleh tentu tak suka tapi banyak juga pendengar radio yang suka dengannya . Namun Saleh tentu mempunyai alasan tersendiri dan pengalaman tersendiri di dalam hidupnya. Zaman sekarang ini terlalu banyak cerita yang tidak sedap di dengar. Kisah isteri mempunyai banyak bpyfriend, kisah suami panjat sana sini, kisah bunuh membunuh kerana cemburu. Walaupun cara Saleh itu membuat banyak perempuan tidak suka, namun ianya mempunyai kebaikan yang perlu dihargai.

Marahnya orang permpuan bila kaum lelaki menyokong Saleh, marahnya orang perempuan melihat lelaki ketawa terbahak bahak. Apa sahaja alasan ianya adalah satu lumrah dan gaya yang tidak boleh ditiru oleh kaum wanita. Hidup ini tidak akan bahagia jika terlalu banyak pertikaian dan kerumitan biarpun pendidikan tentang agama islam telah lama terperap dalam diri. 

Anak anak pada waktu kecil memang dididik dengan pendidikan agama, namun apabila dewasa merekalah akan melaksanakan agama itu. Merekalah yang akan menjadikan dirinya islam atau sebaliknya, merekalah yang akan membena keluarga islam atau sebaliknya. Mereka juga nanti akan mencabar agamanya , menidakkan hukum tuhan atau terus tidak bersabar menerima hakikatnya.

Akhirkata bukan soal Saleh sebenarnya tapi soal mencari keredaan dalam kepedihan dan soal akhirat yang tidak banyak orang percaya. Mereka telah tidak percaya hari kebangkitan lantaran itu sentiasa merebut dunia disebalik jubah dan tudung kewarakan.... Subhanallah


Wednesday, May 11, 2011

Perdagangan Manusia

Salam..........entah sampai bilalah akan berubah. Serupa sahaja semenjak dahulu dan panjang umur juga mereka itu




Inilah perniagaan yang menguntungkan iaitu perdagangan manusia

Tuesday, May 10, 2011

Harga Gula dan Nilai Kelambu

Masih ingat benda ini..........di dalam sedih sedih menerima kesengsaraan dengan kenaikan harga gula, apa salahnya kita jenguk jenguk kat kelambu....................

Sekarang kelambu tidak lagi dipandang orang dan kalau mahu belipun cuma nak pakai malam pengantin. Kelambu sebenarnya berdarjat juga apatah lagi kelambu diraja. Waktu kecil kecil dulu aku ada katil besi dan di cat warna biru. Kebiasaan ada dua bantal dan satu bantal peluk besar dan juga tilam bujang. Semuanya dari kekabu dan bukan dari sabut kelapa. Tiap tiap malam kena gantung kelambu bujang itu supaya badan tidak digighit nyamuk dan juga lupa tidak berselimut pada waktu tidur. Zaman sekarang banyak orang tidur berlengging dengan alasan kepanasan tapi pakai kelambu sedap sahaja, sejuk, nyaman. Cuma jaganlah kentot di dalam kelambu kerana baunya terkurung penuh syahdu.

Tidur di dalam kelambu juga terhindar dari bunyi bising dan kebiasaannya penghuninya tidak sedar waktu tengahari apatah lagi pengantin baru. Bila ada anak kecil juga kelambu digunakan. Kali ini emak bapak dan anak anak tidur dalam satu kelambu besar. Waktu itu pelas air, lampin anak juga dimasukkkan di dalam kelambu supaya senang bila terjaga waktu malam. Bagaimana pula jika berbogel dalam kelambu ? Korang tanyalah pakcik pakcik makcik tua tu adakah kejadian ini pernah berlaku.

Hidup ini penuh kenangan walaupun sedikit. Ditengah tengah kemiskinan orang dahulu kala, mereka memperolehi keluarga yang besar. Tidak banyak pertengkaran dan menjalani hubungan suami isteri sehingga mati hanya dengan satu alasan iaitu KELAMBU

Monday, May 9, 2011

Biawak Angkuh

Salam.........masih ingat kisah biawak dulu............Biawak ni datang dari negara miskin yang hidup macam ayam jugak. Masih  aku ingat dulu waktu pekerja pekerja kontrak ini mula datang. Dia memang tidak berapa fasih bahasa melayu tetapi ada seorang anak dara mereka bahasa inggerisnya berabuk macam mat saleh. Aku suruh dia belajar bahasa malaysia, dia kata kat aku buang masa sahaja, maksudnya " no use " Bencinya aku melihatnya dengan keadaan merempat tapi berlagak nak mampus.

Hari demi hari tinggal di Malaysia dia mula berubah, walaupun tidak boleh berbahasa Malaysia tapi dia kelihatan beradap sopan. Setiap hari dia akan menegur aku sekurang kurangnya " Hello Uncle" Namun bangsa ini datang semakin ramai  dan telah mula mengubah keadaan menjadi berkumpulan. Tiap tiap kumpulan tentu ada ketuanya dan tentu juga ada fahamannnya Tiap tiap perempuan tentu ada lelaki, begitulah sehingga dia mendapat teman lelaki sebangsanya. Disni mereka dibela diberi makan ,tempat tinggal, diberi pekerjaan dan paling pentingnya mereka mendapat layanan yang baik.

Seminggu yang lalu ada diantara mereka bangkit dimeja rundingan mempertikaikan gaji amat kecil kerana mereka terpaksa membayar kepada ejen. Mereka mempertikaikan tidak mahu bertukar jabatan dan timbullah beberapa suara suara sumbang, kerja penat dan teruk................

Biasanya orang lupa akan tempat asal, dinegara mereka harga mee sup cuma 25 sen.......Disini mereka dapat pegang duit banyak banyak dan boleh hantar ke kampung halaman. Disni mereka dapat merasa memegang hand phone dan membazir buat panggilan sana sini, disana duit hanyalah untuk makan. Sudah jadi adat orang berdagang mendapat tekanan, namun tekanan disini masih menghargai kemanusiaan.

Pagi tadi beberapa orang dari mereka mengambil keputusan berhenti kerja dan kembali kepada ejen mereka dengan harapan akan mendpat tempat lain yang lebih banyak gajinya. Mereka lupa bumi Malaysia tetap mengenakan cukai dimana mana, untuk visa dan passport, mereka tidak tahu cabaran diluar sana lebih kejam. Kepada anak dara yang mengikuti boyfriendnya itu akan makan pelempang hari hari. Pelempang bukanlah budaya Malaysia dan kita tidak melayan pendatang asing seperti anjing................


Sunday, May 8, 2011

Ribut Petir

Salam Hari Ahad............ Hanya aku berempat beradik tinggal bersama emak ketika itu. Abang Long dan Kak Ngah tinggal bersama Mak usu di Kuala Lumpur. Kami berempat masih bersekolah, kakak di sekolah agama, aku waktu itu di sekolah menengah, manakala dua orang adik satu lelaki satu perempuan masih di sekolah rendah.

Bapak pula kerja jauh di Batang Berjuntai dan disini bukan sahaja ada kami tetapi emak dan Wan sebagai penghuni rumah dihujung kampung. Arwah atuk tidak mahu rumah di tepi jalan, kita orang miskin katanya dan lebih baik tinggal dihujung kampung diluruh lurah dimana ada tanah tepi berlebihan yang boleh bercucuk tanam. Tinggal dihujung kampung mistilah ada misterinya tambahan lagi pabila malam gelap gelita. Kata arwah Wan, di atas puncak bukit belakang rumah ada orang bunia tinggal. Cakap sahaja siapalah akan percaya tapi bagi aku orang kampung ini akan lebih percaya bila melihat sendiri. Pernah satu malam aku mendengar bunyi keramaian dan kelihatan cahaya api diatas bukit itu terang benderang. Buata tak tahu sahajalah lagipun siapa nak memanjat bukit di tepi hutan itu.

Waktu dulu masih belum ada air paip, orang kampung semua mandi disebuah empangan kecil dihujung hutan. Disanalah mereka basuh kain dan mandi manda. Empangan itu tidak pernah kering airnya dan pernah ada orang cuba keringkan airnya dengan cara membuka kayu penyumbat empangan itu dengan tujuan untuk mendapatkan ikan yang banyak. Tidak sampai satu jam, langit yang cerah menjadi gelap gelita dan hujan lebat turun dengan tiba tiba. Petang itu takungan penuh semula dengan air.............

Waktu senja aku tak dapat sangat keluar dari rumah dan tidak seperti budak budak sekarang. Adakalanya hujan lebat waktu senja bersama ribut petir. Aku dilarang melihat ribut itu, kata arwah wan ada kepala ribut. Macam mana rupanya ? Aku pernah melihat hujan di waktu senja, warna airnya kuning dan tidak seperti air hujan biasa, manakala kepala ribut itu berupa rupa, ada rupa kepala gajah dan kuda. Kalau orang yang tidak tahan badan pasti demam. Kebiasaannya orang tua tua akan membakar sabut dan tempurung kelapa sehingga asap bertimbun dengan banyaknya, katanya hendak menghalau ribut.

Ibu ibu zaman dahulu bukan sahaja menjaga anak dari segi makan minum tapi juga keselamatan anak anak. Anak anak memang tidak dibiarkan merayau malam. Masih ingat lagi tandas orang dulu dulu. Tandas lubang dan letaknya jauh dari rumah. Sakit perut waktu malam sangat menyiksakan, macam cerita hantu mak limah aja. Orang dulu dulu sangat pandai, kalau sakit perut memulas, kami cuma disapukan minyak tanah yang diambil dari bawah sumbu pelita dan paling paling tidak pun bakar tunku(batu sungai). Memang tidak pergi ke klinik atau hospital. 

Tinggal di kampung yang penuh kegelapan membuat seram sejuk juga. Kekadang kala kita tercium bau bauan yang entah datang dari mana.Ada bau daun pandan, bau kemenyan, bau kapur barus dan juga bau masakan. Paling sedap bau cok kodok pisang atau bau cempedak goreng.......... bau KFC memang tak ada



Orang Islam Dan Kristian menyambut Hari Ibu

Salam......... hebohlah pasal surat khabar menyebut, menyucuk, melatahkan tentang adanya ugama kristian hendak dijadikan ugama resmi negara tercinta ini. Maka pakat pakatlah orang tidak puas hati sini, melatah meloncat seadanya macam tsunami bakal tiba. Dulu pulak pasal ada gereja melayu, pasal tak puas hati bila kitab kristian tu sebut nama Allah.

Sana sini orang membincangkan tentang sambutan hari kekasih mengikut pertunjuk kristian dan hari ini pula menyambut hari ibu pula, siapa punya angkara? Ada orang Malaysia yang mula mula mengistiharkan hari ibu ke ? Soal ugama memang sensitif, soal kaum juga begitu. Sudah jadi dasar orang melayu mahu dihormati, bukan hormat pada adapnya saja tetapi ugamanya. Orang melayu mahu duduk ditempat yang tinggi dimana mereka mahu melihat orang orang lain tunduk dengan apa yang mereka miliki. Apabila ada yang menyebut, ugama kristian bakal menjadi ugama resmi.... pastinya panas dan marah............

Kalau marah janganlah berpura pura marah, jangan juga kita membakar kelambu sendiri. Kita adalah orang melayu moden dan berpelajaran dan bukan lagi orang kampung yang hidup dipenjuru sungai. Orang kampung dihujung sungai juga sudah bijak soal sains dan metamatik. Jangan mengelabah, jangan latah, jangan merapu melompat sana sini. Apa sahaja isu dibangkitkan misti bersebab selain dari melariskan surat khabar.

Kepada yang bekerja tu buatlah kerja masing masing dam ambil tanggung jawab dan bukan sekadar mengajak orang berhimpun di hari cuti hujung minggu atau berhimpun ramai ramai selepas solat jumaat. Buatlah kerja berfaedah



Saturday, May 7, 2011

Propaganda Orang Tua

Hari demi hari semakin berpeluh sekelian orang tua. Bilalah ISO nak habis. Bualan sudah berganti bulan dan tahun juga sudah berganti tahun........siapa akan dapat gelak dan ketawa bila kerja tak siap siap.............





Tahun depan siapalah menyambung kerja kita bila kita sekor sekor blah............ ISO oh ISO

Service Kereta

Semalam hari Jumaat, penghulu segala hari , jangan sangka pulak pergi dating kat mana mana. Semalam adalah hari untuk aku membersihkan tong air kereta setelah bertahun tahun pakai dimana karatnya sudah semakin meningkat

 Suhu kereta naik sedikit, mungkin cuaca panas, keretapun macam manusia perlu air............