Followers

Monday, May 2, 2011

Doa Bulan Mei

Salam............petang ahad makin berlalu ke senja........kita masih melalui  detiknya masa berlalu sedikit demi sedikit. Yang bertambah usianya, yang bertambah tuanya manakala sayang dan benci kadang kadang tidak seimbang. Sehari demi sehari kedutan wajah dilihat, ditutup dengan make- up tetap juga kelihatan, cuma malam menyembunyikan kehodohan dan gelap pula menyembunyikan dosanya.

Petang ini aku pulang mencium sejadah, untukku luahkan pada tuhanku tentang keresahanku, tentang pembohongan dan janji kawan kawanku. Tentang janji dunia penuh kebohongan dan aku menjadi penanti menuntut kepercayaan

Wahai Tuhan penjaga alam, jika sejuk ibuku mengandong dan melahirkan aku, jika benarlah doa ibuku maka kau tunaikanlah hajatku dan jauhilah aku dari khianat manusia. Kuserahkanlah doaku ini kepadamu dan aku menerima syukur dan rahmatmu........ Amin



No comments: