Followers

Wednesday, May 25, 2011

Perbuatan Manusia

Salam.......... entry aku ini dengan satu kisah....................

Mungkin ada orang pernah merasakan tapi kurang pasti. Suatu malam terkejut jaga, perasaan juga rasa kelainan, tidak kelihatan hantu atau bebayang tetapi ada sesuatu yang anih........... Malam itu terasa dingin, dada berdebar debar, takut pada sesuatu yang tidak diketahui, seluruh badan terasa lemah,di dalam hati rasa mahu menjerit, badan rasa bergetar, fikiran kusut tidak menentu. Mahu kemana akan pergi tidaklah diketahui, mahu rasanya duduk diatas katil berselimut. Sekian kalinya membaca ayat suci alquran maka makin bertambah gegaran badan, cuba melawan perasaan tidak berdaya dan sekali sekali datang rasa sedih pilu.... Kenapa agaknya...........? Waktu itu mungkin kita perlukan seseorang yang dapat membantu, mulut rasa mahu memberitahu tapi tidak seorang pun mengerti.... " kau kenapa ? , kau kenapa ? " bertalu talu soalan dianjurkan.

Inilah permainan syaitan, inilah fitnah dunia dan kekadangnya ini kehendak manusia. Lihatlah diatas katil tempat tidurmu, mungkin ada seekor dua ekor belalang hijau, mungkin ada pasir yang bertaburan yang entah dari mana datangnya. Mungkin kau sangka didunia moden ini manusia begitu baik, kawan kawanmu orang baik baik, saudara saudaramu orang baik baik.... Baik dalam sangkaanmu..............

Bukankah bersangka baik itu dituntut oleh agama tapi sebaik itu manusia disekeliling kita...... Pada mereka yang merasa sakitnya, yang pernah merana kerana perbuatan manusia sila ceritakan kepadaku dan adakah benar sangkaanku...................................Perbuatan manusia tetap meminta keizinan Allah walaupun untuk kejahatan..........



2 comments:

Hanis MY said...

gambar tu menakutkan... entahlah tak faham kenapa manusia sanggup menggunakan benda2 syirik ni semata2 nak puaskan perasaan dengki dendam kesumat... nauzubillah...minta dijauhkan dari perkara sebegitu...

Panglima Muda said...

jahat manusia ini tidak berubah rubah