Followers

Sunday, May 8, 2011

Ribut Petir

Salam Hari Ahad............ Hanya aku berempat beradik tinggal bersama emak ketika itu. Abang Long dan Kak Ngah tinggal bersama Mak usu di Kuala Lumpur. Kami berempat masih bersekolah, kakak di sekolah agama, aku waktu itu di sekolah menengah, manakala dua orang adik satu lelaki satu perempuan masih di sekolah rendah.

Bapak pula kerja jauh di Batang Berjuntai dan disini bukan sahaja ada kami tetapi emak dan Wan sebagai penghuni rumah dihujung kampung. Arwah atuk tidak mahu rumah di tepi jalan, kita orang miskin katanya dan lebih baik tinggal dihujung kampung diluruh lurah dimana ada tanah tepi berlebihan yang boleh bercucuk tanam. Tinggal dihujung kampung mistilah ada misterinya tambahan lagi pabila malam gelap gelita. Kata arwah Wan, di atas puncak bukit belakang rumah ada orang bunia tinggal. Cakap sahaja siapalah akan percaya tapi bagi aku orang kampung ini akan lebih percaya bila melihat sendiri. Pernah satu malam aku mendengar bunyi keramaian dan kelihatan cahaya api diatas bukit itu terang benderang. Buata tak tahu sahajalah lagipun siapa nak memanjat bukit di tepi hutan itu.

Waktu dulu masih belum ada air paip, orang kampung semua mandi disebuah empangan kecil dihujung hutan. Disanalah mereka basuh kain dan mandi manda. Empangan itu tidak pernah kering airnya dan pernah ada orang cuba keringkan airnya dengan cara membuka kayu penyumbat empangan itu dengan tujuan untuk mendapatkan ikan yang banyak. Tidak sampai satu jam, langit yang cerah menjadi gelap gelita dan hujan lebat turun dengan tiba tiba. Petang itu takungan penuh semula dengan air.............

Waktu senja aku tak dapat sangat keluar dari rumah dan tidak seperti budak budak sekarang. Adakalanya hujan lebat waktu senja bersama ribut petir. Aku dilarang melihat ribut itu, kata arwah wan ada kepala ribut. Macam mana rupanya ? Aku pernah melihat hujan di waktu senja, warna airnya kuning dan tidak seperti air hujan biasa, manakala kepala ribut itu berupa rupa, ada rupa kepala gajah dan kuda. Kalau orang yang tidak tahan badan pasti demam. Kebiasaannya orang tua tua akan membakar sabut dan tempurung kelapa sehingga asap bertimbun dengan banyaknya, katanya hendak menghalau ribut.

Ibu ibu zaman dahulu bukan sahaja menjaga anak dari segi makan minum tapi juga keselamatan anak anak. Anak anak memang tidak dibiarkan merayau malam. Masih ingat lagi tandas orang dulu dulu. Tandas lubang dan letaknya jauh dari rumah. Sakit perut waktu malam sangat menyiksakan, macam cerita hantu mak limah aja. Orang dulu dulu sangat pandai, kalau sakit perut memulas, kami cuma disapukan minyak tanah yang diambil dari bawah sumbu pelita dan paling paling tidak pun bakar tunku(batu sungai). Memang tidak pergi ke klinik atau hospital. 

Tinggal di kampung yang penuh kegelapan membuat seram sejuk juga. Kekadang kala kita tercium bau bauan yang entah datang dari mana.Ada bau daun pandan, bau kemenyan, bau kapur barus dan juga bau masakan. Paling sedap bau cok kodok pisang atau bau cempedak goreng.......... bau KFC memang tak ada



5 comments:

♕ Mr.IX ♂ said...

aku suka suasana kampung...

Percaya said...

cerita dulu amat berbeza...

Panglima Muda said...

waktu tu tak ada FB, budak budak suka skodeng bawah rumah

naz said...

saya sempat merasa situasi ini sekejap :)

Panglima Muda said...

ada banyak cerita orang tua tua........mari belajar serapah jampi ini

Bunga cina kembang sekarang
letak mari atas baju
baju ku kena kain kusarung,
ada seri naik ke mukaku

dengan berkat doa.......................