Followers

Sunday, May 1, 2011

Sumpah Laknat Selaknatnya

Salam........... tak habis habis lagi cerita Sumpah Laknat. Sedap menyebut dan takut di dengar. Orang yang mencucri dan orang membantu pencuri disebut subahat. Orang yang melakukan dan orang yang tumpang duduk sebelah jugalah subahat. Kok mana pun salah tapi yang paling aku takut adalah ditimpa musibah " wahai anakku duduklah di dalam majlis ilmu, jika allah menurunkan rahmat kamu juga akan menerimanya walaupun kamu seorang yang jahil" Masih ingat kata kata  itu ?

Bagaimana pula jika kita seorang yang berilmu dan duduk di dalam majlis orang jahil, kemudian bala' datang dari Allah ketika itu.............

Kerana itu janganlah dok pi sibuk dengan depa tu. Duduk sahaja di rumah atau pergilah kemana mana masjid yang aman sejahtera. Kalau masjid sana tu bumbungnya jatuh, tiangnya tumbang pun kau orang pun sudah selamat masa itu. Di dalam kekeliruan sebegini bukan sahaja fitnah tetapi membuat huru hara juga dikira kezaliman. Janganlah sangat berharap upah dunia yang sedikit dan seberapa ini. Hari ini negara kita dimalukan dengan isu isu 'lucah' ini dan saling selak menyelak kain orang lain. Dalam masa yang sama orang yang datang mencari makan disini gelak ketawa. Mereka dapat berniaga dan bekerja disni tanpa halangan kerana kita terlalu sibuk dengan cerita selak kain sesama sendiri.Ada orang pernah bertanya adakah undang undang disini begitu lemah ? Aku tidak dapat menjawab kerana mahu mempertahankan negara aku,aku rasa di malukan aku marah dengan penghinaan ini tapi korang lebih suka buat kerja tak menguntungkan.Korang duduklah dimeja hadapan dan jawab soalan itu
 


5 comments:

Gadis Kampung said...

ngeri tengok orang sekarang nie...sumpah menyumpah ikut suka hati je...tak takut sumpah makan diri sendiri....nauzubillah....

Panglima Muda said...

dia berani sumpah diri sendiri wlaupun dia memang tak betul

Liza @ Adzriel AB said...

mual pun ada. suka2 hati nak bersumpah.. diri sendiri pun hanyut.

Rosmawati Yusof said...

Tak yah sumpah2... nanti dimakan sumpah. Allah tahu siapa yg benar, siapa yg mungkar...

Panglima Muda said...

ini geng sesumpah panjat pokok, dia tiru semua warna pokok, ada pengikut dan tukang sorak dalam masjid