Monday, June 27, 2011

BERSIH...............Sungguh .............Bersih

9hb Julai 2011, tarikh 'Bersih" seluruh negara agaknya........Sejauh mana bersih itu belumlah pasti. Hanya yang pasti PDRM membekukan cuti mereka dan tiadalah dapat melawat saudara mara atau menyambut kenduri kendara pada hari itu. Padanya hari itu, naik motor untuk pergi kerja merupakan masalah, manakala naik kereta juga bakal menghadapi road block. Naik kenderaan awam pula entah dimana sangkutnya nanti.

Apa yang pasti lori lori tembak air akan menunggu dikawasan perhimpunan. Suka tak suka kena lari marathon, mata bakal pedih dan badan gatal gatal. Tang mana bersihnya aku tak tahulah....Orang kerja kerajaan tak apalah mereka boleh berhimpun ramai ramai dihari cuti tu, orang yang kerja swasta pula mampus mampuslah kerja dan siksa pergi dan balik kerja. Tidak pernah aku melihat perhimpunan yang aman walaupun disebut aman kecuali perhimpunan menghantar mayat ke kubur. Tidak ada pak haji dan pak lebai dapat mengawal perasaanya apabila dirasuk syaitan diperhimpunan aman......... Semua nak menjerit, semua mahu menceritakan keadilan dan keinginan...............

Saksikanlah jalan jalan raya yang lengang , aman dan bersih, kedai kedai ditutup tidak perlu berniaga. pelancong pelancong melarikan diri menyorok di dalam bilik....Pada hari itu banyak terdapat mangkuk mangkuk kosong terbiar tidak dibersihkan...........sampah sampah kian bertaburan


2 comments:

papa wakaka said...

Salam, Panglima Muda kalau sampah sarap dan pingan mangkuk tak dicuci tu nama nya kekotoran tak ada kebersihan kalau nak bersih juga kena lah cuci hari hari baru la bersih selalu. Opsssss!!! ni cite pasal Bersih yang lagi satu tu tak payah la pergi memang dah cukup bersih bandar Kuala Lumpur tu bikin semak je kat sini. Kalau nak buat juga buat la kat tempat lain contohnya kat Jambatan Pulau Pinang tu, kan sana tempat yang paling sesuai sebabnya ada Feri untuk ambil orang keseberang dan ia tidak menganggu orang ramai yang tidak berminat untuk menyertai Bersih Wasalam.

gadisBunga™ said...

bagi saya....nonsense!

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...