Followers

Wednesday, June 1, 2011

Bukan Salah Ibu Mengandung

Salam.............menceritakan kisah mahu ambik amah lagi dari negara jiran justeru kerana terlalu banyak permintaan dari sini. Benarkah begitu ? Kenapa orang orang disini enggan buat kerja AMAH tetapi sanggup jaga cucu di rumah. Orang disini tidak mahu kerja Amah untuk menjaga standard lagipun orang yang kerja amah itu boleh diperlakukan apa sahaja , bahkan seperti kadam moden. Jadi AMAH kena kerja 24 jam ? Hari minggu tidak ada cuti? Hari hari cuci pinggan mangkuk, jaga anak bos, jaga bini bos dan kena kuda dengan bos...Lagi... apa lagi berlaku ? Maka merekapun mula mencipta garis panduan agar tidak lagi wujud penginiayaan.... benarkah ?
Berapa pula kena bayar untuk dapatkan seorang amah ? RM 6,000/- ? Gaji amah pula berapa kena bayar ? Belum lagi sakit pening. Kerana itu amah itu akan mati mati kerja kerana majikan telah banyak mengeluarkan belanja. Aku dengar berita dari kenalan seorang pekerja kilang...............Gajinya cuma RM600.00, tolak ejen RM 200.00. Dia dapat cuma RM 400.00........ Di dalam hal ini siapa sebenarnya yang untung ? Mereka yang datang ke sini menyangkakan akan mendapat pendapatan yang lumayan tapi sebaliknya adalah penderitaan .

Ada juga orang disini, gajinya RM 1300..... kerja 12 jam  sehari. Cukup bulan cuma dapat RM 750.00 manakala selebihnya ejen ambil............... Salah siapa itu.................

Entah siapalah untung, mereka yang terdesak akan lari dari ejen , tanpa passport merayau rayau di dalam Malaysia dan terus menjadi penduduk yang tidak ada identiti. Hari ini kita nak ambil lagi orang orang mereka dari negara mereka..... Kita hanya menambah beban, yang ada pun akan beranak pinak, hidup dengan passport palsu, semakin semakin bertambah ..............kemudian membina persatuan yang kita bakal tak mampu menghalangnya......... Salah siapakah itu ?




2 comments:

papajahat.com@gmail.com said...

Salam,
Tu semua salah bapak juga, sebab
bapak pandai buat anak tapi tak
pandai jaga anak. Jadi jangan
salahkan para ibu sebab manusia
yang gatal pasti dapat apa yang
di ingini kalau tak dapat mula
la dia salahkan sana sini.
Aku pun papajahat tapi aku
tak buat benda yang bukan bukan.
Wasalam.

Panglima Muda said...

ibu ngandung otomatik