Followers

Sunday, June 26, 2011

Dijel, Denda Tidak Bawa MyKad

Dari surat khabar tersebutlah kisah


KLANG – Gagal membawa MyKad pada setiap masa bukan sahaja boleh menyebabkan anda dihukum denda atau penjara, malah, jika tidak bernasib baik, anda boleh dikenakan kedua-dua hukuman.

Itu yang terjadi kepada seorang kelindan lori, M Gobinah, 23.

Gobinah bukan sekadar didenda RM300 malah terpaksa meringkuk dalam penjara selama 10 hari selepas mengaku bersalah tidak membawa kad pengenalan di Kapar, di sini, kira-kira jam 12.45 malam, 20 Jun lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Shahrul Ekhsan Hasim mengikut Peraturan 25 (1)(n) Peraturan Negara 1990, boleh dihukum di bawah Peraturan 25 (1) Peraturan sama.

Mengikut Peraturan itu, seseorang yang gagal membawa MyKad pada setiap masa boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-dua sekali.

Ditanya Majistret, Azlinda Ahmad Sharif kenapa dia tidak membawa MyKad, Gobinah berkata kad itu hilang dua hari sebelum dia ditahan.

Gobinah, bagaimanapun, gagal menunjukkan laporan polis berhubung kehilangan MyKad miliknya itu.

Terdahulu, Gobinah mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memiliki 0.03 gram syabu di tempat, masa dan tarikh sama.

Azlinda membenarkannya diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan kes � disebut semula 25 Julai depan untuk laporan kimia.( sumber Sinar )


P/S........... Indon bawak photo copy passpot sebab ejen pegang original passport ... ok je..............mana mana boleh pergi dan boleh duduk makan makan dengan orang Malaysia...

2 comments:

hani@debumelukut said...

terima kasih kerana singgah di pondok buruk saya yg tak seberapa tu..saya sedang 'go thru' hasil tulisan di blog 'perjalanan pulang' ni..entah bila boleh khatam ni..

Panglima Muda said...

baca mana boleh, kekadang tertib kekadang melampau..