Followers

Sunday, July 31, 2011

Salah Hujan Merintik Malam

Salam.................... esok puasa tapi hari ini penuh dengan warna warna cerita......... Suatu hari seorang pemuda dari negeri Hang Tuah datang menemuiku. " Saya ada masalah sikit encik' katanya. Aku kata " ceritalah". 
" Perempuan saya tu dah 2- 3 bulan tak datang haid" katanya lagi. " Habis tu kau nak buat apa ?" tanya aku kepadanya. " Ni lah saya datang nak tanya pendapat " jawabnya dalam keresahan. " Kau jadi bapak ajalah" kataku berloroh. " Akupun suka nak tahu macam mana boleh terjadi " tanyaku lagi.

Menurut ceritanya pada hari itu dia bersembang dengan perempuan indon yang tinggal di hujung kampongnya. Pastilah perempuan itu cantik. Dengan takdir Allah turunlah hujan dengan lebatnya menyebabkan mereka masuk bersembang di dalam rumah. Waktu itu hari sudahpun malam dimana minah indon itu tidaklah dapat pulang kerumah. Maka si mamat ini mempelawa minah indon ini tidur sahaja diatas katil , manakala mamat itu tidur dibawah sahaja bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
 
Waktu tengah malam itu hujan turun dengan lebatnya dan keadaan begitu dingin sekali, secara kebetulan bumbung tempat pemuda itu tidur terdapat kebocoran. Air menitik menitik ke mukanya sehingga menyebabkan dia sukar tidur. Untuk mengelakkan dia basah berterusan akhirnya dia naiklah tidur disebelah minah indon itu . Kesejukan makin bertambah memaksa mereka memanaskan badan dan akhirnya...............

Hari itu dia betul betul tidak sangka boleh jadi begitu... Nampaknya hujan benar benar bersalah di dalam perkara ini. Akhirnya aku suruh dia kahwin sahaja dan jangan salahkan sesiapa. Begitulah rezeki dia.......

gambar hiasan



Ramadan Datang Lagi

Ramadan kau datang lagi
menjemput cinta dan rinduku
membelai belai perasaanku
memanjangkan munajatku

Ramadan
Kau menyatukan aku lagi
dengan benih kasih dan cinta
dan juga air mata
kerana kebahagiaan itu adalah milik pencipta

Ramadan kupanjatkan syukurku
mencari keredaan tuhan
mohon keampunan
kerana dosa dosa lalu kian melimpah............


Ramdan ...............kian hampir

Ramadan....... kami tidak berupaya berdiri

Saturday, July 30, 2011

Matamu Si Bidadari

Salam..............“mereka bertelekan di atas dipan-dipan berderetan dan Kami kawinkan mereka dengan bidadari-bidadari yang cantik bermata jeli.” (Surah Ath-Thuur [52]: 20)

Dua minggu lalu aku ke Melaka kerana ada urusan di Kuala Sungai Baru. Dapatlah aku melihat pemandangan di tepi laut, ombaknya menggulung gulung kecil, membuai perahu nelayan yang berlabuh di tepian. Anginnya sepoi sepoi bahasa dan pastinya bait bait cinta dan kehidupan dapat diluahkan. Dan disana itu ada sebuah kedai makan dimana kami disambut oleh seorang gadis kecil yang mempunyai mata yang cantik Subhanallah, bukan kerana gejolak nafsu tapi matanya memang sungguh cantik. Itulah anugerah Allah SWT kepadanya yang mana sukar dimiliki oleh orang lain.

Hari ini aku melihat lagi  seorang gadis yang cantik , seorang gadis Thailand datang ke Kuala Lumpur untuk melawat. Tetapi sayang sekali kecantikan kepada wajah bukanlah dapat disamakan dengan hati dan peribadi dalamannya. Bukan sahaja akidahnya bertentangan tapi kelakuan buruknya mencacatkan pandangan

Dan janganlah kamu nikahi wanita-wanita musyrik, sebelum mereka beriman. Sesungguhnya wanita budak yang mukmin lebih baik dan wanita musyrik, walaupun dia menarik hatimu. Dan janganlah kamu menikahkan orang-orang musyrik (dengan wanita-wanita mukmin) sebelum mereka beriman. Sesungguhnya budak yang mukmin lebih baik dari orang musyrik walaupun dia menarik hatimu. Mereka mengajak ke neraka, sedang Allah mengajak ke surga dan ampunan dengan izin-Nya. Dan Allah menerangkan ayat-ayat-Nya (perintah-perintah-Nya) kepada manusia supaya mereka mengambil pelajaran ". (Al-Baqarah: 221

Wednesday, July 27, 2011

Kentot Si Pemalu

Salam............suatu ketika di sebuah rumah, ketika semua ahli keluarga berkumpul bersembang panjang. Salah seorang dari anak dara yang duduk telah terkentut dengan kuatnya. Amat luar biasa sekali kerana kebiasaanya anak dara amat kemalu- maluan sekali. Dia kelihatan berasa amat malu kepada para tetamu dan kemudian pergi ke bilik air mencuci sesuatu dan masuk semula  ke dalam kumpulan itu lagi.

Begitulah orang melayu yang dilahirkan dalam sifat malu walaupun kepada perkara perkara yang baik. Pernah disuatu ketika aku disuruh oleh ibuku ke pasar membeli ikan dan waktu itu aku berasa malu membawa ikan yang berbau itu pulang ke rumah. Pada hari ini terdapat mereka mereka yang termengandung manakala bapa kepada bayi itu malu membuat pengakuan bahawa bayi yang dikandung adalah anaknya. Jelasnya malu ini bakal merobek robek maruah manusia sehingga manusia tidak berdaya menahan kemaluan itu.

Pada hari ini juga banyak orang malu mengaku bodoh dan cuba membuat kerja memandai mandai. Kebodohan mereka amat jelas dilihat setelah diperlihatkan kerja pandai mereka yang bodoh itu. Jika ada suasana malu yang baik  seperti waktu dahulu maka negara ini tidak perlu kepada lampu isyarat, tidak perlu kepada Polis dan JPJ kerana semua orang akan mengikut peraturan dan sopan. Rasa malu sudah cukup mendidik orang berugama tapi awas jangan terlalu tersipu sipu......................

gambar hiasan

Semalam

Salam.... semalam mesyuarat MAH....



Macam macam cerita ada.............................

Tuesday, July 26, 2011

Cinta Gersang

Salam............... Hari ini cerita lain pulak..... kisah tok empat muda di Hulu Selangor. Semenjak dari sekolah rendah aku dihantar mengaji di rumah tok empat. Belajar dengan emakbapak sendiri memang slow sangat. Dari alif , ba, ta kena mengeja sampailah ke Alfatihah dan 4 Qul dan seterusnya. Siksa sangat dan tal macam budak budak sekarang mengggunakan sistem Iqraq. 

Datok empat ini mengajar mengaji sahaja sehinggalah disatu hari aku dan anak tok empat diserang oleh sekumpulan pemuda di Batang Kali. Puncanya adalah anak datok empat ini sudah mengorat kekasih orang. Kalaulah budak perempuan itu tidak melayan, pastilah tak jadi semua ini. Anak tok empat ini kena tumbuk dibibirnya sehingga berdarah. Berita kejadian itu sampailah ke telinga datok empat itu menyebabkan kami berdua dipanggil mengadap. Waktu itu barulah datok empat mahu mengajar ilmunya kepada kami yang bengap ini. Berbalik kepada pemuda yang memukul itu rupa rupanya adalah dari kumpulan silat yang sama tetapi berlainan tempat dan guru. Akhirnya berdamailah kami semua setelah kena penumbuk sekali. Beberapa tahun kemudian ketikanya aku bekerja di Bukit Bintang, aku telah terjumpa budak perempuan itu sekali lagi. Kali ini dia sedang bercinta dengan seorang pemuda lain dan membuat pertemuan di dalam tempat permainan bowling. Jadinya , anak tok empat dan juga pemuda yang memukul anak tok empat itu sama samalah  tidak dapat budak perempuan itu. Anak datok empat setelah habis sekolah  bekerja sebagai askar dan kemudian berkahwin. Isterinya dengar kabarnya boleh menjadi mak andam dan bidan dan seterusnya menjadi tukang mandi mayat wanita. Setelah berhenti askar anak datok empat itu pulang ke kampung dan berkhidmat di masjid. Kini dia jadi tok empat muda di sana manakala aku pula masih terapung terapung di tempat orang

Apa yang aku sebutkan disini dan sebelum ini bukannya hendak menunjuk nunjuk pandai tetapi kehidupan waktu lalu memang begitu. Pemuda mudanya pada waktu bukan sahaja mengaji quran tapi juga belajar ilmu ilmu orang melayu, tidak kurang juga mendalami ilmu agama. Tidak seperti anak anak muda sekarang, hanya menang pada soraknya tapi isinya kosong, berani ketika beramai ramai, menikam dari belakang, menjual bangsa dan ugama dan akhir sekali mengkhianati keluarga sendiri.  Tapi tok sah gaduh pasal perempuan , malu oiii...bunga bukan sekuntum.....langau bukan seekor............


gambar hiasan

Monday, July 25, 2011

Jurus Batin

Salam............Petang itu aku berjanji dengan Hj. Tan kerumahnya di Batu 9 Cheras. Tidak ada siapapun  dirumah itu kecuali anak dan isterinya. Selepas maghrib Hj. Tan menyediakan minyak kelapa hijau yang dipanaskan di dalam kuali. Aku melihat minyak itu panas membuak buak dan bahang kehangatan kuali itu dapat dirasakan. . Hj. Tan menyuruh aku menyeluk tangan ke dalam kuali yang berbahang itu . Aku merasa ngeri walaupun dia dengan selamba mengayuh tangan bermain main dengan minyak panas. Siapapun pasti akan takut melecur kerana terkena minyak panas.

Kengerian aku dipatahkan Hj. Tan dengan akalnya. Dia bertanya ' adakah kau percaya kepada tuhan dan alquran ?" Aku jawab "percaya" " Kalau begitu kepanasan minyak ini tidak akan membinakan engkau tanpa izinnnya Allah' katanya lagi. Dia menarik tanganku dan mencelupkan kedalam minyak yang menggelegak. Sungguh tidak di sangka, tidak ada kepanasan disitu kecuali rasa suam sahaja. Beliau melumurkan minyak panas ke seluruh tubuhku dengan tanpa sebarang kesan menakutkan. Sesudah itu dia menyuruh aku duduk di tengah tengah rumahnya sambil menjurus dari jarak yang jauh. " Inilah ilmu jurus " katanya. " Tentu kau dapat merasakan kepanasannya di dada kamu apabila kebatinan jurus itu menikam kamu" katanya lagi.

Setelah selesai mandian itu aku pun terus pulang ke rumahku di Ampang. Sampai dirumah aku melihat kakakku sedang menggoreng ikan di dalam kuali. Kali ini aku mencuba sendiri membalik balikkan ikan dengan tanganku dengan keadaan berani. Ianya benar dan berlaku. tidak ada kesan apa apa pun. Rupa rupanya inilah ilmu kebal orang orang melayu yang terdahulu yang disebut orang tidak putus ditetak, tidak terbakar oleh api. Pada zaman sekarang entah ada entahkan tidak............

Setahun kemudian aku jatuh sakit dengan tiba tiba selama 3 bulan............ Abangku telah berjumpa dengan Hj. Tan, meminta menarik balik segala ilmu ilmu batin yang kupelajari. Hj Tan telah mengirimkan sebotol air yang telah direndamkan dengan tasbih. Sebaik sahaja air itu diminum , tubuh badan berasa berlainan, kedua dua tangan bergegar dan berdenyut . Aku ingat cerita melayu itu pembohong tapi kebenaranya kulihat jua dan terjadi kepada diriku. Bukan mudah mengeluarkan sesuatu yang sudah lama bertapak di dalam badan........

Kesimpulannya, janganlah bermimpi untuk jadi orang kuat dan buatlah sesuatu yang mampu ditanggung oleh badan. Sujudlah kepada tuhan yang maha esa




gambar hiasan

Sunday, July 24, 2011

Di tengah Belantara

Salam.....................Pernah diketika malam yang menggusarkan, sang cengkerik bersahut sahutan, sedangkan nyamuk bertebangan menyanyi nyanyi di cuping telinga. Malam yang dijanjikan, kami semua bertemu di gelanggang itu. Berpandukan api pelita empat penjuru kami menari narikan tarian silat mega itu. Sekali sekali terdengar suara Man bercakap lantang. Tidak kelihatan siapa pun disana tapi kami tahu pasti Tun atau panglima bugis disana . Tun memang suka datang memberi nasihat sedangkan panglima tidak henti henti dengan kegarangannya. Kadang kadang kala panglima memang tidak puas hati kerana langkah kami menampakkan sumbang. Seringkali diperbetulkan dan seringkali kami juga merasa risau melihat keris tumbuk abang man. Manalah tahu, tiba tiba hinggap dimasa kami tidak sempat mengelak.

Baju hitam dipakai selalu dibasahi keringat, 44 hari pelajaran misti dihabiskan dengan jayanya walaupun di tengah hutan banat itu yang sangat kelam. Sekali sekala tercium bau minyak urat yang sangat kuat. Pastilah orang tua itu datang melawat kami lagi kerana baunya semakin hampir, cuma tidak kelihatan oleh mata kasar.Kalau ditamparnya , pastilah kena , ditambahi pula mulut mulut kami yang celupar. Dimanakah si puteri gunung ledang ? Sudah lama tidak datang dengan minyak wangi harum semerbak. Pernah aku meminta kepadanya tetapi tidak diberi dan sehinggalah usia setua ini dia tidak muncul muncul.................... bersambung


..............

Saturday, July 23, 2011

Waktu Petang Ketika Hujan Lebat

Salam..... waktu petang bukan sahaja boleh main laptop tapi juga makan makan...................



Rindu Di Tengah Malam

Salam............. bulan puasa hampir tiba. Beberapa hari sudah mengajar badan bangun malam malam. Punyalah liatnya... Dah bangun dah tenguk jam .... aahhh baru pukul dua pagi... tidur balik dengan harapan boleh bangun pukul 3.00 pagi.... Tau tau dah subuh..... Dapatlah pahala niat saje......................

Bukanlah senang untuk bangun malam, bukanlah senang nak mengajar tubuh yang malas ini. Bangun tenguk bola boleh pulak tapi bangun untuk solat malam rasanya badan macam dihempap dengan batu besar. Berat betul, nak kusyuk tu lagilah jauh panggang dari api..... Hidup tak usahlah pura pura............................

MainTembak Tembak

Salam........... dua hari tak entry... tengah cari idea ni... nak tulis cerita lama.... tapi lupa lupa ingat. Hari tu kat tv aku ada tenguk bebudak main leletop... Tau tak apa dia.?.. alahai senapang buluh tu dan pelurunya buah cenderai atau putik jambu pun boleh. Sakit kalau kena oii. Kalau tak ada peluru pakai surat kabar basah pun boleh. Lagi panjang buluhnya lagi jauh perginya peluru tu. Kalau kena mata, sendiri mau ingatlah................


Thursday, July 21, 2011

Sahabat Di Alam Ghaib

Salam .................. pagi pagi orang rumah menyeluk peti surat di hadapan pagar rumah. Satu risalah berkenaan perubatan islam berserta doa dan alamat ustaz terbabit berada di sana. " agaknya bayaran tentu mahal " kata orang rumah. " tak, ikhlas hati kut " jawabku. " Awak cakap macam perli aja" katanya lagi. " Jangan jangan orang letak risalah ni sebab perangai anak kita jahat dan nak suruh diubat " katanya lagi. Inilah kisahnya orang perempuan dan mungkin ada banyak lagi contoh yang boleh kita lihat.

Inilah zaman moden, bukan sahaja pengamal perubatan menggunakan papan iklan tapi juga internet dan tidak kurang juga main letak letak dalam peti surat. Kalau kita mempertikaikan ilmunya nanti ada pula yang tersinggung. Yang betul mengusahakannya pun ada dan yang tak betul pun banyak. Yang bertanggung jawab terhadap pesakit paling tak banyak.

Aku ini tidaklah pandai pasal ubat mengubat sebab kebanyakkan ubat dihospital menggunakan tablet dan kapsul. Ubat pakai jampi dan doa ni payah nak cakap sikit kecuali kita ada nama pangkat dan sebutan atau pernah masuk majalah dan buku buku hantu yang kecik kecik tu.

Semasa arwah guru aku masih hidup lagi sempat juga aku bertanya. Dia kata pengamal perubatan ini berdasarkan keturunan tak kiralah jadi tok bomoh atau ustaz. Kalau jadi tok bomoh dan ustaz terkejut terkejut ni tak usah cari pasallah.......... Kenapa dia cakap macam tu ya ?

Rata rata orang orang kita bukanlah duduk masjid sepanjang masa, bukan berbueh berzikir semata mata, apa sahaja di depan mata dia orang balun. Makan minum tidak dijaga, pakaian tidak dijaga, nafsu tidak dijaga, perbuatan tidak dijaga, puasa hanya bulan ramadan jadi kalau mengubat tu lupakanlah. Bukan tak boleh,  tapi doa banyak yang tertahan, ruang kosong banyak pada diri, nanti hantu tu tendang , tak pasal pasal tergolek.

Jalan ringkas pengamal perubatan adalah mencari sahabat di alam ghaib. Tak kira hantu setan atau jin kafir dan islam. Mereka ini menjadi penyelamat, benteng yang kuat untuk siang dan malam. Tiap kerja mistilah ada upahnya mengikut janjinya..........................................................

Bagaimana pula dengan ustaz ustaz yang sedia ada ini ? Dengar sahajalah doanya, bacalah apa yang dia suruh dan jangan lupa hulurlah sikit sikit semasa kau orang balik. Sikit kau bagi, sikitlah kau dapat, banyak kau orang banyaklah kau orang dapat, itu pun kira nasiblah...........sebab tak ada janji , tak ada jaminan dan yang ada cuma perkataan insyallah. Kalau kau orang tak percaya, nanti orang cakap tak percaya tuhan pulak.

Tapi ada orang pernah tenguk ustaz tu keluarkan jin dari badan pesakit. Tarik sana, tarik sini, jin takut dan lari keluar......................Senang bunyinya, nak halau orang di penempatan rumah haram bukannya senang, korang kena bagi rumah dulu barulah mereka mau keluar, itupun ada yang degil. Kalau setakat halau halau ayam , buat penat ajalah


gambar hiasan

Walaubagaimana pun, usaha itu tangga kejayaan, merajuk kepada yang kasih, merindu kepada yang sayang. Jangan bertepuk sebelah tangan, jangan bermimpi di siang hari dan jangan kena tipu.................

Wednesday, July 20, 2011

Rumah Ayam Terbakar

Salam................ Kebakaran di Chow Kit, rumah ayam jam 1215 tengahari....saksikanlah kekalutan waktu makan itu...






Inilah api waktu kecil menjadi kawan dan sudah besar menjadi lawan. Waktu makan tengahari , pasukan bomba meninggalkan waktu makannya. Sesudah selesai kerja itu siapa yang mahu belanja makan ? Tuan kedai ? Apakah niatnya ? Mau buat tuntutan insuran ?... Yang pastinya ini rumah pelacuran yang masih bebas dengan aktiviti

Tuesday, July 19, 2011

Membersih Lumut Di Longkang

Salam............Sana sini riuh rendah dinegeri parti pembangkang menimbulkan berbagai kes khalwat, sumbang mahram, buang anak dan sebagainya . Orang orang yang melakukan kerja itu pastilah berkopiah, bertudung apabila hadir ke makhkamah dan juga pakai spek hitam bila kes cerai berai. Tiadalah cerita menarik selain dari cerita rumahtangga orang dan habis diselak selak kain sampai ke pangkal peha. Kalau di kampung kampung tentulah semakin hebat kerana cerita cerita memalukan itu bukan sahaja berangkai rangkai di kedai kedai dan pasar tetapi juga di tangga tangga surau dan masjid. Banyak bercakap hal orang tetapi tidak banyak yang  mahu mencegah..............

Saya pernah bertanya kepada seorang kawan saya iaitu seorang pegawai polis berbangsa China, beliau berpendapat bahawa pelacuran tidak dicegah demi untuk mengelakan gejala sumbang mahram dan rogol. Benarkah ? Bagi saya itu cuma satu pendapat dan tidak mewakili mana mana pihak. Sebenarnya orang orang yang tinggal di bandar lebih bebas dan sangat mudah melanggani pelacur. Tidak ada siapa yang akan membuka mulut, apatah lagi jika tinggal dihotel hotel besar. Ramai juga wanita wanita di bandar menyakini bahawa suami mereka orang baik baik dan sangat sayangkan isteri tetapi tidak mengetahu disebaliknya itu. Rasuah juga bukan berupakan wang tetapi juga wanita. Taukeh taukeh yang kaya raya akan merasuah dengan menggunakan wanita kerana "rasuah" itu tidak dapat dilihat di dalam akuan bank. Kepuasan memanjat tangga tangga bangunan ini memang meredakan kes rogol dan menjadikan suami taat kepada isterinya yang satu. Dinegara barat, ada terdapat para isteri menyediakan pelacur kepada suaminya dan dengan ini suaminya akan berada disisinya selalu.

Bagaimana pula di kampung kampung ? Disana adalah tempat orang baik baik, tempat orang beribadah dan rasa malu tehadap jiran tetangga tehadap masyarakat menyebabkan kerja kerja maksiat tersekat. Namun begitu di dalam senyap , perkara ini berlaku juga. Bukan sahaja menjadi haruan yang makan anak, tetapi juga memanjat kerumah janda janda yang gersang. Bertambah pula banyak keluaran prodak tongkat Ali, bahan makanan yang memberangsangkan dan tentu sekali tidak karuan mana tujunya............... Bagaimana harus mencegahnya............................ 

Bukankah orang pernah berkata, jangan mengubah sesuatu yang azali.............. Sepertinya memutar bumi dari barat ke timur maka terjadilah kiamat............. Pada hari ini manusia mahu mengubah ketentuan tuhan dan rasakanlah kecelakaan itu..................


gambar hiasan

Monday, July 18, 2011

Jiran Melayu


Salam......... Hidup ini bermusim juga sepertinya musim buah. Begitulah kita walaupun satu rumah. Adakalanya sang isteripun pandai berkata " Banyak orang cakap, orang perhimpunan bersih tu jalan sahaja, polis yang kacau tak bagi jalan dan tembak dengan gas pemedih mata "

Itulah kata kata yang aku dengar penamat bagi "musim" ini. Kata kata yang boleh dijawab dengan banyak kefahaman dan pembetulan...............Ada satu cerita yang tidak kena mengena dengan kisah itu....................

10 tahun yang lalu aku tinggal bersama keluargaku di Desa Jaya Kepong. Disebelah kananku adalah jiran berbangsa India manakala disebelah kiri pula adalah jiran berbangsa China. Jiranku berbangsa India ada membela anjing yang saban hari memekak dengan jeritannya. Manakala jiranku berbangsa China pula adalah seorang taukeh daging babi. Sekian lama tinggal disitu, tidaklah pernah kami semua bergaduh atau bertengkar. Hidup berjiran begini sangatlah baik kerana mereka juga suka saling bantu membantu. Pernah juga rumah jiran terbakar, semua penduduk disitu dan jiran sederet itu datang membantu. Berdekatan dengan rumah kami juga terdapat kuil penganut hindu dan apabila tiba sahaja musim perayaan dan ibadat kaum hindu, kami dapat melihat dengan jelas dihadapan mata. Jika mereka mahu mengadakan jamuan besar, mereka akan memberitahu kami dan minta maaf  kerana gangguan bunyi bising.

Pada suatu hari , jiran china kami pun berpindah kerana rumah yang mereka duduki telahpun dijual. Satu keluarga melayu telah datang berpindah kesitu. Mereka memperbaiki rumah itu dan membena sebuah rumah yang lebih besar bersama temboknya. Pagar rumah yang selapis telah menjadi 2 lapis. Pada suatu hari datang 2 orang pegawai MPS kerumah kami, mereka datang mengambil gambar ayam serama peliharaan kami. Ayam tersebut dibela bukannya untuk dimakan tapi untuk mainan anak anak yang masih kecil . Pegawai MPS itu berkata bahawa kami tidak boleh membela ayam dikawasan taman. Heran juga, kalau orang India boleh membela anjing tidak berlesen dikawasan taman, mengapa orang melayu tidak boleh membela ayam serama walaupun 2 ekor ? Aku pasti dialah mengadu ke MPS.............................Aku merasa tersinggung, ayam serama itu dihantar ke pasar untuk disembelih dan kemudian dimasak tetapi tidak siapapun dari anak anak yang mahu memakannnya. 

Pada suatu hari jiran yang sama mengadu lagi bahawa ikannya dicuri oleh kucing peliharaan aku dan aduan itu bukanlah sekali tetapi telah berkali kali. Akhirnya kucing itu aku buangkan ke Pasar Borong Selayang. Puaslah hatinya.........tak akan kucing bodoh tidak mahu ikan yang dibiarkan di tepi tingkap.... Simpanlah ikan dalam almari................ Anak aku menangis kerana kucingnya dibuang disebabkan jiran yang tidak tahu menjaga ikan.... Beberapa bulan kemudian kucing yang aku buang itu kutemui  di pasar borong, bila dipanggil dia tahu 'suara ' tuannya. Tapi kali ini dia sudah senang sebab dapat makan ikan yang banyak di Pasar Borong.

Kesimpulannya disni menunjukan betapa cerewetnya orang kita, merosakkan hati jiran dan kita perlu bersabar kerananya. Bagaimanakah orang orang sebegini dapat kita ajak bersatu dalam perjuangan . Mungkin kita perlukan mereka untuk kenduri kahwin dan kematian....................................





Saturday, July 16, 2011

Anugerah


Diantara masa dilalui,
hayalan menyampaikan salam
benar berlaku disana
tentang kau nantikan itu

Malam yang panjang,
kau kurindui disini
hadirlah bersamaku
melihat hari esok penuh ranjau.....................

Kisah Semalam

Salam............semalam di Rawang dan betul betul jalan masuk ke Tesco




Lori mati injen, trafik light hancur, jalan masuk ditutup oleh badan lori...........tapi orang kat sana relax je......masih enak shopping..................................... boleh beli cincin juta juta

Thursday, July 14, 2011

Khalwat Dinegeri Bulan Mengambang Bersih 4.0

 aku petik dari tok kiyai............


gambar hiasan


[HM] ALOR SETAR: Helah seorang lelaki konon dia bersama isterinya menyewa bilik sebuah motel di Jalan Suka Menanti, di sini, bagi mengelak dicekup berkhalwat tidak menjadi apabila wanita itu sebenarnya adalah kakak iparnya.

Lelaki berusia 30 tahun itu mulanya memberi alasan mereka mempunyai surat nikah, namun selepas siasatan terhadap wanita berusia 32 tahun itu mendapati kenyataan mereka bercanggah dan cuba menipu anggota penguat kuasa.

Dalam serbuan jam 4.45 petang kelmarin, sepasukan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Kedah (Jaik) menyerbu premis berkenaan selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan maksiat yang berlaku.

Lelaki berasal dari Myanmar dan beragama Islam itu memberi alasan membawa wanita itu menyewa bilik itu hanya untuk mandi sebelum pergi melawat isterinya yang baru melahirkan bayi lelaki di Hospital Jitra (HJ).

Pegawai Penguat kuasa Jaik, Mohd Khairil Naim Johari berkata, sepasukan anggota Jaik yang tiba di motel itu kemudian membuat pemeriksaan dan mendapati sebuah bilik di tingkat bawah motel itu berkunci daripada dalam.

Beliau berkata, selepas mengetuk pintu dan memberi salam, seorang lelaki yang hanya bertuala membuka pintu kira-kira 10 minit kemudian dan terkejut melihat kehadiran anggota penguat kuasa di luar bilik disewanya.

“Pemeriksaan lanjut menemui seorang wanita yang menyorok dalam bilik dan tergesa-gesa memakai pakaian dalam keadaan ketakutan.

“Hasil soal siasat, wanita itu mendakwa dibawa lelaki berkenaan ke motel itu untuk melihat adik perempuannya yang juga isteri lelaki itu yang baru melahirkan anak manakala lelaki itu memberi alasan wanita itu sebagai isterinya,” katanya. 
P/S... Tolong Bersihkan kemaluan ini....







Tuesday, July 12, 2011

Edisi yang sangat Bersih.................aman dan sejahtera dari sebarang kekacauan.................

 sendiri jalan... kedai makan tutup

 ada pakai jaga bangla

 Semua orang sangat happy.....

 Boleh tidur tengah jalan

 taukeh taukeh boleh sembang panjang


 staff relax makan makan



 Lanrover polis berkejaran


Tak nampak apa apa pun... bangunan pas orang tak pakai pun

Monday, July 11, 2011

Bas Pelancong Malaysia

Salam........Industri pelancongan adalah juga untuk " duit masuk " bagi sesebuah negara. KL pun begitu sebenarnya dimana hari hari ada sahaja pelancong. Dihari perhimpunan bersih sabtu lalu bagaimankah rupanya pelancong pelancong itu ?


mereka menunggu bas dan teksi tapi tarak

Bagaimanakah pula nasib bas bas pelancong yang parking ditepi tepi jalan menunggu pelancong keluar dari hotel waktu pagi ?
 

Seawal pagi mereka semua bertolak keluar KL dan bagi pemandu pemandu bas pelancong berisiko menghadapi saman kerana parking ditepi jalan jalan.... .............. Kalau begitu tak usah panggil pelancong datang ? Dimana pula hendak diletakkan bas......Ini bukan bus stand puduraya

Warna Warna

Salam............ hidup sebagai pemerhati bukannya tidak berjuang. Tuduh menuduh bukanlah jalan yang baik untuk menyelesaikan masalah. Baik warna kuning atau warna merah hijau dan biru adalah serumpun. Kulit bertemu kulit, sakit bersama sakit. Masing masing melaungkan kebenaran masing masing sedangkan warna hitam dan lebam adalah penghujungnya menjadi Raja dan Sultan.

Apa ertinya jadi pak kaduk, ayam menang kampung tergadai. Penat lelah seharian menjerit, bermandi bunga dan berasap kemenyan adakah membawa erti lagi ............... Ada orang berkata bersusah susah hari ini adalah untuk kesenangan hari esok. Benarkah ? Akan datangkah lagi gombolan kuning dengan bala tentera yang lebih besar mahu menempa sejarah menukar tampuk pemerentahan yang sedia ada ?

Perlu diingat baik kuning merah dan biru, kesibukan hari ini tidak bererti andainya semua orang terlupa bahawa gombolan gombolan tua ini akan mengakhiri kehidupannnya, didiklah anak muda dengan semangat juang untuk menegakkan negara dihari esok



Saturday, July 9, 2011

Selamat Bercuti dan Bersih

Salam .... macam mana hari ini


Jam 7.30 pagi masih menarik...........................................................


Tapi sekarang lagi sunyi sepi.................. pukul 10.00 pagi


i