Monday, July 18, 2011

Jiran Melayu


Salam......... Hidup ini bermusim juga sepertinya musim buah. Begitulah kita walaupun satu rumah. Adakalanya sang isteripun pandai berkata " Banyak orang cakap, orang perhimpunan bersih tu jalan sahaja, polis yang kacau tak bagi jalan dan tembak dengan gas pemedih mata "

Itulah kata kata yang aku dengar penamat bagi "musim" ini. Kata kata yang boleh dijawab dengan banyak kefahaman dan pembetulan...............Ada satu cerita yang tidak kena mengena dengan kisah itu....................

10 tahun yang lalu aku tinggal bersama keluargaku di Desa Jaya Kepong. Disebelah kananku adalah jiran berbangsa India manakala disebelah kiri pula adalah jiran berbangsa China. Jiranku berbangsa India ada membela anjing yang saban hari memekak dengan jeritannya. Manakala jiranku berbangsa China pula adalah seorang taukeh daging babi. Sekian lama tinggal disitu, tidaklah pernah kami semua bergaduh atau bertengkar. Hidup berjiran begini sangatlah baik kerana mereka juga suka saling bantu membantu. Pernah juga rumah jiran terbakar, semua penduduk disitu dan jiran sederet itu datang membantu. Berdekatan dengan rumah kami juga terdapat kuil penganut hindu dan apabila tiba sahaja musim perayaan dan ibadat kaum hindu, kami dapat melihat dengan jelas dihadapan mata. Jika mereka mahu mengadakan jamuan besar, mereka akan memberitahu kami dan minta maaf  kerana gangguan bunyi bising.

Pada suatu hari , jiran china kami pun berpindah kerana rumah yang mereka duduki telahpun dijual. Satu keluarga melayu telah datang berpindah kesitu. Mereka memperbaiki rumah itu dan membena sebuah rumah yang lebih besar bersama temboknya. Pagar rumah yang selapis telah menjadi 2 lapis. Pada suatu hari datang 2 orang pegawai MPS kerumah kami, mereka datang mengambil gambar ayam serama peliharaan kami. Ayam tersebut dibela bukannya untuk dimakan tapi untuk mainan anak anak yang masih kecil . Pegawai MPS itu berkata bahawa kami tidak boleh membela ayam dikawasan taman. Heran juga, kalau orang India boleh membela anjing tidak berlesen dikawasan taman, mengapa orang melayu tidak boleh membela ayam serama walaupun 2 ekor ? Aku pasti dialah mengadu ke MPS.............................Aku merasa tersinggung, ayam serama itu dihantar ke pasar untuk disembelih dan kemudian dimasak tetapi tidak siapapun dari anak anak yang mahu memakannnya. 

Pada suatu hari jiran yang sama mengadu lagi bahawa ikannya dicuri oleh kucing peliharaan aku dan aduan itu bukanlah sekali tetapi telah berkali kali. Akhirnya kucing itu aku buangkan ke Pasar Borong Selayang. Puaslah hatinya.........tak akan kucing bodoh tidak mahu ikan yang dibiarkan di tepi tingkap.... Simpanlah ikan dalam almari................ Anak aku menangis kerana kucingnya dibuang disebabkan jiran yang tidak tahu menjaga ikan.... Beberapa bulan kemudian kucing yang aku buang itu kutemui  di pasar borong, bila dipanggil dia tahu 'suara ' tuannya. Tapi kali ini dia sudah senang sebab dapat makan ikan yang banyak di Pasar Borong.

Kesimpulannya disni menunjukan betapa cerewetnya orang kita, merosakkan hati jiran dan kita perlu bersabar kerananya. Bagaimanakah orang orang sebegini dapat kita ajak bersatu dalam perjuangan . Mungkin kita perlukan mereka untuk kenduri kahwin dan kematian....................................





3 comments:

Rean said...

kelemahan org kita..

Unknown said...

melayu mudah lupa asal usul..

perjalanan pulang said...

begitulah adanya

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...