Followers

Monday, July 25, 2011

Jurus Batin

Salam............Petang itu aku berjanji dengan Hj. Tan kerumahnya di Batu 9 Cheras. Tidak ada siapapun  dirumah itu kecuali anak dan isterinya. Selepas maghrib Hj. Tan menyediakan minyak kelapa hijau yang dipanaskan di dalam kuali. Aku melihat minyak itu panas membuak buak dan bahang kehangatan kuali itu dapat dirasakan. . Hj. Tan menyuruh aku menyeluk tangan ke dalam kuali yang berbahang itu . Aku merasa ngeri walaupun dia dengan selamba mengayuh tangan bermain main dengan minyak panas. Siapapun pasti akan takut melecur kerana terkena minyak panas.

Kengerian aku dipatahkan Hj. Tan dengan akalnya. Dia bertanya ' adakah kau percaya kepada tuhan dan alquran ?" Aku jawab "percaya" " Kalau begitu kepanasan minyak ini tidak akan membinakan engkau tanpa izinnnya Allah' katanya lagi. Dia menarik tanganku dan mencelupkan kedalam minyak yang menggelegak. Sungguh tidak di sangka, tidak ada kepanasan disitu kecuali rasa suam sahaja. Beliau melumurkan minyak panas ke seluruh tubuhku dengan tanpa sebarang kesan menakutkan. Sesudah itu dia menyuruh aku duduk di tengah tengah rumahnya sambil menjurus dari jarak yang jauh. " Inilah ilmu jurus " katanya. " Tentu kau dapat merasakan kepanasannya di dada kamu apabila kebatinan jurus itu menikam kamu" katanya lagi.

Setelah selesai mandian itu aku pun terus pulang ke rumahku di Ampang. Sampai dirumah aku melihat kakakku sedang menggoreng ikan di dalam kuali. Kali ini aku mencuba sendiri membalik balikkan ikan dengan tanganku dengan keadaan berani. Ianya benar dan berlaku. tidak ada kesan apa apa pun. Rupa rupanya inilah ilmu kebal orang orang melayu yang terdahulu yang disebut orang tidak putus ditetak, tidak terbakar oleh api. Pada zaman sekarang entah ada entahkan tidak............

Setahun kemudian aku jatuh sakit dengan tiba tiba selama 3 bulan............ Abangku telah berjumpa dengan Hj. Tan, meminta menarik balik segala ilmu ilmu batin yang kupelajari. Hj Tan telah mengirimkan sebotol air yang telah direndamkan dengan tasbih. Sebaik sahaja air itu diminum , tubuh badan berasa berlainan, kedua dua tangan bergegar dan berdenyut . Aku ingat cerita melayu itu pembohong tapi kebenaranya kulihat jua dan terjadi kepada diriku. Bukan mudah mengeluarkan sesuatu yang sudah lama bertapak di dalam badan........

Kesimpulannya, janganlah bermimpi untuk jadi orang kuat dan buatlah sesuatu yang mampu ditanggung oleh badan. Sujudlah kepada tuhan yang maha esa




gambar hiasan

3 comments:

Hanis MY said...

nauzubillah... betul tu hanya pada Allah yang maha esa...

pCL [p@kcikLie] said...

untuk apa sebenarnya kekuatan itu jika merana akhirnya...

Panglima Muda said...

Kita belajar melalui kesilapan... yang pastinya saya telah meninggalkan kerja merepek itu