Thursday, July 21, 2011

Sahabat Di Alam Ghaib

Salam .................. pagi pagi orang rumah menyeluk peti surat di hadapan pagar rumah. Satu risalah berkenaan perubatan islam berserta doa dan alamat ustaz terbabit berada di sana. " agaknya bayaran tentu mahal " kata orang rumah. " tak, ikhlas hati kut " jawabku. " Awak cakap macam perli aja" katanya lagi. " Jangan jangan orang letak risalah ni sebab perangai anak kita jahat dan nak suruh diubat " katanya lagi. Inilah kisahnya orang perempuan dan mungkin ada banyak lagi contoh yang boleh kita lihat.

Inilah zaman moden, bukan sahaja pengamal perubatan menggunakan papan iklan tapi juga internet dan tidak kurang juga main letak letak dalam peti surat. Kalau kita mempertikaikan ilmunya nanti ada pula yang tersinggung. Yang betul mengusahakannya pun ada dan yang tak betul pun banyak. Yang bertanggung jawab terhadap pesakit paling tak banyak.

Aku ini tidaklah pandai pasal ubat mengubat sebab kebanyakkan ubat dihospital menggunakan tablet dan kapsul. Ubat pakai jampi dan doa ni payah nak cakap sikit kecuali kita ada nama pangkat dan sebutan atau pernah masuk majalah dan buku buku hantu yang kecik kecik tu.

Semasa arwah guru aku masih hidup lagi sempat juga aku bertanya. Dia kata pengamal perubatan ini berdasarkan keturunan tak kiralah jadi tok bomoh atau ustaz. Kalau jadi tok bomoh dan ustaz terkejut terkejut ni tak usah cari pasallah.......... Kenapa dia cakap macam tu ya ?

Rata rata orang orang kita bukanlah duduk masjid sepanjang masa, bukan berbueh berzikir semata mata, apa sahaja di depan mata dia orang balun. Makan minum tidak dijaga, pakaian tidak dijaga, nafsu tidak dijaga, perbuatan tidak dijaga, puasa hanya bulan ramadan jadi kalau mengubat tu lupakanlah. Bukan tak boleh,  tapi doa banyak yang tertahan, ruang kosong banyak pada diri, nanti hantu tu tendang , tak pasal pasal tergolek.

Jalan ringkas pengamal perubatan adalah mencari sahabat di alam ghaib. Tak kira hantu setan atau jin kafir dan islam. Mereka ini menjadi penyelamat, benteng yang kuat untuk siang dan malam. Tiap kerja mistilah ada upahnya mengikut janjinya..........................................................

Bagaimana pula dengan ustaz ustaz yang sedia ada ini ? Dengar sahajalah doanya, bacalah apa yang dia suruh dan jangan lupa hulurlah sikit sikit semasa kau orang balik. Sikit kau bagi, sikitlah kau dapat, banyak kau orang banyaklah kau orang dapat, itu pun kira nasiblah...........sebab tak ada janji , tak ada jaminan dan yang ada cuma perkataan insyallah. Kalau kau orang tak percaya, nanti orang cakap tak percaya tuhan pulak.

Tapi ada orang pernah tenguk ustaz tu keluarkan jin dari badan pesakit. Tarik sana, tarik sini, jin takut dan lari keluar......................Senang bunyinya, nak halau orang di penempatan rumah haram bukannya senang, korang kena bagi rumah dulu barulah mereka mau keluar, itupun ada yang degil. Kalau setakat halau halau ayam , buat penat ajalah


gambar hiasan

Walaubagaimana pun, usaha itu tangga kejayaan, merajuk kepada yang kasih, merindu kepada yang sayang. Jangan bertepuk sebelah tangan, jangan bermimpi di siang hari dan jangan kena tipu.................

2 comments:

Tokanpuakajoran® Cikgu Budr said...

gitulah kehidupan hari ini....segala promosi ada...moga2 ada keikhlasan dalam diri mereka...

perjalanan pulang said...

ada "masuk" ok lah

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...