Sunday, July 31, 2011

Salah Hujan Merintik Malam

Salam.................... esok puasa tapi hari ini penuh dengan warna warna cerita......... Suatu hari seorang pemuda dari negeri Hang Tuah datang menemuiku. " Saya ada masalah sikit encik' katanya. Aku kata " ceritalah". 
" Perempuan saya tu dah 2- 3 bulan tak datang haid" katanya lagi. " Habis tu kau nak buat apa ?" tanya aku kepadanya. " Ni lah saya datang nak tanya pendapat " jawabnya dalam keresahan. " Kau jadi bapak ajalah" kataku berloroh. " Akupun suka nak tahu macam mana boleh terjadi " tanyaku lagi.

Menurut ceritanya pada hari itu dia bersembang dengan perempuan indon yang tinggal di hujung kampongnya. Pastilah perempuan itu cantik. Dengan takdir Allah turunlah hujan dengan lebatnya menyebabkan mereka masuk bersembang di dalam rumah. Waktu itu hari sudahpun malam dimana minah indon itu tidaklah dapat pulang kerumah. Maka si mamat ini mempelawa minah indon ini tidur sahaja diatas katil , manakala mamat itu tidur dibawah sahaja bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini.
 
Waktu tengah malam itu hujan turun dengan lebatnya dan keadaan begitu dingin sekali, secara kebetulan bumbung tempat pemuda itu tidur terdapat kebocoran. Air menitik menitik ke mukanya sehingga menyebabkan dia sukar tidur. Untuk mengelakkan dia basah berterusan akhirnya dia naiklah tidur disebelah minah indon itu . Kesejukan makin bertambah memaksa mereka memanaskan badan dan akhirnya...............

Hari itu dia betul betul tidak sangka boleh jadi begitu... Nampaknya hujan benar benar bersalah di dalam perkara ini. Akhirnya aku suruh dia kahwin sahaja dan jangan salahkan sesiapa. Begitulah rezeki dia.......

gambar hiasan



8 comments:

Qaseh Dalia said...

ek ~ ..salahkan hujan pulak dah

perjalanan pulang said...

tak tau lah..

azman said...

Subur benar yer...baru sekali dah ada isi :)

Anonymous said...

bahaya2..huuu

Hanis MY said...

kalau dah jodoh huhu,,,

selamat menyambut ramadhan al mubarak... semoga kali ini penuh keberkatan dari-Nya...

Anonymous said...

Aslmkm.
Setiap yang tersalah langkah itu berpunca dari diri sendiri pastinya!
Segera bertaubat nasuha & juga bertanggung-jawap.
SELAMAT MENYEMARAKKAN RAMADHAN AL MUBARAK.

Lee said...

Hello Panglima Muda, was at che Azieah's place noticed your callsign and busybody over.
Bahasa saya sebelum Merdeka, but boleh la faham about 37% of your this interesting post.
Very interesting.

Anyway, here's wishing you and family,
telah berlabur tirai Syaaban menjelma pula Ramadhan.
Saya ucapkan moga berjaya menunaikan puasa dengan Jayanya.
My best regards.
Lee.

perjalanan pulang said...

TQ... ini cerita di Malaysia

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...