Followers

Monday, July 11, 2011

Warna Warna

Salam............ hidup sebagai pemerhati bukannya tidak berjuang. Tuduh menuduh bukanlah jalan yang baik untuk menyelesaikan masalah. Baik warna kuning atau warna merah hijau dan biru adalah serumpun. Kulit bertemu kulit, sakit bersama sakit. Masing masing melaungkan kebenaran masing masing sedangkan warna hitam dan lebam adalah penghujungnya menjadi Raja dan Sultan.

Apa ertinya jadi pak kaduk, ayam menang kampung tergadai. Penat lelah seharian menjerit, bermandi bunga dan berasap kemenyan adakah membawa erti lagi ............... Ada orang berkata bersusah susah hari ini adalah untuk kesenangan hari esok. Benarkah ? Akan datangkah lagi gombolan kuning dengan bala tentera yang lebih besar mahu menempa sejarah menukar tampuk pemerentahan yang sedia ada ?

Perlu diingat baik kuning merah dan biru, kesibukan hari ini tidak bererti andainya semua orang terlupa bahawa gombolan gombolan tua ini akan mengakhiri kehidupannnya, didiklah anak muda dengan semangat juang untuk menegakkan negara dihari esok



2 comments:

Qaseh dalia adelia said...

betul tu !

Panglima Muda said...

anak anak muda bakal bangkit. Fahaman politik bertukar arah. Jika hari ini mereka tidak mempertahankan dan mendidik, mereka akan kerugian dimasa akan datang