Followers

Tuesday, August 2, 2011

Kembali Mengharap

Salam............... Kita manusia sering berperang dengan diri sendiri dan kadang kala hilang keyakinan. Kita selalu menyangka bahawa kita kuat , kita beruapa melakukan sesuatu padahal kita adalah lemah. Justeru kerana selalu berjaya kita menjadi angkoh dan melupakan Sang Pencipta.

Di bulan puasa ini marilah menasabah diri, memahami bahawa bulan ini adalah bulan ibadah dan bukannnya bulan untuk tidur kerana keletihan menahan makan minum dan nafsu. Bulan yang penuh perjuangan, di tengah tengah kesejukan alat pendingin, di tengah tengah riuh rendah pasaraya, di tengah tengah panas terik matahari, di tengah tengah kekeliruan hidup di dunia. Semuanya berlegar dan berputar, memeningkan kepala, ribut kuat yang entah dimana hujungnya.

Kita harus kembali kepada Sang pencipta , mengembalikan segala aturan yang lintang pukang itu agar tersusun rapi kerana kita memang lemah dan suka menambah nambah masaalah


3 comments:

PinKy MoMMa said...

smga bulan ni dapat memberikan kebaikan pada kita smua..bukan hanya dalam ramadhan..utk bulan2 yg mendatang juga..insyaAllah :)

khairul said...

slmt menjalani ibadah puasa

Panglima Muda said...

selamat untuk semua dan tak lama lagi kena bersiap siap untuk raya