Followers

Saturday, August 20, 2011

Kerja Amal Tak Beramal

Salam....... ketika di bangku sekolah dulu, ada cikgu menyuruh kami menjual tiket loteri sekolah. Satu buku RM 5/-. Suka tak suka kami kena buat. Akhirnya cikgu paksa kami bayar harga tiket yang tidak laku itu. Hari ini dan di zaman ini benda benda begitu masih ujud dalam sekolah sekolah kerajaan. Contohnya dah ada pulak


Mengikut yang empunya cerita. Kad ini kalau hilang kena buat laporan polis dan kena bayar RM 30/- kepada  pihak sekolah. Oklah tak apa kalau dengan sebab kelalaian murid sebab kad ini dibuat dari emas kot. Tapi pulak tiap tiap murid tingkatan 5 dikehendaki mengutip derma sekurang kurangnya RM 20/-, kalau malas mintalah duit kepada emak bapak. Sedapnya bunyi kata kerja amal sambil bersukan..............Nampaknya adalah emak bapak yang bakal berang.

Ada lagi satu , pihak PIBG mengeluarkan surat perkataan " BERSETUJU"  Dia orang belajar undang undang zoo ke , tulislah setuju/ tidak bersetuju ... cuba tenguk ini  ;



Kut macam mana pun fikirlah sendiri. Bila minta derma jangan letak harga, malulah kita. Kalau sekolah pandai,  mintalah sokongan dari syarikat syarikat besar di luar sana. Kilang kilang tentu akan mahu menaja sekolah jika nama nama mereka bakal terpanpang di buku sejarah sekolah. Tak kan itu pun nak diajar

2 comments:

azieazah said...

Sekolah anak saya, tiap tahun ada! Sampai saya naik bosan. Bayangkan anak saya 6 orang, naik jemu tengok benda macam nih. Cakap pun tak guna dah. Menyampah

Panglima Muda said...

itulah yang payah nak cakap.Saya fikir tak semua ibubapa akan setuju dan pastinya ada yang buat bodoh. PIBG pula hidup dikalangan cikgu sahaja.