Tuesday, August 23, 2011

Selamat Hari Raya

Salam...........hanya tinggal beberapa hari sahaja, syawal bakal menjelma. Disana sini suasana hari raya semakin terasa. Bezanya cuma tahun ini banyak barang barang yang naik harga akan tetapi bagi orang kita beraya tetaplah beraya. Selepas hari raya nanti fikirlah bagaimana nak hidup.

Raya tahun ini aku tidak bersiap apa apa, rasanya semua dah ada, lagi pun dah tua begini apalah sangat ertinya hari raya itu. Masa muda muda dulu memanglah seronok. Tak cukup puasa pun raya tetap seronok. Waktu itu setahun sekali dapat berganti baju, setahun sekali dapat makan rendang ayam. Tidaklah seperti sekarang, tiap tiap bulan bertukar baju, tiap tiap hari makan rendang ayam. Dah tak ada " feel".

Suasana raya di kampung juga berubah, dah banyak kueh raya dibeli sahaja, lemang dan ketupat tak siapa yang buat. Dodol juga beli di kedai. Bahulu pula banyak di Tesco dan Jusco. Semuanya main beli, janji ada duit. Duit raya juga semakin tak banyak dan yang  banyak cuma sampulnya  berlambangkan duit. Sampulnya bergambar duit Rm 100/- manakala dalam sampul cuma ada RM 1/-. Semua kerja bohong jelas kelihatan, baju melayu juga dapat bohong jahitannya, kain tak ada kualiti, senget sana senget sini. Baju kurung juga apa kurangnya , warna macam gila gila dah tu kain panas pula.

Sebut sahaja hari raya, orang perempuan akan sebut langsir baru. Kakak ipar aku katanya buat kain langsir dari tingkap hadapan sampai ke tingkap dapur. Dengar khabarnya banyak modal kerana rumah barunya terlalu banyak tingkap. Mungkin pintu bilik airpun bakal ada langsir.

Dulu baju melayu aku arwah emak aku buatkan, ketupat dan lemang kami tunggu sampai 5 jam. Menjaga lemang macam menjaga anak kecil, kena lap kena hentak, kena pusing berkali kali. Kalau tidak, batang lemang terbakar, isi di dalam tak mampat. Kalau nak sedap kenalah jaga betul betul dan berbeza dengan lemang sekarang yang dimasak dahulu kemudian barulah dimasuk ke dalam buloh.

3 hari sebelum raya memang seronok bermain mercun dan meriam buloh. Tidak ada siapa yang cedera hilang jari tangan dan hilang muka. Tapi sekarang bukan sekadar hilang muka tapi juga hilang nyawa.Disini aku mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya kepada semua rakan rakan blogger. Hari Jumaat nanti semua bakal balik kampung, tentu banyak entry selepas hari raya nanti.



2 comments:

JijahJambu@Jj said...

Selamat Hari Raya juga buat tuan rumah ...
raya dulu dengan sekarang memang lain sesangat. kalo dulu kena kukur berpuluh biji kelapa .. sekarang mesen jer .. tak pun .. beli je yg dah siap perah ..
daun ketupat tak payah susah nak buka dulu .. beli yg dah siap buat .. atau .. beli je yg dah siap masak ..
rendang ... beli rempah segera .. masuk daging/ayam ... tadaaaaa .. senang jer ...
pendek kata ... kalo ada RM .. semua ok ...

perjalanan pulang said...

betul tu Cik Jah, kesenangan yang tidak mendatangkan gembira

TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...