Followers

Friday, September 30, 2011

Harapan Seorang Sahabat

Salam.......... teringat aku tentang seorang sahabat yang aku pelawa bekerja dengan aku. Sebut sahaja bekerja dengan aku tentu "something special" Tidaklah aku mempelawa gaji yang sangat lumyan kerana sahabat kita pun kena jugak tenguk tenguk cermin. Aku bagi " up" lah sikit , sebab Gm dan Hr akan dengar cakap aku punya. Namun sahabat kita memberi seribu alasan dan kebimbangan takut kebuluran apabila berpindah kerja di tempat aku. Dia takut nanti tak cukup belanja untuk anaknya bersekolah pada tahun depan.

Aku ini tentang bab pelawa pelawa tentulah aku dah fikir masak masak, lagi pun masuk ke tempat kerja ni bukan jadi kuli, sekurang kurangnya aku akan bagi pangkat supervisor.  Itupun dia tak mahu,  sebab rasa kebimbangan melebihi paras kepala. Akhirnya aku tak dapat bertahan menanti lagi. 

Dalam soal menerima lamaran kerja ini, kita misti mempercayai Allah Taala. Badan kita bukanlah sentiasa muda, sehari demi sehari umur makin sedikit. Ngapalah bimbang sangat rezeki yang sependik itu. Bila kita mati, isteri dan anak pandai pandailah nak hidup. Isteri kalau tak saboo takkan nak tunggu suami bangkit kembali. Kawin je lah, mana boleh tahan tahan bila air dah jejak hujung kepala. Kita yang hidup ini kalau hanya percaya bahawa hanya datang dari tulang empat kerat ini... payahlah.... sungguh payah....

Thursday, September 29, 2011

Satu Hari Di Dalam Jamban

Salam , aku hanya ada beberapa keping gambar menunjukkan betapa manusia ini tidak bersopan dan bertenggek diatas jamban duduk




Aku bukan kerja jaga " jamban" tapi kalau dah kena macam ni memang tak ada kesian. Nak tukar semuanya sekurang kurang pun dekat RM 300/- Kalau dia belah punggung kita pun entah berapa hari dok sepital

TAHAJJUD CINTA

Salam............. Semakin dahsyat bunyinya tajuk tajuk filem masa kini berkisar tentang kisah cinta yang bersandarkan atas nama agama. " ayat ayat cinta'" syahadat cinta dan Tahajjud cinta" Sungguh benarkah cinta itu dan sehebat manakah cinta itu kalau dibandingkan dengan tentang rasa cinta yang mengasyikkan kepada tuhan seru sekelian alam..................

Seorang kenalan telah terperangkap dalam soal cinta ketika saat nazaknya ibu kepada kekasihnya. Sambil memegang tangan jejaka ini si ibu memberikan  amanah  kepadanya supaya menjaga anak daranya nan satu   itu. Lalu si jejaka ini menyanggupinya sehinggalah tangan si ibu relai dalam lepasan terakhir itu. Hebat sungguh drama  terakhir ini dan amat sukar untuk difilemkan kerana ini adalah kenyataan. Namun seperti juga filem hindustan, soal amanah, soal cinta ini tidak mendapat restu dari ibubapa si jejaka. Jika orang bertanya kemanakah arah tuju ?. Akan kujawabkan , kembalikan urusan ini kepada tuhanmu, bangunlah solat istiharah, bangunlah solat tahajjud malam, agar benar benar menjadi tahajjud cinta. Jika kau melupakan agamamu, kau hanya akan menemui nafsu dan perempuan itu tidak bererti apa apa untuk selama lamanya.


Wednesday, September 28, 2011

Bila Izrahil Datang Menyapa

Salam........  Usia Menjelang Senja menyapa lagi, kali ini satu kisah biasa untuk orang orang seperti kita.Orang yang pernah menempuh zaman mudanya yang begitu gagah perkasa dana akhirnya tersungkur dibumi tuhan. Masih kuingat beberapa hari yang lalu dimana aku tidak dapat meneruskan 2 hari lagi puasa 6 dibulan syawal hanya semata mata menyambut hari terbuka. Biasalah,takkan kita berpuasa menyambut tetamu yang datang. Jadinya pada hari itu kita makan seperti mereka bahkan mungkin berlebih lebihan lagi kerana kita adalah tuan rumah. Rumah terbuka bukanlah sehari tetapi dua hari dan tak kanlah orang yang datang menziarah tidak diperdulikan.

Dua hari selepas itu,masih tidak berpuasa juga kerana menerima kunjungan kawan kawan dari PDRM dan DBKL di hotel tempat bekerja. Almaklum sajalah kita ini orang tengah, kot mana pergipun kenalah manis mulut segalanya. Pada hari itu setelah beberapa kawan kawan pulang dari tempat makan, aku mula berasa tidak kena kepada bahagian pinggangku.Sejuk seperti air batu dan semakin lama merebak ke urat belikat. Akupun mengambil keputusan untuk pergi ke klinik berdekatan. Sampai diklinik,doktor pula tidak ada kerana beliau keluar makan dan aku terpaksa menunggu selama setengah jam.



Apabila doktor pulang aku pula terpaksa menunggu giliran untuk berjumpa doktor sedangkan pada ketika itu aku sangat resah kerana seluruh sendi merasa sengal dan sakit. Pemeriksaan doktor terhadapku kemudian dijalankan tetapi tidak menemui apa apa jawapan kecuali sakit angin. Akhirnya aku pulang ke tempat bekerja dalam keadaan badan melayang layang. Sampai ditempat kerja tiba tiba aku merasa hendak buang air besar dan terus meluru ke bilikair. Peluh sejuk menitik dan muka kaki dan tangan mulai kebas sedangkan keadaan membuang air itu tidak berasa puas.Dada tiba tiba sakit macam diperah perah Aku mengambil keputusan keluar dari bilik air dan berbaring di dalam surau. Ternyata keadaan begitu tidak menyelesakan kerana seluruh badan mula menyengat.

Setengah jam kemudian aku bangkit memasuki lift untuk berehat di kereta. Sebaik sahaja keluar dari pintu lift,aku pun terus muntah dengan banyaknya dan akhirnya tumbang di dalam di dalam kereta. Satu jam kemudian seorang teman yang kebetulan lalu disitu datang membantu memicit belakang tapi aku terus muntah selepas itu dan kemudian berlari ke bilik air untuk buang air besar. Aku kembali berbaring di dalam kereta dan kali aku terpaksa meminta bantuan anak anak angkat aku untuk membawa kereta dan aku pulang kerana aku tidak bermaya lagi.

Sampai dirumah aku tidak berdaya untuk makan,berehat sehingga pagi , manakala esoknya aku masih terlentang........

Kesimpulannnya mudah, kita manusia tidak gagah, kita manusia ada tarikh tamat tempoh, suka atau tak suka misti dilalui. Orang miskin pun sakit dan orang kaya pun sakit,sakit dengan duit banyak dan tinggal dihospital yang terkenal juga bukanya satu kebanggaan. Sakit tetap sakit kerana dalam sakit kekadang disebut orang ada sedap. Sakit adalah nikmat bagi orang yang mendapat rahmat.................



Monday, September 26, 2011

Melalui Hari Hari

Salam .........Perjalanan Pulang singgah lagi disini dengan photo photo yang mungkin dapat mengukir cerita. Cerita cerita hidup masa kini dihadapan mata kita


Inilah gaji minima masa kini.... jangan soal berapa jam perlu bekerja kerana kita perlukan duit. Mat Bangla pun nakkan gaji macam ini sambil diberi pakaian , tempat tinggal dan makan minum. Yang kasihannya orang kita yang masih kesana kemari tak dapat kerja. Sekali sekali cubalah berfikir bahawa bekerja hari ini adalah pelajaran unruk hari esok. Hari hari kita belajar walaupun usia sudah menjelang senja


Ini adalah kehidupan kanak kanak. Orang yang sudah tua tidak akan kembali ke alam kanak kanak kecuali NYANYUK. Mereka mahu hidup dilayan, diajak bermain dan tidak mengenal baik dan buruk. Mereka perlu pakai pampers. Mereka yang bercakap bukan bukan juga adalah dikira nyanyuk


Sebuah lori berhenti ditengah jalan, menghalang laluan orang memaparkan kata kata ini di cermin lorinya. Orang ini memang telah kehilangan hati dan perutnya.

Neraka Seorang Ibu



gambar hiasan
[HM] KUALA LUMPUR: “Ibu yang mengajar saya teknik urutan batin dan menyuruh saya menjadi pelacur.” Itu pengakuan mengejutkan seorang remaja berusia 16 tahun yang ditemui di sebuah premis urut yang menyediakan khidmat seks, di sini.

Mahu dikenali sebagai Ziela, remaja itu berkata, dia tidak rela melakukan pekerjaan itu, tapi tiada pilihan kerana ibunya yang juga pelacur memaksanya berbuat demikian.

“Saya tak mahu (melacur). Sebelum ini kakak menjadi pelacur kerana disuruh ibu, tapi selepas dia malas untuk terus melakukannya, saya pula dipaksa ibu menjadi pelacur sejak dua bulan lalu,” katanya.

Ziela ditemui wartawan Harian Metro yang menyamar pelanggan di rumah pelacuran dikendalikan ibunya di satu kawasan rumah kedai di pinggir ibu negara.

Wanita berusia 40-an yang dikenali sebagai Kak K itu mempunyai empat anak yang semuanya tinggal di premis itu bersama beberapa warga Indonesia yang turut menjual tubuh.


P/s

Saya melihat lorong itu, mereka juga mempunyai keluarga tapi bagaimana mahu mengubah keadaan itu ? Waktu ni orang bercerita tentang hukum hudud dan mempertikaikannnya. Adakah peraturan hari ini telah mengubah keadaan itu semenjak dari kita merdeka lagi ? 

Sunday, September 25, 2011

Cerita Kedai Makan

Alhamdulillah.... sihat sudah badan yang sakit. Semalam sempat juga berurut dengan Chef Ree dan jangan ingat tukang masak tak pandai mengurut, cuma aku belum tanya dengan chef Wan sebab dah lama tak jumpa dia. Dulu sama dengan naik bas balik ke Selayang.....

Bercerita tentang tukang masak ni aku memang suka. Anak anak aku sekor pun tak mahu jadi tukang masak dan minat benda benda lain. Kalau masakpun sebab suka suka sahaja macam aku dulu. Campur itu campur ini apapun menjadi , padahal tak belajar apa apa pun. Kalau kau tak percaya kau tenguklah mamak tu masak, main hentak hentak aje...tau tau dah siap. 

Semalam aku pergi ke sebuah restoran di Chow Kit, restoran tu  menghidangkan maskan padang dan juga bermacam macam masakan melayu. Sampai disana aku lihat ramai orang dan di setiap meja ada orang makan tetapi disetiap meja itu cuma sorang sahaja makan. Jadi kami yang datang berkumpulan ini terpinga pinga dan tidak tahu nak duduk dimana. Tuan kedai pula buat bodoh sahaja , akhirnya kami balah dan pergi ke kedai mamak. Di kedai mamak , kami dilayan dengan mudah........... Kalau kami nak blah , mamak akan cepat cepat carikan tempat duduk .... sebabnya mamak tu tahu, bila kami blah dia akan rugi sekurangnya RM 30/- sekali duduk.

Mungkin orang kita sudah terlalu banyak dapat untung sehingga tidak memperdulikan rezeki lain yang datang. Oleh itu aku nak nasihat kepada tuan kedai supaya jangan memandang remah kepada orang lain sebaiknya bersedia untuk menerima rezeki yang banyak denga rasa syukur. Mereka yang sangup duduk di kedai kita pasti juga akan sanggup membayar harga makanan yang kita letakkan walau setinggi manapun asalkan sedap. Mereka yang tertarik hasil dari makanan kita akan datang kembali dan juga akan memberitahu rakan rakan mereka betapa bagusnya layanan kita.. Betul tak.......

Gotong Meroyong

Salam........... semalam di lorong Hj Taib tu jalan tutup. Ramai orang tak sangka tapi ada group buat gotong royong membersih kawasan itu . Rajinnya......




Tanpa upah apalah namanya semangat...Upahnya makan ajalah....  Hari ini jalan masih tutup adan function lagi woii. Cuma aku heran , disini kalau nak tutup jalan ikut suka suka je.... Orang lain nak berniaga, kalau susah dia orang punya pasal..............

Tuesday, September 20, 2011

Darah Daging Nan Terpinggir

Salam....... tahun ini masih ada rumah terbuka, tapi ternyata kita tidak melihat adik beradik yang datang berhari raya.Mereka yang hadir hanyalah jiran tetangga dan sahabat sahabat kenalan yang tiada pertalian darah. Sungguh benar kata arwah ayah mertuaku dulu " Di akhir zaman nanti, adik beradik menjadi orang lain , manakala orang lain menjadi adik beradik "

Tapi tidak semua keluarga begitu, mungkin ada yang jauh lebih baik. Di tengah bandar ini macam inilah.. Semua orang sibuk, semua orang tak ada masa untuk berkeluarga, yang pentingnya adalah membodek orang kaya dan beradik beradik orang kaya. Apa salahnya datang meneguk segelas air suam untuk menjaga hati ? Tapi tok sah mimpilah.... sedangkan nabi yusof juga dikhianati oleh saudaranya kerana kedengkian


Tandas 1 Malaysia

Salam satu Malaysia


Tidak selesa kalau tak ada air
Tidak selesa kalau tak ada tempat nak gantung seluar
Tidak selasa kalau baunya sangat busuk
Tidak selesa kalau lansung tak de kertas tisu
Tidak selesa kalau dalam satu bilik hanya ada satu aja jamban
Tidak selesa kalau memang tak selesa

Sunday, September 18, 2011

KL Banjir , Ribut,Bah......Orang Politik Masih Tak Serik.


Salam...........KL dilanda hujan lebat. Longkang longkang bandar pun banyak tersumbat kerana terlalu banyak orang tidak mahu bekerja di musim perayaan ini. Maklumlah sana sini open house , jadi pekerja pekerja longkang juga tidak mahu melepaskan peluang untuk beristirehat walaupun bandar KL ini akan berdepan dengan banjir dan bah besar bila bila masa.



Kat belakang bangunan ni kita buat swimming pool lah.........



Tenguklah mamat ni, dah dekat nak berenang dah.... nak bawa pelancong dari bas , macam mana  ya..

Api Api Jalan Raja Laut

Salam, pagi pagi lagi semasa hendak mencari roti canai tiba tiba terjumpa benda ni

Korang jangan heran, asal bulan 10,11,12.. kedai pun  terbako lah.... kita bako aje

Wednesday, September 14, 2011

Atok Di Hari Raya

Salam........ raya ke 5 ketika aku hendak berangkat ke Kuala Lumpur, kelihatan kanak kanak ini berlari di dalam rumah. Mereka baharu sahaja sampai dari Balik Pulau , Pulau Pinang.

Tanpa mengesahkan sesiapa dia berlari lari di rumah baru kakak ipar aku... Tiba tiba dia berkata " tok , tok.. kat atas tu ada hantu ke ? " Aku ketawa sendiri melihat telatah mereka tetapi yang lebih aku ketawakan ialah untuk diri aku sendiri kerana menyedari aku telahpun tua pada usia sebegini....

Tuesday, September 13, 2011

Rayu Pakai Seluar Dalam Setelah Dicekup Bersama Pasangan


AKU PETIK DARI KEKAWAN :





Grik: Seorang wanita merayu kepada pegawai pencegah maksiat untuk masuk semula ke dalam bilik tidur teman lelakinya bagi membolehkan dia memakai semula seluar dalam yang tidak sempat dipakainya sejurus selepas dia ditahan, pagi kelmarin.

Permintaan itu dipenuhi oleh pegawai berkenaan apabila mendapati wanita itu berada dalam keadaan mengghairahkan kerana memakai seluar ketat nipis, selain baju yang dipakainya kelihatan dalam keadaan tidak sempurna.

Wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu.

Mohd Jonid Abdul Syukor, Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik Wanita berusia 21 tahun dan pasangan kekasihnya 26 tahun berasal dari kampung berlainan di pinggir pekan ini diserbu penguat kuasa pada jam 10 pagi kelmarin dipercayai ketika sedang memadu asmara dalam sebuah bilik di rumah kongsi itu.

Wanita berkenaan pada mulanya mengeluarkan suara tinggi ketika ditahan tetapi selepas itu menangis sambil menceritakan kisah hidupnya dan keluarga pasangan berkenaan.

Penolong Penguat Kuasa Pejabat Agama Daerah Grik, Mohd Jonid Abdul Syukor berkata, enam pegawainya dibantu dua anggota RELA menyerbu rumah berkenaan selepas menerima maklumat orang awam mengenai perlakuan pasangan itu.

“Selepas kira-kira 10 minit kami mengetuk pintu bilik yang berkunci dari dalam itu, ia dibuka seorang lelaki yang hanya berseluar pendek sebelum mendapati seorang wanita sedang duduk di atas tilam nipis.

“Keadaan atas tilam berselerak dengan kain selimut dan sehelai kain sarung di dalam bilik sempit hanya kira-kira tiga meter persegi itu,” katanya ketika ditemui di tempat serbuan, kelmarin.

Katanya, ketika diajukan soalan mengenai status mereka bukan pasangan suami isteri, wanita berkenaan mula meninggikan suara sambil menceritakan masalah keluarga pasangannya yang enggan menerima dia sebagai menantu.

Wanita berkenaan mengaku pergi ke rumah kongsi tempat tinggal kekasihnya yang bekerja di kilang papan di situ dengan menunggang motosikal sehari sebelum itu dan bermalam bersama kekasihnya.

“Malah, dia juga mengaku dalam seminggu dia pergi beberapa kali ke rumah itu sejauh kira-kira 30 kilometer dari rumahnya bagi melepaskan rindu selain memberi alasan untuk membawa makanan.

“Ketika disoal, wanita yang hanya tinggal dengan ibunya di kampung itu mengaku hidup seperti suami isteri sejak mereka menjadi pasangan kekasih lima tahun lalu.

“Malah, apabila ditanya berapa kali sudah terlanjur melakukan hubungan seks, wanita itu tanpa segan silu mengaku tidak terkira banyaknya dengan alasan dia terlalu sayang kepada pasangannya,” katanya.

Ketika membuat laporan di Ibu Pejabat Polis (IPD) Grik, Mohd Jonid berkata pemeriksaan pada telefon bimbit milik lelaki berkenaan didapati mengandungi beberapa adegan rakaman hubungan seks dengan berlatarkan bunyi unggas pada waktu malam dipercayai hasil rakaman peribadi mereka.

“Telefon itu kemudian dirampas untuk dijadikan bahan bukti dan mereka ditahan satu malam di lokap polis sebelum menghubungi keluarga untuk dijamin.

“Pasangan berkenaan disiasat mengikut Seksyen 54 Enakman Jenayah Syariah Perak dan boleh didenda sehingga RM3,000 atau dua tahun penjara, jika sabit kesalahan,” katanya. -





p/s.... kesian

Sunday, September 11, 2011

Pulanglah

Salam..........merakamkan photo ini disaat saat terakhir sebelum anakandaku vitri pulang ke Medan. Di dalam dunia ini tak perlu melakukan kesilapan, miskipun Malaysia ini adalah lombong emas buat kalian. Datanglah sebagai pelancong dan lihatlah keindahan negara ini dan pulang membawa kisah dan cerita yang menggembirakan

Ingatlah seperti kata orang, hujan emas di negeri orang dan hujan batu di negeri sendiri. Biar sekeras mananya batu itu, batu itu adalah milik kita dan harta kita




Hati Hati Yang Retak

Salam........... Usia menjelang senja menggapai lagi memori luka. Bilanya manusia enggan bertuhankan Allah lalu memilih hawa nafsu sebagai pedoman untuk hidup. Mereka suka melihat rumahtangga yang kian rapuh, menolah serpihan demi serpihan kasih sayang ke dalam laut yang bergelora.......

Usia menjelang senja menyaksikan kisah rumahtangga itu. Rumah yang tidak pernah reda dengan gelombang pahit dan manis. Dimana kita akan dapat kehidupan yang sempurna di bumi Allah ini, dimana kita akan dapat satu kebahagiaan yang lebih bahagia dari kehidupan akhirat. Dalam kitab ada menyebut " aku hairan melihat manusia yang tidak mahu berindung dari api neraka" Menunjukan bahawa manusia tidak takut kepada siksaan api neraka tetapi lebih mengejar dunia yang tidak kekal ini. Rumah tangga yang dibina diatas kepayahan dan keperitan dan juga kesabaran akhirnya runtuh kerana soal soal bodoh, cerita cerita sandiwara, cerita cerita makyong. Mengapa manusia suka memilih jalan peperangan, persengketaan di saat nyawa sudah dihujung tanduk  ? Mengapa sombong dan meninggikan suara sepertinya suara kaldai


Yang pertama disaat kegentingan itu kita beringat bahawa dunia ini tidak menegakkan keadilan, dunia ini tidak menjajnjikan kebahagiaan, dunia ini tidak menjadikan mimpi menjadi nyata. Kembalilah sebagai hamba Allah yang setia, jika sekalipun gagal menghapuskan segala dosa dan noda, jika sekalipun sudah berlumuran darah kotor dan berkubang di tasik pelacuran.........kembalilah dengan hati nan putih kerana pintu taubat masih terbuka...............

Syawal menjelma, mentari terbenam dikaki langit dan aku masih menarikan tinta ini... satu persatu dilembaran putih, ketikanya jemaah sujud mencuim bumi, hatiku kian sunyi..........menunggu jemputan untuk kembali

Friday, September 9, 2011

Bersalin Kat Mana Pun Boleh

SHAH ALAM – Seorang pelajar di sebuah kolej di Setapak, Kuala Lumpur, terpaksa mengalami detik sukar melahirkan bayi di dalam bilik air asrama ins-titusi pengajian tinggi berkenaan, kelmarin.

:Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Ahrasa (gambar) berkata, kejadian itu disedari rakannya ketika dia memasuki bilik air dan mendengar rintihan mangsa seperti menahan kesakitan, kira-kira jam 2 petang.

“Bayi yang dipercayai berusia lingkungan enam atau tujuh bulan itu, bagaimanapun disahkan meninggal dunia sebelum ambulans tiba dan kedua-dua mereka dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL).

“Kita masih siasat sama ada remaja perempuan itu adalah mangsa rogol atau tidak,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Kisah ISO nak mampus

Semalam,
kupanggil sahabat si alam flora
menceritakan longkang tersumbat
nyamuk menyanyi menjelang senja
bau busuk menusuk hidung
bagaikan tak terbendung

Sahabatku tidak datang,
sibuk di pejabat bermesyuarat
tidak ada wakil nan menjelma
sehinggalah menjelang pukul lima
apa pun tak ada

Semalam pagi mereka ada
buat kerja alakadar
menjenguk longkang yang ada,
disemburnya longkang kanan,
pasir masih bertimbun,
sampah masih menyubur
longkang kiri tidak diusik pun

bila disuruh dia menjawab,
tak ada arahan supervisor
tak mahu berlebih kurang
rupanya mereka sangat taat undang undang
aturan ISO yang penuh rukun
orang nak mampus pun kena beratur

Kereta Api Melayu

Salam.............. perjalanan jauh membawa pengalaman menaiki keretapi dari KL ke Butterworth. Bertolak dari KL jam 8.45 pagi dengan penuh harapan yang menggembirakan. Pada saat itu perut sedang keroncong menyanyikan lagu kelaparan. Rupa rupanya di dalam keretapi tidak ada kantin. Aku ingat aku menaiki gerabak yang penuh simen atau binatang binatang zoo. Sah memang tak ada kantin dan kalau berhenti cuma menurunkan penumpang dan tak ada lagi makcik makcik menjual kueh di perhentian. Memang benar benar makan angin, kentot angin. Di dalam setiap gerabak cuma ada satu bilik air dan kongsi ramai ramai dimana beranika bau menusuk kalbu. Semua tak macam dulu, kalau dahulu keretapi tak air-cond  dimana tingkapnya terbuka tapi hari ini kita boleh kongsi bau kentot ramai ramai....... Apakah penumpang perlukan tambang murah sahaja tanpa kelebihan dan keperihatinan dari KTM



Thursday, September 8, 2011

Mereka Marah Pada Mat Sabu

Mereka sedang memprotes mat sabu ketika ini..... pejabat pas jalan raja laut 1.10 petang




Wednesday, September 7, 2011

Kenangan Dalam pertaruhan


Salam..... entry ini bukan untuk merosakkan nama sesiapa mahupun keluarga kita disebelah utara tapi photo ini membuat aku tertanya tanya siapakah dia. Tiap kali aku pulang ke Pendang , Kedah, aku terlihat photo ini dan tak pernah aku bertanya sehinggalah bapa mertuaku disana meninggal dunia. Beliau meninggalkan gelaran Ku Chik dengan panggilan Long sahaja merendahkan diri sehingga dilupakan oleh ahli keluarganya. 

Namun ketika aku berjalan di pasar pasar Chowkit, pasar malam aku ternampak gambar ini yang kukira mereka yang mempamerkan itu mempunya hubungan saudara dengan kerabat diraja diatas. Sangkaan aku tidak benar kerana salah seseorang dari kerabat yang ada telah menyebut bahawa gambar ini dipamerkan sebagai azimat pelaris..........................

Sudah lama masa berlalu, sudah berpisah nyawa dan jasad.....manusia masih lagi mengukir dosa.... mudah mudahan Allah mencucuri rahmat terhadap tengku dan keluarga bapa mertuaku...........

Dihujung Perjalanan

Salam...... best tak melihat terowong


Bergaya di tepi tiang






Berayalah di tengah jalan












Sape kata tak best, tekan brek tak berenti renti

Keindahan Alam Ciptaan Tuhan

tepi highway

dahan yang cantik

pokok tanpa daun

Kamera cabuk merakamkan gambar

senja nan merah... Baling

sik, matahari bangkit
Sik, Kedah waktu pagi