Friday, October 28, 2011

Cinta Di Hujung Usia

Salam........ rasa macam tak kena kalau tak de entry hari jumaat ni...........

Semalam, ketika melalui jalan keluar di lorong itu, aku melihat mereka............... Mata bertemu mata, hati bertemu hati, jiwa bertemu jiwa.....itukah cinta ? Sedangkan mereka adalah orang orang lama yang sudah meningkat usia, sudah beranak dan bercucu namun kini terjebak lagi dalam kisah cinta................

Bagaimana rupanya orang tua bercinta, adakah cinta benar atau yang sia sia, seorang janda dan seorang duda, makan minum mahu bersama...........tidur sekatil entahkan bila ? Namun begitu, soal keindahan cinta itu adalah urusan tuhan, tidaklah dapat kita bayangkan betapa indahnya perasaan mereka ketika itu.....Mungkin lebih hebat dari cinta anak anak muda...

Kalau tidak kelapa puan
tidaklah pula kepala bali
kalau tidak kerana tuan
tidak saya datang kemari..............

Dulu aku pernah tersenyum melihat pasangan tua berdating ditepi bus stand ...... lelakinya dengan perut bulat berkepala botak, manakala perempuannya masih manis bertudung..... cuma mereka sudah tua ditelan masa dan ditelan zaman.....Hidup itu bagai tanpa penghujung, bagai tiada penyelesaian, perjalanan seperti menungkah arus 

Seorang kawan meletakkan gambar ini difbnya.... aku sangat berkenan

Wednesday, October 26, 2011

Malam Pengantin

Salam

Malam Pengantin itu,
Masih banyak tetamu diluar
pinggan mangkuk masih berlaga
jerit pekik adik adik dipagar
berlarian menaiki tangga

Bunyi gendang beralun
dikir dan rebana bersusun
orang orang tua bersimpuh anggun
hujan menitik membasah lencun

Malam pengantin itu,
riuh rendah sanak saudara
makan dan minum masih tersedia
pengantin resah disana
tidak dapat tidur lena

Malam pengantin itu,
bisik membisik ditelinga
tentang cerita tanpa diduga
bilakah nanti lenanya
subuh sudah makin menjelma..................

Tuesday, October 25, 2011

Akan Kucabut Nyawamu

Salam..... Aku kembali memikirkan tentang kejujuran kawan kawan, disebalik segala kata kata doa, segala yang sunnnah, segala yang benar berlandaskan Quran.... duit aku entah lesap, entah kemana digunanya.......Ribu jugak ni.....nak cakap pasal agama kat mana pun boleh...tapi ini duit sape mau kasi.........................

Masa menjanjikan projek tu manisnya bukan main sekarang semua manis dah hilang. Masa ini kalau kita tak fikir pasal agama dah pasti pergi rumah tok bomoh. Biar "anu" nya tumbuh kat dahi, biar dia malu seluruh dunia. " inilah rupanya pembalasan manusia penipu " Cakap sahaja bolehlah.. siapa yang terkena pasti marah, ingat duit senang ke nak cari, nak perabih senanglah.....Masa ini tak perlu berhadis berhadas, aku tak percaya dah......., aku tak perduli kau anak siapa, anak nabi pun tak ikut perentah tuhan, inikan pula kau.....

Monday, October 24, 2011

Hati Seorang Tua

Salam...........

Semenjak ayah meninggal dunia emak selalu sendirian dirumah usang. Rutin hari hari seperti biasa, bangun pagi solat, buat sarapan, memberi makan ayam itek, makan tengahari, minum petang, makan malam dan tidur. Anak anak semua berada jauh, paling paling dekatpun 2 jam perjalanan yang lain semuanya merantau mengikut suami, manakala anak lelaki lena dalam pelukan isteri. Rumah emak hanya akan penuh bila ada kenduri kendara atau pun hari raya dan selepas itu sunyi sepi sahaja.

Sepanjang waktu kesumyian itu hanya jiran jiran sekeliling dan anak saudara yang datang menjenguk. Kini ramai orang orang tua dikalangan jiran jiran itu sudahpun ramai yang meninggal dan kalau ada yang hidup hendak dibuat kawanpun banyak yang nyanyuk. Peringkat nyanyuk pun sudah mencapai tahap kritikal bilamasa tidak kenal tahi dan cok kodok. Kini hanya adalah anak saudara yang ada. Susah hendak dikira, angin orang muda, tiba masa baik, baiklah perangainya tiba masa berkira, semua benda habis dikira. 

Keadaan diri yang sduah tua juga dibayangi bayangan rasa takut. Takut pada hantu dan gangguan jin yang tidak pernah sekolah itu menyebabkan emak berpindah kerumah anak.........................Tinggallah rumah, tinggallah tanah dan pohon pohon tidak terjaga. Bagi anak saudara , kalau nak petik apa buah pun boleh kerana tuan rumah sudah tiada dan meninggalkan sebidang tanah yang entah siapa nanti bakal merebutnya.

Sepanjang emak dirumah anak, perasaannya tidak enak selalu.Ingatannya kepada tanah kampung halaman peninggalan suami. Bantal busuk yang yang ditinggalkan itu juga entah apa khabarnya. Kehidupan dirumah anak tidak ubah juga seperti keadaannya dikampung. Sepi dan sunyi..................................

Baru baru ini emak membuat keputusan untuk balik ke kampung. Siapakah nanti akan menjaganya ? Katanya anak saudaranya akan menjaganya................... Anak anak terpinga pinga....., hati orang tua, kenangan lebih bermakna, disana adalah harta milik suaminya, tempat dia membesarkan anak anaknya, disana dia melihat semua saudaranya. Anak anak tidak tahu bahwa itulah tanda emaknya mahu pulang, mencari bekas bekas tapak kaki yang pernah ditinggalkan. Kembali melihat sekeping tanah tempat limpahan kasih sayang.........




Sunday, October 23, 2011

Noda Di Hujung Senja

Salam..............

Dimanakah kepercayaan itu
yang meniti bibir manismu dengan kata kata
tentang cinta, tentang impian
juga tentang hidup
sehingganya Sang lelaki sanggup bersimpuh
di puncak dadamu

Lalu menyerahkan apa yang ada
di setiap rongga dan tulang belulang
kejerihan kepenatan menghimpun rindu,
kasih sayang sepenuh kalbu
berdayung di celahan awan
menepis rintik rintik hujan
hanya kernamu........................................

Dimanakah lagi kepercayaan itu
yang telah kau lontarkan jauh jauh
dibalik bukit
sehingga terungkai sudah namamu
wajahmu,
bernoda menjelang senja.............

Friday, October 21, 2011

Gangguan di Hutan Dan Gangguan di Pekan

Salam...........ada entry hari Jumaat.........tengah fikir fikir ni.............

Beberapa tahun lalu sebelum aku kerja dalam tempat sejuk, aku pernah bekerja dihutan belentara. Aku bukan jadi askar tapi jadi juru ukur tanah. Pekerjaan begini membuat aku dan rakan rakan berkemah ditepi hutan atau di rumah  rumah kongsi kawasan perladangan. Pada suatu hari kami semua ditugaskan ke hutan simpan Kuala Selangor. Nak jadi cerita sewaktu menjalankan kerja kami terpaksa melintas sungai besar dan menyewa sampan settiap hari. Dunia ini bukanlah besar mana pun, setelah berkenalan dengan abang sampan itu disamping menyebut "password" keluarga maka tahulah saya bahawa abang sampan tu adalah saudara mara sebelah datuk.  Namun demikian perniagaan kaum keluarga ini tidaklah menjanjikan diskaun apa apa, tetaplah kena bayar upah.

Pada satu petang aku pergilah menziarah keluarga abang sampan itu diseberang sana. Seperti biasa aku akan menjerit ditebing sungai memanggilnya datang. Petang itu sangatlah indah, bunyi kera kera dan monyet bersahut sahutan di tebing sungai. Seperti kata orang kalau ada monyet dan kera pastilah ada udang disungai dan kalau ada udang pastilah ada buaya. Hidup buaya yang memakan bangkai ini sememangnya sejak azali. Setelah minum minum kopi dan berbual panjang aku pun mahu pulang semula ke kem kami di seberang sana. Abang sampan menghantar aku ke tebing dengan selamatnya. Namun begitu hari sudah memasuki senja dan keadaan hutan sememangnya gelap. Aku berjalan seorang diri dengan jarak 3 bukit ke arah kem.

Sampai di bukit pertama aku telah terlihat seekor kelip kelip besar melintasi kawasan itu. Aku tidak ambil perduli sehingglah aku sampai ke bukit ke dua. Kelip kelip tadi datang menghampiri aku secara berdepan. Pergerakannnya begitu perlahan , manakala seluruh tubuhnya dibaluti kabus sebesar bola. Waktu itu dadaku berdebar debar, kelip kelip ini bukan hantu, bukan polong, bukan pocong , dia cuma dikelilingi oleh asap seperti bola. Apa yang pasti pada waktu itu kakiku bagai terpaku tidak boleh bergerak.

Memikirkan ini adalah permainan syaitan, akupun membaca beberapa potong ayat alquran sehinggalah kakiku dapat bergerak untuk meneruskan perjalanan. Perjalan ke bukit ke tiga amatlah membimbangkan kerana seluruh kawasan sudah menjadi gelap gelita. Namun untuk hidup,kita perlu ketabahan dan tidak panik. Berlari ketakutan ditengah hutan seorang diri kerana ketakutan tidak akan menguntungkan sesiapa.

Akhirnya dengan izin Allah aku sampai ke kem tempat tinggalku dan disambut oleh "mary" iaitu seekor anjing setinggi pinggang bergigi tajam belaan tuan punya tanah.itu. Semenjak beberapa hari berkenalan dengan " mary" menyebabkan aku lebih berani kerana anjing bersekolah itu tidak akan menggigit. 

Setelah tinggal dibandar dan duduk dikerusi empuk, aku telah melihat manusia yang lebih hina dari mary, mereka bukan sahaja mengggit sesama sendiri tetapi menyalak setiap hari. Benarlah kata orang bahawa di dalam masyarakat binatang tidak ada manusia tetapi didalam masyarakat manusia ada binatang.....

Wednesday, October 19, 2011

Ular Menyusur Akar

Salam.............

Hai anak,
kalau bermain ikutlah rentak
jangan hanya hidup berlagak
menjadi seperti burung gagak
terlompat lompat teragak agak


Hidup jangan mengikut nafsu
kelak badan menjadi lesu
bagaikan bayi laparkan susu
tidak sabar mau menunggu


Susahnya mengajar anak
untuk menari mengikut rentak
tidak tahan diasak asak
bagai tiang tiada berpasak

Langkah Langkah Syaitan

Salam........... sudah dua hari kuceritakan tentang dendam manusia.......... kali ini kusambung lagi.........

Seperti yang telah kunyatakan bahawa Ludin menerima tekanan dari orang kampung dan jiran jiran sekeliling. Banyak orang kampung menyebelahi Salmah kerana suami Salmah adalah AJK kampung. Bukan sahaja bilal, pak imam masjid pun turut sama. Pada suatu hari Ludin berjumpa dengan Imam Hasan menyatakan hasratnya untuk memiliki Siti, namun keinginan Ludin dibangkang oleh Hasan dedngan alasan walinya iaitu bapa Salmah tidak setuju, mungkin Hasan lebih suka maksiat berluasa justeru kerana takut dan segan kepada bapa Siti.

Ada juga diantara kawan kawan yang ada hanya bermuka muka di hadapan Ludin, mereka memuji muji kehebatan Ludin sedangkan apabila dibelakang Ludin mereka mula mengutuk ngutuk. Segala apa percakapan Ludin dan perbuatan Ludin disampaikan terus kepada keluarga Salmah. Demikian itulah Salmah dan suaminya semakin hebat setiap hari kerana mendapat sokongan orang kampung yang membawa rebah itu.

Diantara saudara bau bau bacang Salmah adalah seorang lelaki bernama Zali yang bekerja sebagai pemandu teksi. Beliau inilah tali barut besar ketika itu. Apa sahaja cerita sensasi , dia akan turut serta. Setiap kali dia berhadapan dengan Ludin, setiap kali itu dia akan berkahak dan berludah. Benci sangat hatinya melihat Ludin dan entah bila kebencian itu berakhir.

Suatu hari dengan tiba tiba Zali datang menemui Siti, muram sangat wajahnya. " Siti aku nak minta tolong sikit " kata Zali. " Aku nak umrah ke Mekah, aku nak minta maaf  kepada Ludin " katanya lagi menyampaikan hasrat. Siti berdiam diri kerana sudah sekian lama hidup difitnah............................ Namun segalanya berakhir dengan keizinan Tuhan yang maha kaya. Pada suatu hari setelah kembalinya Zali dari Mekah, beliau berjalan jalan seorang diri di sebuah lorong dihujung kampung, hanya kebetulan Ludin dan Siti berada disana. Dengan tiba kepala Zali pening, berjalan terhoyang hayang dan hampir jatuh. Ludin telah dapat menyambut Zali dan memeluknya serta meletakkan tubuh Zali diatas tanah. Keadaannya sungguh lemah tidak bermaya, dia benar benar sakit. Orang ramai yang lalu lalang datang membantunya membawa pulang ke rumah........... Keesokan hari Zali telah mulai pulih dan datang mencari Ludin. " Terima kasih kerana kau menolong aku semalam, kalau aku jatuh mungkin aku akan lumpuh buat selamanya........" katanya. Dia bukan sahaja mengidap kencing manis tapi juga lemah jantung.

Manusia sebenarnya semakin lupa, bahawa usia  ini meningkat tua. Sewaktu muda, bukit mana yang tidak dapat didaki, kita boleh buat segalanya, kita boleh merosak sesama manusia , kita boleh menghentak bumi durhaka kepada Allah, kita kuat segala galanya. Hari ini usia sudah semakin rapuh, urusan agama sepatutnya kita hampiri dan bukannya menyambung tugas syaitan..........


Allah SWT berfirman,
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا ادْخُلُوا فِي السِّلْمِ كَآفَّةً وَلاَ تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُّبِينُُ.
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaithan. Sesungguhnya syaithan itu musuh yang nyata bagimu. (QS. Al-Baqarah (2) :208)



gambar hiasan

Tuesday, October 18, 2011

Dendam Syaitan

Salam.......................

Semenjak dari dahulu lagi penyakit dendam memang banyak bertapak dan manusia yang berbangsa kita ini bukan hanya terkenal dengan lemah lembutnya tapi juga dengan dengkinya.................

Berbalik kisah Ludin itu, sudah seminggu menahan resah. Duduk tak senang , makan tak senang dan tidurpun tak  lena. Hari hari mendengar gagak sahut sahutan diatas pokok kelapa berhampiran rumah. Menurut kata orang tua tua, kalau gagak asyik berbunyi tanda ada orang akan meninggal. Susah hendak dipercayai kerana soal hidup dan mati adalah urusan tuhan, namun kenyataan tetaplah kenyataan. Bagi Ludin yang dianggap bersalah pastilah akan diberikan hukuman. Tok bomoh mana yang kalau diberi upah akan duduk diam sahaja, siapalah yang tidak mahu menerima longgokan duit yang banyak dengan hanya kerja yang mudah.............

Yang pastinya ayah si Siti suami kepada Salmah baru sahaja mendapat duit EPF, mereka mejadi orang kaya baru untuk seketika. Suatu petang Si Ludin ke kedai membeli beras, tiba tiba anaknya bernama Gayah menghubunginya melalui talipon dengan keadaan cemas ." ayah ada hal dirumah" katanya. Ludin menyambut berita itu penuh debaran yang kencang, dalam benak hatinya berasa tidak senang. " kenapa " tanya Ludin. " Kat dapur kita ni banyak semut" kata Gayah. " Biasalah kalau banyak semut" kata Ludin lagi. " Begini ayah, semut ini entah datang dari mana, macam kerengge pecah sarang aje. Semut pulak keluar terlalu banyak termasuk permaisuri semut sekali, ada lipan dan kala jengking sekali" kata Gayah dengan cemas." Semuanya naik memanjat pintu dapur" tambah Gayah lagi.

Pasti permainan sudah bermula dan semenjak hari itu hati Ludin tidak senang ditambahi pula isterinya sering mencari pasal. Ada sahaja hal yang mahu diperdebatkan tidak termasuk alat sulit lelakinya semakin lemah manakala kebencian kepada isterinya semakin bertambah. Kenapa jadi begitu ? Masih diingatnya kata kata Salmah terhadapnya tempuh hari " Kau Ludin aku tak ingin buat menantu, keturunan kau pun aku tak hendak , kalau kau mahu juga meneruskan niat, kau misti tahan" Demikianlah kata katanya yang sangat berbisa mengajak Ludin melupakan sahaja Siti untuk selama lamanya. Namun permainan sudah bermula, samada ludin berundur atau tidak , peluru sudah terkena. Rumah tangganya sudah berantakan, kehidupannya tidak aman. Kemana sahaja dia pergi dia menerima kebencian. Orang orang kampung, orang surau, orang masjid tidak memandangnnya, bahkan ada yang berkahak meludah apabila melihat wajahnya. Ludin benar benar menerima hukuman tetapi ini bukan hukuman tuhan, hukuman manusia yang mahu menjadi tuhan.



Monday, October 17, 2011

Dendam

Salam...........Entry selalu menceritakan kenangan, hati manusia yang tidak pernah puas...

Iblis berkata: Aku lebih baik daripadanya, Karena Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah. Allah berfirman: Keluarlah kau dari surga! Sesunguhnya kau adalah orang yang terkutuk, sesunguhnya kutukan-Ku tetap atasmu sampai hari pembalasan. [QS. Shod (38) : 71-78]




Hanya kerana kisah cinta itu hati Salmah makin  membara, marahnya kepada Ludin anak Pak Saleh yang berjaya memikat hati anak daranya. "Orang muda sekarang tidak tahu beradat, semuanya berkenan dihati "bisik hati Salmah. " Nanti akan kuajar dia beradat, barulah tahu tinggi dan rendahnya langit" katanya lagi.

Esoknya pagi pagi lagi Salmah sudah bersiap siap, dia akan ke Pahang mencari dukun asli yang hebat. Bukan sahaja hebat dengan nama tapi juga hebat dengan ilmunya dan pasti akan mencapaikan maksud yang tersirat. Dipertengahan jalan bertembung dia dengan Nordin saudara sekampung. " Kemana kak" tanya Nordin. " Aku nak balik ke Pahang ni, ada urusan pasal anak aku si Siti tu" jawabnya. " Kenapa dengan Siti tu " tanya Nordin. " Dia gila kat laki orang, budak jantan tu pulak liat nak melepaskan" kata Salmah lagi. " Habis tu nak buat macam mana " tanya Nordin lagi. " Aku nak jumpa dukun asli kat sana, aku nak ajar budak tu malam ini" jawab Salmah.  Diapun berlalu mengikut rentak lenggangnya membawa cita cita dan harapan.

Nordin meneruskan langkahnya ke tempat kerja dihujung tanjung. Dengan takdir Allah terlihat olehnya Ludin berbasikal membawa pisang untuk jualan di pasar pagi itu. " Hoi Ludin tunggu sekejap " jerit Nordin dengan kuatnya. Si Ludin memberhentikan basikal usang itu dan menungkatnya. " Apahalnya, macam orang disampok jin" kata Ludin. " Tak adalah, ada hal nak cakap sikit " kata Nordin.  " Aku dengar khabar kau ni ada skandal dengan Siti anak Salmah tu, kau ni betul betul cari pasal" ujur Nordin. " Ye lah, abis tu kenapa " tanya Ludin yang memang tak faham faham. " Si Salmah tu nak mengajar kau, kau siap siap le malamni" kata Nordin membuka rahsia.

" Si Salmah pergi ke Pahang mencari bomoh orang Asli, kau bersiap siaplah dirumah petang nanti" kata Nordin. " Siap dengan apa " tanya Ludin. " Kau bersiap dengan upih pinang, tembakau dan garam serta lilin, gantung dihadapan pintu rumah, kalau benda orang asli tu datang, tentu dia tidak mengganggu" kata Nordin. Ludin mengangguk kepala seperti setuju tapi hatinya seperti percaya dan tidak percaya. Dizaman moden ini mana ada lagi orang nak gunakan ilmu seperti itu bisik hatinya............." Ah.... " rungutnya lagi..............

Menjelang senja Ludin sampai ke rumah. Kata kata Nordin tidak diperdulikan. Baginya Tuhan lagi berkuasa dan bukannnya tok bomoh asli itu. Dia amat yakin tidak akan terkena apa apa, walaupun terbias angin sekalipun. Namun keyakinan tanpa ilmu itu tidak bertahan lama. Dengan tiba tiba isterinya menjerit sambil memegang leher. " Saya macam kena cekik bag, susah bernafas" kata isterinya. Ludin terkejut dengan kejadian itu, sedangkan isterinya semakin lemah tidak bernafas. Dalam suasana penik itu Ludin hanya mampu melaungkan azan........ Hanya itu sahaja ilmu yang ada bersama kepercayaan tentang Tuhan seru sekelian Alam...............................................................



Sunday, October 16, 2011

Antara Bakti dan Keji

Salam........bersama kita lagi di dalam entry ini.............

Sudah sekian lama Mak Limah berada di kampung itu bersama anak perempuan sulungnya dan menantu lelaki serta beberapa orang cucu. Kehidupan di kampung bukanlah senang sangat, setakat makan dan minum memang mencukupi. Suatu hari anak perempuan  keduanya mengajak tinggal di bandar setelah 3/4 kehidupannya dihabiskan di kampung. Pelawaan anak perempuan yang baru mahu berbakti ini tidaklah ditolaknya.

Anak perempuan ke dua ini hidup serba mewah, anak anak sudah bekerja, menantupun sudah ada tetapi beliau masih bekerja kerana kematian suami beberapa tahun sebelum itu. Hari demi hari berlalu, sekali sekala anak perempuan di kampung datang juga ke bandar kerana rindukan ibunya, begitu juga cucu cucu yang sedang sedia ada di bandar datang juga melawat. Keadaan Mak Limah di bandar sememanglah mewah, sebut sahaja apa yang mahu dimakan, pastilah tertunai, anak cucu disini akan menyediakan. Tapi orang tua setakat manalah selera makannya. Lainlah waktu muda muda, gajah dan harimaupun sanggup dimakannya.

Usia Mak Limah semakin hari semakin tua, hajatnya untuk balik ke kampung dihalang oleh anak perempuannya itu. Mak Limah sering berasa sunyi, kalau tinggal di kampung tentulah ada kerja boleh dibuat,  paling paling tidakpun melayan ayam itek. Kini, setiap pagi anak dan cucunya keluar bekerja, petang nanti barulah berjumpa. Setiap hari anak perempuannya akan  memasak makanan sebelum mereka bertolak ke tempat kerja, Mak Limah cuma perlu memanaskan lauk dan makan bersendirian di waktu tengahari. nasib baiklah ada jiran jiran yang sudi datang meneman sekali sekala. 

Semenjak tinggal di bandar , belang anak perempaunnya mula menyerlah. Anak perempuannya amat rimas bila Mak Limah mahu ke klinik. Marah sangat dia bila ibunya asyik meminta ubat sehingga lahirlah suara kemarahan tersimpan. Anak perempuan itu juga semakin semakin banyak bebelnya sehingga Mak Limah rasa tersinggung. Bila ada saudara mara pihak suaminya datang melawat, anak perempuan Mak Limah akan bercakap secara halus halus dan memperlihatkan betapa susahnya dia menjaga ibu yang sudah tua.

Suatu hari Mak Limah jatuh sakit, semua saudara mara datang melawat. Di waktu hampir menghembuskan nafas, anak perempuan Mak Limah ini datang meminta ampun akan tetapi Mak Limah memalingkan mukanya sehingga ke hembusan nafas terakhir...................................

Setelah beberapa tahun kematian Mak Limah, anak perempuannya pergilah menunaikan haji ke Mekah dan pulang dengan wajah yang hitam. Selang beberapa tahun beliau pergi lagi ke Mekah sehinggalah mencapai ke tahap 3 kali, tidak termasuk umrah. Sebagai manusia kita tidak dapat meletakkan hukum, apa yang lebih jelas, Allah masih memanjangkan umurnya sehinggalah sampai ke hari ini. Anak Mak Limah masih hidup , memanjangkan baktinya kepada masjid dan masyarakat.............Hanya Allah sahaja yang tahu dan maha adil disebalik kelimpahan rezeki dan kekayaan yang dilimpahkan kepada anak Mak Limah itu sehingga kemudahan untuk pergi ke Mekah itu boleh melampaui waktu............

Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah melainkan kepada-Nya dan hendaklah kamu berbuat baik pada ibubapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan “ah” dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia.” – al-Israa’ (17 : 23).



Saturday, October 15, 2011

Air Dicincang Putus Putus

Salam......... siapa yang tak suka dapat berkumpul adik beradik. Boleh bercerita tentang kisah lama, boleh bercerita kehebatan anak cucu, boleh mengadu ngadu hal. Waktu budak budak dulu semuanya ok, boleh bermain sama sama tapi sekarang masing masing mengikut kehidupan masing masing. Kalau dapat suami orang kaya, oklah, tapi kalau dapat yang papa kedana bersabarlah. Kalau dapat isteri baik pun tak pa, tapi kalau dapat isteri suka mengapi , perleceh ipar duai, memangnya susah.

Alkisah adalah kudengar cerita pasal adik beradik lelaki yang sudah beranak beristeri. Si isteri ini suka sangat balik ke kampung halaman adik beradiknya dan tidak pernah mahu tunduk dan kalah. Dalam elok dan tak elok itu beranak pinak jugalah mereka itu sehinggalah disatu hari rumah tangga ini didatangi oleh orang ke tiga. Barulah kali itu muncul perasaan tidak senang si suami kepada isteri sehingga nampaklah dimata hatinya kesalahan si isteri tadi. Perasaan tidak senang itu tadi disokong oleh keluarga sebelah suami sehingga berlakulah penceraian yang tidak disangka sangka dengan kata kata yang tidak menggunakan otak. Setelah penceraian berlaku maka mereka pun turun naik mahkamah menuntut hak penjagaan, harta  sepencarian. Anak anak jadi macam tarik menarik, bekas janda dan duda walaubagaimana pun kena berjumpa juga dengan sebab urusan anak. Adik beradik yang dekat pun bukannya hendak ambil tahu sangat setelah kejadian itu. Penceraian itu tidak memberi manfaat apa apa pun dan mereka juga tidak kawin kawin dan kalau adapun hanya bertukar tukar boyfriend dan girlfriend. Berapa lama sangat orang nak mendengar rintihan dan tidak kepuasan janda dan duda terhadap pasangan masing masing. Lelaki lelaki lain mendekati janda itu hanya dengan tujuan menyempurnakan hajat manakala perempuan perempuan yang mendekati duda itu hanya  nak berhajat hajat.

Akhirnya mereka bersatu kembali setelah sekian lama memperbodohkan diri sendiri. Hari ini anak anak tinggal sebumbung dengan ibubpanya , manakala adik beradik tidak ambil pusing kerana mereka menjaga keluarga masing masing.

Alkisah ke dua menceritakan bahawa ada adik beradik di bandar sanggup membeli tanah dan rumah di kampung. Mereka fikir bahawa setelah pencen  nanti mahulah berehat di kampung bersama adik beradik. Duduk bersama adik beradik berdekatan tentu menggembirakan hati, ditambahi pula anak cucu makin bertambah. Namun air tak selalu bah, adik beradik di kampung telah membina rumah semakin besar, pagar semakin tinggi sehingga hendak menjenguk batang hidung pun susah. Adik beradik dikampung sudah mula tayang tayang menantu, beza menbeza cucu. Bila kenduri kendara sudah pandai berkira walaupun beras secupak dan gula sekilo. Perasaan adik beradik satu perut sudah bertukar kepada perasaan yang zalim. Tanam pokok dimana dahan melimpah ke rumah lain pun tak boleh, nak pinjam kuali dan periuk belanga pun tak boleh. Dulu semasa kakak abang kerja dibandar, segala bantuan mereka beri ke kampung,anak anak saudara yang tidak ada kerja dibantu untuk mendapatkan kerja tapi sekarang bila adik beradik di kampung dah kaya, mereka teruslah lupa asal usul...........

Kepada sesiapa yang nak balik kekampung dan berumah dan berniat untuk mati disana , fikir fikirlah.......... Zaman ini kuburpun kena tempah, kalau tak masuk nama syarikat mati, adik beradik pun tak mahu tolong. Bila dah pencen kerajaan siapa nak tolong. Harapkan anak anaklah kalau ada ......kalau nak harap anak saudara yang pernah kita tolong, lupakan sahajalah........ sebab yang lelaki ikut cakap bini, yang perempuan buat alasan suami tak beri izin....ikut ajaran ugamalah dikatakan.............


Tuesday, October 11, 2011

Lapoo Selalu

Salam........ ketikanya kami menghadapi masalah tentang pekerja, pihak syarikat terpaksa mengambil pekerja asing untuk memenuhi kota yang ada. Bukan sahaja pihak syarikat menyediakan tempat tinggal dan uniform tetapi juga makanan. Kami memang seronok melihat mereka makan kerana mereka makan dengan banyaknya, nasi dan lauk pauk menimbun sepertinya orang yang tidak makan seminggu. Pada hari ini mereka telah banyak berubah dan tidak gelojoh lagi, mereka sudah pandai berjalan jalan ke Kota Raya, naik monorel dan membeli hanphone mahal mahal. malaysia ini semakin indah untuk pekerja asing.

Selepas  Hari Raya muncul orang orang kita datang mencari kerja, orang malaysia dah habis beraya rupanya. Pada hari ini juga aku melihat orang malaysia sepertinya mat bangla juga bila pinggannya penuh dengan makanan dan berebut rebut makan. Mungkin makanan di syarikat ini sedap sedap sangat.......................

Sunday, October 9, 2011

Assammualaikum Ya.. Baitullah

Salam pagi Ahad......... Semalam aku ke Ampang Tasik seperti yang telah kurangcangkan. Keluar jam 12.00 tengahari menempuhi MRR 2 yang jem gila menyebabkan mulut aku menyungut sepanjang jalan. Satu tabiat yang tidak baik tapi baik untuk melepas perasaan sendiri tanpa mengganggu orang lain. Pukul 2.00 petang tidak sampai lagi kerana aku telah tersasar ke Ampang Mewah. Rupanya Ampang dah banyak berubah dengan keadaan jalan yang entah kemana. Akhirnya aku terpaksa menghubungi sahabat yang kebetulan berada di Ampang. Jam 2.30 aku sampai ke rumah abang aku dimana kami semua dihidangkan makanan setelah semenjak pagi tadi tidak sarapan apa apa.

Kenduri orang nak pergi haji pun macam kenduri orang nak kawin juga. Orang KL ni kena pakai catering dan juga pasang kemah. Nasib baiklah yang masak tu adik beradik dimana mereka menyediakan juga tapai dan pulut kegemaran aku. Cuma aku tidak boleh makan pulut dan tapai, sebab dah tua dah badan ni, ada sakit angin. 

Melihat pada wajah orang disana, semunya dah tua tua. Dulu dulunya muda muda  cantik cantik, tapi sekarang yang lelaki sudah berkedut, yang perempuan walaupun  make up tapi badan mereka dah membulat, maklumlah sudah beranak pinak. Sekali sekali mengenang perangai waktu muda, hanya Allah sahaja yang tahu, bukanlah main sombong dan bongkak di bumi Allah. Sekarang dah berubah ke arah kebaikkan walaupun tidak sepenuhnya, sekurang kurangnya nampaklah pintu taubat.

Dalam diri aku tidak ada apa apa, sekadar cuba melupakan kenangan silam kerana ada dantara kami semua sudah bertahun tahun tidak berjumpa. Ada juga senget benget semasa budak budak dulu tapi sekarang kita telan sahaja apa yang telah berlaku. Balik ke rumah nanti aku nak cari lagu sudirman bertajuk " Maya". Ada ke lagi gamaknya ya...... Lagu itu adalah lagu waktu semasa aku budak budak lagi tapi semalam " Maya" tu aku tak nampak............" Entah berapa orang anak dia "


Semalam, menyaksikan manusia menyahut panggilan baitullah... Benarkah baitullah memanggil sepertinya dalam kisah nabi adam..........." mana mana roh umatmu yang berada disebelah kanan yang menyahut seruan ini, akan sampailah ia ke Baitullah......................." ( usul ambia')

Friday, October 7, 2011

Tiga Hari Menyusur Arus

Salam.......... Bengong rasanya hari ini, nak paksa diri buat entry.. nak tulis apa ya .... ada isu menarik ke ?...... Dah 3 hari aku balik lewat ke rumah. Biasanya pukul 5.30 petang aju dah cabut dari opis tapi 3 hari kebelakangan ini mencapai jam 8.30 malam , tidak termasuk atas sebab bateri kereta 'kong' semalam dan terpaksalah bertolak untuk start injin............

3 petang aku menghabiskan masa di hotel melihat persekitaran. Kalau di hotel hotel besar tentulah orang seperti aku akan balik jam 10.00 malam tapi disini aku tidak perlu bermati matian begitu. 3 hari aku main tawaf sekeliling melihat suasana sesak ditepian pasar bundle, tenguk mat mat jual ice yang tak pernah tertangkap malahan semakin kaya. Lantaklah apa dia orang nak buat, bukanlah pihak berkuasa tak tahu, mungkin pihak berwajib nak cari jerung yang lebih besar dan membiarkan pasaran yang kecil kecil itu membiak. Dalam hidup jika ada penyakit tentu juga makin banyak kuman merebak rebak menjadikan jantung dan kaki makin berlubang, bernanah sana sini. Yang penting mereka itu tidak menjadi penyakit kepada tempat kerja aku walaupun sebenarnya tanggung jawab masyarakat adalah mencegah. Ada orang yang sebenarnya lebih bertangung jawab pun sudah semakin kaya , sedara mara sepusat sepusing juga menumpang kelimpahan kekayaan haram itu.

3 petang disana melihat para pekerja menjalankan tugas macam mesin punch card. Tiap detik dan saat mereka bekerja dalam kesungguhan dan kealpaan.  Sekali sekala sempat aku menemu ramah mereka. Bertanya dan bercerita tentang kehidupan yang dilalui dan pencarian yang bakal menjelma. Rata rata orang disni mahu hidup walaupun pengutip sampah di belakang lorong. Rata rata memerlukan wang sekurang kurang RM 1000/- sebulan. Kalau kita makan RM 10/- sehari bererti kita perlukan RM 300/- sebulan, mana mungkin RM 10/-.... aku tidak percaya..... Pagi RM 5, tengah hari RM 10/- malam nanti RM 8/-, tentulah soal makan dan minum mencapai RM 500/- Bakinya RM 500/- adalah untuk pakaian , top up hp, tenguk wayang, tambang bas dan monorel. Masih bolehkah hantar wang ke kampung ? Kalau begitu berapa yang perlu ? Seorang pengawal keselamatan meletakkan tangga gaji yang perlu adalah RM 1500/-, mana mungkin, mana syarikat yang mahu memberi mereka RM 1500/- bekerja selama 8 jam ?.  Lalu berlakulah pembohongan , boleh kasi RM 1500/- tapi kena kerja OT..... Over time bang ? Memang gila, kerja 12 jam sehari dan kemudian sambung lagi sehingga pagi esok, pagi esoknya sambung pula di tempat lain......... Kalau mahu gaji besar, jangan balik balik dan duduk sahaja di tempat kerja................

Orang yang keluar diploma dapat gaji besar ke ? Mereka yang telah menduduki SPM berasa mahu menyambung pelajaran ke mana ? Mereka masuk kolej, membuat pilihan yang salah dalam jurusan, merasa bahagia setelah mendapat pinjaman ptpn, gembira bersama kawan kawan selama 3 tahun dan akhirnya keluar dari kolej dengan diploma tong sampah. Mereka bakal menjadi sampah dalam masyarakat, melarat tanpa kerja sedangkan bangsa asing semakin pandai berbahasa melayu, semakin pandai berkerja sepertinya pekerja mahir.............................. seorang pekerja pernah berjumpa aku mengatakan " bos, susah nak kerja disana... disana perlu bahasa inggeris, tulis repot bahasa inggeris, saya tak boleh jadi supervisor " Tapi kita ini di Malaysia, kenapa repot dalam  bahasa malaysia tidak boleh diterima ?

Mungkin kita masih dijajah, masih perlu menggunakan bahasa penjajah, mereka yang belajar tinggi tinggi masih perlu bahasa penjajah ...... atau sebenarnya di dalam syarikat besar besar masih lagi membela penjajah.



Thursday, October 6, 2011

Kejamnya Manusia

Salam.....pagi pagi baca benda ni dah sakit hati......" petikan dari blog member "

TERSELAMAT...bayi berusia enam bulan diselamatkan penguat kuasa JKM manakala ibunya ditahan, semalam.


[HM] TAWAU: Panik dan terlalu takut dicekup pihak berkuasa, seorang ibu hilang pertimbangan sehingga sanggup mencampakkan bayi lelakinya berusia enam bulan ke laut semata-mata untuk menyelamatkan diri apabila diserbu pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) kerana disyaki mengemis di pesisiran Pantai Sabindo, di sini, semalam.

Bagaimanapun, bayi itu diselamatkan penguat kuasa JKM yang bertindak spontan terjun ke laut sebaik menyaksikan kejadian menyayat hati itu jam 10 pagi.

Difahamkan, wanita berusia 30-an terbabit mengemis di kawasan itu sambil membawa bayi dan dua lagi anaknya masing-masing berusia enam dan tujuh tahun.

Bagaimanapun, kedua-dua anak pengemis terbabit melarikan diri apabila terjun dan berenang hingga ke tengah laut bagi mengelak ditahan penguat kuasa.

Penolong Pengarah JKM Tawau, Asnah Kassim, berkata operasi dua jam itu berjaya menahan 23 individu termasuk 13 kanak-kanak yang berusia enam sehingga 60 tahun....

p/s ..... campak emaknya ke laut

Monday, October 3, 2011

Panggilan Baitullah

Salam..........sabtu ini abang kandungku menjemput kami sekeluarga ke Ampang Tasik kerana beliau mengadakan kenduri doa selamat dan arwah. Beliau bakal bertolak ke tanah suci pada 10hb Oktober ini bagi menunaikan fardu haji. Inilah kehidupan, pejam celik, pejam celik, kita sudah semakin tua. Rasa tak cukup syarat jika tidak pergi menunaikan haji. Samaada duit cukup atau tidak pastilah akan dicukupkan bagi tujuan itu, mana mana yang mampu tentulah kecewa.

Emak bapak aku dulu pun bagai tak percaya dapat pergi haji. Ialah orang kampung yang tidak ada kerja, manalah ada duit. Tiba tiba orang kerajaan datang hendak mendapatkan tanah bagi laluan paip. Jadi dapatlah mereka duit bagi mengerjakan haji. Nasib kita yang akan datang hanya allah yang tahu. Kalau harap duit yang dikumpul, entah ada entahkan tidak.... sesak memanjang....Kita tunggu dan lihat....lihatlah orang yang mampu tapi tidak mahu menunaikan haji..............


TUBUH YANG DURHAKA

 Salam, Manusia ini kalau terlalu sangat rasa sakit, dia akan hilang sabar. Marahnya bagai tak mengenal tuhan dan mula merapu dana cakap yan...