Followers

Sunday, October 9, 2011

Assammualaikum Ya.. Baitullah

Salam pagi Ahad......... Semalam aku ke Ampang Tasik seperti yang telah kurangcangkan. Keluar jam 12.00 tengahari menempuhi MRR 2 yang jem gila menyebabkan mulut aku menyungut sepanjang jalan. Satu tabiat yang tidak baik tapi baik untuk melepas perasaan sendiri tanpa mengganggu orang lain. Pukul 2.00 petang tidak sampai lagi kerana aku telah tersasar ke Ampang Mewah. Rupanya Ampang dah banyak berubah dengan keadaan jalan yang entah kemana. Akhirnya aku terpaksa menghubungi sahabat yang kebetulan berada di Ampang. Jam 2.30 aku sampai ke rumah abang aku dimana kami semua dihidangkan makanan setelah semenjak pagi tadi tidak sarapan apa apa.

Kenduri orang nak pergi haji pun macam kenduri orang nak kawin juga. Orang KL ni kena pakai catering dan juga pasang kemah. Nasib baiklah yang masak tu adik beradik dimana mereka menyediakan juga tapai dan pulut kegemaran aku. Cuma aku tidak boleh makan pulut dan tapai, sebab dah tua dah badan ni, ada sakit angin. 

Melihat pada wajah orang disana, semunya dah tua tua. Dulu dulunya muda muda  cantik cantik, tapi sekarang yang lelaki sudah berkedut, yang perempuan walaupun  make up tapi badan mereka dah membulat, maklumlah sudah beranak pinak. Sekali sekali mengenang perangai waktu muda, hanya Allah sahaja yang tahu, bukanlah main sombong dan bongkak di bumi Allah. Sekarang dah berubah ke arah kebaikkan walaupun tidak sepenuhnya, sekurang kurangnya nampaklah pintu taubat.

Dalam diri aku tidak ada apa apa, sekadar cuba melupakan kenangan silam kerana ada dantara kami semua sudah bertahun tahun tidak berjumpa. Ada juga senget benget semasa budak budak dulu tapi sekarang kita telan sahaja apa yang telah berlaku. Balik ke rumah nanti aku nak cari lagu sudirman bertajuk " Maya". Ada ke lagi gamaknya ya...... Lagu itu adalah lagu waktu semasa aku budak budak lagi tapi semalam " Maya" tu aku tak nampak............" Entah berapa orang anak dia "


Semalam, menyaksikan manusia menyahut panggilan baitullah... Benarkah baitullah memanggil sepertinya dalam kisah nabi adam..........." mana mana roh umatmu yang berada disebelah kanan yang menyahut seruan ini, akan sampailah ia ke Baitullah......................." ( usul ambia')

No comments: