Followers

Friday, October 21, 2011

Gangguan di Hutan Dan Gangguan di Pekan

Salam...........ada entry hari Jumaat.........tengah fikir fikir ni.............

Beberapa tahun lalu sebelum aku kerja dalam tempat sejuk, aku pernah bekerja dihutan belentara. Aku bukan jadi askar tapi jadi juru ukur tanah. Pekerjaan begini membuat aku dan rakan rakan berkemah ditepi hutan atau di rumah  rumah kongsi kawasan perladangan. Pada suatu hari kami semua ditugaskan ke hutan simpan Kuala Selangor. Nak jadi cerita sewaktu menjalankan kerja kami terpaksa melintas sungai besar dan menyewa sampan settiap hari. Dunia ini bukanlah besar mana pun, setelah berkenalan dengan abang sampan itu disamping menyebut "password" keluarga maka tahulah saya bahawa abang sampan tu adalah saudara mara sebelah datuk.  Namun demikian perniagaan kaum keluarga ini tidaklah menjanjikan diskaun apa apa, tetaplah kena bayar upah.

Pada satu petang aku pergilah menziarah keluarga abang sampan itu diseberang sana. Seperti biasa aku akan menjerit ditebing sungai memanggilnya datang. Petang itu sangatlah indah, bunyi kera kera dan monyet bersahut sahutan di tebing sungai. Seperti kata orang kalau ada monyet dan kera pastilah ada udang disungai dan kalau ada udang pastilah ada buaya. Hidup buaya yang memakan bangkai ini sememangnya sejak azali. Setelah minum minum kopi dan berbual panjang aku pun mahu pulang semula ke kem kami di seberang sana. Abang sampan menghantar aku ke tebing dengan selamatnya. Namun begitu hari sudah memasuki senja dan keadaan hutan sememangnya gelap. Aku berjalan seorang diri dengan jarak 3 bukit ke arah kem.

Sampai di bukit pertama aku telah terlihat seekor kelip kelip besar melintasi kawasan itu. Aku tidak ambil perduli sehingglah aku sampai ke bukit ke dua. Kelip kelip tadi datang menghampiri aku secara berdepan. Pergerakannnya begitu perlahan , manakala seluruh tubuhnya dibaluti kabus sebesar bola. Waktu itu dadaku berdebar debar, kelip kelip ini bukan hantu, bukan polong, bukan pocong , dia cuma dikelilingi oleh asap seperti bola. Apa yang pasti pada waktu itu kakiku bagai terpaku tidak boleh bergerak.

Memikirkan ini adalah permainan syaitan, akupun membaca beberapa potong ayat alquran sehinggalah kakiku dapat bergerak untuk meneruskan perjalanan. Perjalan ke bukit ke tiga amatlah membimbangkan kerana seluruh kawasan sudah menjadi gelap gelita. Namun untuk hidup,kita perlu ketabahan dan tidak panik. Berlari ketakutan ditengah hutan seorang diri kerana ketakutan tidak akan menguntungkan sesiapa.

Akhirnya dengan izin Allah aku sampai ke kem tempat tinggalku dan disambut oleh "mary" iaitu seekor anjing setinggi pinggang bergigi tajam belaan tuan punya tanah.itu. Semenjak beberapa hari berkenalan dengan " mary" menyebabkan aku lebih berani kerana anjing bersekolah itu tidak akan menggigit. 

Setelah tinggal dibandar dan duduk dikerusi empuk, aku telah melihat manusia yang lebih hina dari mary, mereka bukan sahaja mengggit sesama sendiri tetapi menyalak setiap hari. Benarlah kata orang bahawa di dalam masyarakat binatang tidak ada manusia tetapi didalam masyarakat manusia ada binatang.....

2 comments:

anGah said...

citer nie pasai kelip ke mary? hehe

Panglima Muda said...

same je... mary tu anjing betina, kalau dia ngap...ilang terus..anjing mat saleh tu.. tang klip klip tu nampak relax je...kat dalam utan tu apa pun ade